Asyik atau Fana’

muka_tanda_soalSalamun alaikum, apkhabar semua para pengunjung “perjalanan mukmin”..? Diharap anda sentiasa dalam limpahan rahmatNya. Alhamdulillah di kesempatan ini saya ingin membicarakan sedikit mengenai “Asyik atau Fana“,  bagi mereka yang betul-betul telah mencapai zauk tentu akan melalui jalan ini iaitu samada asyik ataupun fana’, dalam istilah ini bagaimana yang dikatakan asyik dan bagaimana pula yang dikatakan fana’.

Jika mereka yang benar-benar telah mencapai asyik ianya merupakan satu anugerah yang tak terhingga, kerana bukan semua dapat meraihnya melainkan dengan dengan rahmatNya jua, jangan anda berfikir kerana setelah apa yang telah anda capai ataupun telah lalui, fikirkan sebelum anda mencapainya..? Bagaimana..? Melalui apa..? Sesungguhnya benar-benar beruntung bagi mereka yang telah mencapainya, namun jangan hanya asyik dengan pengetahuan sendiri yang baru di perolehi, kemudian anda jadikan ia seolah-olah benar-benar telah asyik denganNya, seperti juga sebuah pertanyaan, apakah sama orang yang mendengar bahawa air kopi ini sangat sedap dengan orang yang merasai-nya bahawa air kopi itu betul-betul sedap..?. Awas! ini yang banyak berlaku, bukan tekaan, tapi realiti. Orang yang benar-benar asyik boleh dikenali disebalik tingkah-laku dan tutur-bicaranya, andai tutur-bicara dan tingkah-lakunya menepati sunnah baginda S.A.W, maka benarlah apa yang dicapainya, jika sebaliknya,… hurm…anda memahaminya.

Fana’,  juga satu istilah orang yang telah zauk dan asyik dengan tuhan-Nya, pengertian fana mereka membahagi-bahagikan kepada beberapa kategori, namun yang mereka gunapakai ialah hilang kesadaran duniawi lalu mereka tenggelam dalam keasyikan menuju ketunggalan, sehingga membawa kepada satu tahap dimana ia mengaku ‘Aku lah Tuhan“, jika pengakuan itu diungkapkan oleh Al-Halaj mungkin benar, kerana syeikh Abdul Qader Al-Jelani sendiri mengaku bahawa.. “Andai aku hidup sezaman dengan -nya nescaya aku menghalang ia dari dipancung lehernya“, kerana al-halaj benar-benar tidak sedar apa yang disebutnya, namun disini bukanlah sebuah pengakuan yang perlu dicari, tapi apa yang telah dilalui bukan secara ilmiah, tapi secara hakiki seperti peristiwa israk mikraj baginda S.A.W. nyata.. bukan khayalan.

Tapi pada hari ini hanya pada pengakuan dari sebuah kata-kata sahaja, bukan realiti dan juga hakiki, kerana ianya tidak terlihat dalam tingkah-laku dan tutur-bicaranya, malah akidahnya juga rosak dek kerana hanyut dan khayal dengan keasyikan dirinya sendiri. Orang yang benar-benar asyik dan fana dengan Rabbnya.. terpancar akidah dan akhlaknya sangat indah sehingga menjadi contoh kepada umat manusia lain-nya, serta menjadi perbualan masyarakat kerana kemurnian akhlaknya.

Saranan: Andai anda benar-benar merasai anda telah asyik, pastikan bukan asyik dengan ilmuNya, tapi asyiklah dengan Rabbnya, jika anda asyik dengan ilmuNya maka anda sedang berada dalam dunia khayalan ciptaan anda sendiri, jika anda benar-benar fana’..pastikan anda anda benar-benar mikraj kepadaNya, iaitu umpama “Hancur hati kerana-Nya“, tidak ada apa-apa lagi pada dirinya..melainkan segenap ruang dijasadnya itu telah penuh dengan kelakuan tuhan-Nya, maka hidup orang ini akhlak-nya ialah umpama dalam al-qur’an.

Kesimpulan: Asyik dan fana’ itu bukan boleh diraih dengan amalan atau tingginya ilmu atau fasih tutur-bicaranya, tapi..dengan rahmatNya.

Jangan lupa tinggalkan komen

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: