Apa erti solat

gerakan-sholatSalam ‘alaikum, ramai orang bertanya apa erti solat..? Apa itu solat..? Rata-rata jawapanya ialah kewajipan mengabdikan diri pada Allah, aku mengatakan ianya betul, tapi maukah engkau tahu lebih sikit dari jawapan yang ada..? Mereka menjawab iya..aku lanjutkan perbicaraan ku, solat adalah merupakan perhubungan, erti kata lain “Connection“, perhubungan yang bagaimana..?

Menghubungkan antara hati dengan Tuhan, kalau smartfon ya mau dihubungkan ke ibu sawat yang membekalkan line tersebut, barulah ada connection, begitu juga dengan solat, mestilah dihubungkan antara hati dengan Tuhan, baru sampai matlamat dan tujuan, jika tidak dihubungkan hati kepada Tuhan ini yang membuatkan adanya cross line, apabila berlaku begini hubungan akan terputus

Sedikit perbandingan, dari awal niat turun dari rumah hendak pergi ke bank untuk mengeluarkan duit, sampai saja di tengah jalan terlupa bawa kad bank dan pengenalan diri, persoalan-nya apakah hendak diteruskan ataupun tidak..? Sudah tentu mesti berpatah balik semula, dah jadi satu kerja sia-sia, begitu juga dengan solat, andaikata dalam keadaan tengah solat tiba-tiba terlintas berbagai-bagai fikiran dalam kepala langsung hati mula berbicara, mulut membaca, sudah tentu hubungan tadi sudah terputus, lalu bagaimana..? apakah hendak diteruskan atau ulang semula..? Sama sahaja dengan kisah kad bank tertinggal kena balik semula

Ada lagi yang bertanya kenapa solat itu wajib..? Kenapa diwajibkan keatas kita..? Solat itu wajib kerana untuk melenyapkan sifat makhluk, merendahkan hati manusia bagi menyatakan akan Tuhan-nya, apabila lenyap sifat makhluk barulah dapat Tuhan, connection yang power dan mantap lebih mantap dari line 4G LTE, barulah solat menjadi sempurna, solat terbahagi kepada empat, iaitu, ( Syariat, tarekat, hakikat dan makrifat )

 

  • Adapun syariat itu ialah perbuatan atau tingkahlaku boleh juga diertikan sebagai sikap dalam solat
  • Tarekat merupakan bacaan ayat al-quran ketika solat
  • Hakikat merupakan kenyataan solat, perhubungan
  • Makrifat merupakan nyata perbuatan Tuhan dalam syariat, setiap gerak laku dalam solat itu merupakan perbuatan Tuhan, hanya disampaikan melalui syariat terlihat lah pada jasad manusia, ( Makhluk ), kerana dijasad itu merupakan tempat kenyataan

Inilah hakikat mengapa kita diwajibkan solat, jika dikatakan perintah boleh juga, tetapi harus di ingat walaupun diperintah masih ada juga manusia yang tidak solat, bagaimana jika tidak diperintahkan solat..? Masih ada tak manusia yang nak solat..? Wallahu’alam

Marilah sama-sama kita perbetulkan solat kita, kerana nabi S.A.W pernah bersabda: “Sempurna solat mereka, maka sempurnalah lain-nya“, janganlah solat seperti kata orang dungu, alah solat je, terima tak terima itu urusan Tuhan, jangan sampai macam ni, bila dah dalam liang lahad baru nak menyesal yang solat-nya itu tidak diterima

 

P/S: Solat bukan perkara mainan, kerana dalam solat itu ialah Israk dan Mikraj, israk adalah perjalanan di dalam solat, mikraj adalah naik meninggalkan segala sesuatu, jadi tidak ada istilah solat terganggu atau tidak kusyuk. Subhanallah..

Jangan lupa tinggalkan komen

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: