Solat Tapi Munafik

Awam

Salam alaikum, agak lama juga saya tidak memuatkan artikel baru ke dalam blog saya ini, dan pada ketika ini saya dapat satu ilham untuk menulis mengenai “Solat Tapi Munafik“, agak nya macam mana yang dikatakan solat tapi munafik ya..? Mari kita bincang sedikit mengenai-nya bagaimana.  Seperti sedia maklum di dalam solat pada tahiyat awal dan akhir kita bersaksi dengan mengucap dua kalimah syahadat, “asyhadu anlla ilaha illallah” wa asyhadu anna muhammada rasulullah“, Bersaksi bahawa tidak ada tuhan lain yang layak di sembah, melainkan hanya Allah semata-mata, dan bersaksi pula bahawa benar-benar muhammad adalah pesuruh Allah.

Berpandukan pada penyaksian di atas selayak nya manusia itu berada dalam keadaan kondisi yang bagaimana..? Adakah penyaksian itu hanya dalam solat sahaja..? Tak perlu dalam tingkahlaku seharian..? Menurut hemat saya kalau sudah bersumpah begitu ianya perlu wujud dalam tingkahlaku kehidupan seharian, ianya tidak di dalam solat sahaja. Yang menjadi persoalan ialah, berapa ramai umat manusia selesai solat pada hari ini memegang teguh dari apa yang telah dia ungkap kan ketika dalam solat tadi..? Ini termasuklah ” Inna solati, wanusuki, wamahyaya, wamamati lillahi rabbil ‘alalmin“.

Jika benar ungkapan kita adalah “Tidak ada tuhan yang layak di sembah, melainkan hanya Allah semata-mata, maka ia tidak memperhambakan diri pada kehendak nafsunya, hanya mencukupkan keperluan sahaja, dan jika benar ungkapan penyaksian kita ialah “Muhammad itu pesuruh Allah“, maka tidak ada sifat tamak-kan dunia dengan melupai apa yang telah kita ungkap kan dalam solat tadi setelah selesai sahaja solat.  Ramai orang yang solat pada hari ini bagi diri-nya ialah ungkapan yang paling mudah dan ringan, “Janji solat” lebih baik buat dari tak buat. Sedangkan kata nabi S.A.W ” Sempurna solat-nya maka sempurna-lah lain-nya“.

 Saya ingin mengajak diri saya dan anda semua marilah sama-sama kita perbetulkan diri kita sebagai umat Muhammad S.A.W tingkahlaku serta perbuatan biarlah seiring dengann apa yang kita sebut ketika dalam solat, sama-sama kita renung dan fikirkan.

Ilmuan

Berbeza pula dengan para ilmuan dan cendekiawan yang bijaksana, tidak cukup mempelajari tingkatan ilmu hakikat mengenal diri dikaji pula untuk apa kita di suruh solat..? Kenapa kita perlu solat..? Kenapa dalam solat sewaktu tahiyat jari perlu begini..? Kenapa tidak begitu..? Terlalu banyak yang dikaji dan nak di persoalkan sehingga menimbulkan keraguan bagi yang awam, lalu yang masih awam tertanya-tanya harus bagaimana sebenar-nya solat tu..? Tak kurang juga ada yang menokok tambah syariat sewaktu hendak mendirikan solat, kata nabi S.A W “Barangsiapa menambah-nambah syariat dalam solat padahal ia bukan dariKU kata nabi S.A.W, maka ia telah tempah tempatnya di neraka, tidak ada syariat baru setelah ketiadaan nabi S.A.W, andainya akan ada syariat tambahan baru dalam solat sudah tentu ada hints-nya dalam al-qur’an, seperti kedatangan nabi S.A.W rasul akhir zaman sudah ada hints-nya dalam kitab injil.

Untuk apa manusia di kurniaakan akal kalau tidak di gunakan dengan sebaik-baik nya..? Islam bukan lah agama pak turut, tapi ianya penetapan dan peraturan hidup merangkumi aspek lahiriah dan batiniah serta ke-imanan, selama 23 tahun nabi S.A.W menerima wahyu serta hidup berpandukan wahyu al-qur’an dan mengamalkan-nya dalam kehidupan seharian dan baginda tidak pula menokok tambah serta tidak pula mengurangi-nya, apakah umat akhir zaman layak menokok nambah dan ada pula yang mengurangi-nya..? Kalau ada dan layak tunjuk kan dalil akhir zaman itu..? Apakah ada kitab akhir zaman akan di turunkan selain al-qur’an..? Jadilah manusia yang menjaga serta menghargai akal-nya.

Fahamilah dengan benar, islam bukanlah agama pak turut dan bukan  medan untuk memanipulasikan fikiran manusia lain, tapi di fahami, di dalami dan diamalkan dalam kehidupan berkeluarga bukan untuk sendiri-sendiri, hakikatnya ialah “solat itu mencegah diri dari perbuatan keji dan mungkar” , Jangan jadi orang yang  tak tinggal solat tapi munafik.

Subhanallah….

One response to this post.

  1. “solat itu mencegah diri dari perbuatan keji dan mungkar”

    Reply

Jangan lupa tinggalkan komen

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: