Lailatul Al-Qadr

malam lailatul qadrSalamun ‘alaikum semua, diharap anda semua sukses dengan urusan harian anda, dan jangan lupa pula urusan yang paling penting iaitu “urusan akhirat” anda, in sya Allah….

Dalam mencari keredhaan Allah S.W.T di dalam bulan ramadhan ini lebih-lebih lagi di malam sepuluh terakhir ramadhan iaitu mencari “Lailatul Qadar”..lail al- qadr..ramai diantara kita masing-masing sibuk mencari tanda lail-al-qadr, tapi apakah itu lail al-qadr..?

Ada yang mencari tanda malam ni angin tak ada, bulan kurang terang, kemudian besoknya matahari tak betul-betul panas, pokok kayu semua tunduk, dan masing-masing sibuk berlumba-lumba memperbanyakkan amalan sehingga melesukan anggota jasadnya, sedangkan jasadnya itu untuk digunak pula esok hari untuk melakukan kerja rutin. Harus di ingat, walau banyak mana sekali pun amalan kita namun jika ada syirik di dalam-nya maka ianya tak kemana, sia-sia sahaja.

Persoalan saya, mengapa malam lail al-qadr ini di rahsiakan..? Itu yang patut kita kaji dan usul, bukan-nya berlumba-lumba membuat amal tapi tapi ada syirik yang tersembunyi di dalam-nya, tiba-tiba jiran sebelah tanya kita, tahun ni buat berapa rakaat terawih..? Tahun ni saya buat penuh..alhamdulillah katanya..jika di wilayah orang tasawuf dan orang ketuhanan ini menunjukan ianya ada  syirik di dalam-nyai, kerana ia telah melihat dari diri-nya kepada tuhan, sebab dia mengaku dia buat penuh dan dalam masa yang sama dia memuji pula tuhan, ini yang dikatakan dari diri-nya kepada tuhan.

Ini harus di perbetulkan jika ingin mendapat apa itu lail al-qadr sebenar-nya, lail = malam, al-qadr = penentuan, malam penentuan, apakah dengan amal yang berlumba-lumba itu menjadi sebagai penentuan kepada kita..? Jika amal anda amal yang mukhlasyin in sya Allah itu haq Allah, tapi bagaimana jika sebaliknya..? Biar amal kita sedikit namun ada kualiti di dalam-nya in sya Allah itu sebahagian menuju al- qadr.

Tapi apa yang saya nak kongsikan disini ialah bukan amal, tapi doa’…kerana doa’ juga boleh mengubah ketentuan Allah didalam “lauhul mahfuz” kita, tapi doa’ yang bagaimana..? Doa’ yang tiada rasa akan dirinya sedang berdoa’ pada ketika itu, bahkan ia merasai zauk yang mendalam sehingga ia terasa bahawa Allah-lah yang sedang berfirman pada Dzat-Nya, bukan lagi merasai rasa ke-makhlukan dirinya pada ketika itu. Fikiran dan perasaan-nya telah menjadi satu iaitu tiada lagi apa yang dirasakan kecuali ke-Esa-an Allah-lah yang dirasa pada ketika itu maka in sya Allah ini-lah doa’ yang akan di terima Allah. Tapi harus di ingat, jangan sampai menjadi orang yang tergesa-gesa dalam memohon kebaikan seperti anda memohon kejahatan bagi satu-satu kaum atau seseorang yang anda tidak sukai, kerana ianya telah di larang oleh Allah S.W.T di dalam al-qur’an surah al-isra’ ayat 11.

Nama-nya pun malam penentuan, oleh itu panjatkan-lah doa’ anda kehadrat-Nya dengan benar-benar, samada ketentuan Allah itu bagaimana itu haq-Nya, bagi kita hanya berdoa’ dengan sesungguh-sungguh-nya, mohon-lah padanya agar ditetapkan malam penentuan itu penentuan yang terbaik untuk kita menjalani kehidupan seterusnya. Doa’ ini juga bukan semestinya perlu berbunyi, barbagai cara untuk kita berdoa’ kepada-Nya, samada dalam tafakur atau apa saja, namun tafakur itu lebih zauk berbanding seperti orang yang meratap, jika mencapai tahap tafakur yang sebenarnya ia akan akan merasai seolah-olah anda telah mikraj kehadrat Ilahi, apa itu “Mikraj”.?

Mikraj ialah naik meninggalkan segala sesuatu, tinggalkan sementara urusan duniamu samada dalam sembahyang atau sedang berdoa’, in sya Allah doa’ anda akan dikabulkan, kerna pada ketika ini kita berdoa’ bukan dalam keadaan lalai, tapi kita bersyahadah iaitu bersaksi secara terus bahawa yang wujud hanya Allah semata-mata. Berdoalah pada-Nya mengikut kemahuan kita, penentuan yang bagaimana yang kita mahukan, tapi ingat..tetaplah hatimu memandang kepada-Nya dalam doa’ mu dan jangan lalai, andai kita lalai itu yang membuatkan doa’ kita tak di makbulkan.

In sya Allah inilah apa yang saya ingin kongsikan iaitu doa’, bukan hanya menunggu malam lailatul qadar sahaja baru nak berdoa’, sebab tu malam nya itu di rahsiakan supaya kita berusaha berterusan dan Allah ingin melihat bahawa kitalah yang berkehendak kepada-Nya bukan Dia berkehendak kepada kita. Dan maksud dari penyampaian saya diatas ialah bukan bererti tidak menggalakan anda membuat amal ibadah banyak-banyak tapi biarlah anda merasai nikmatnya, bukan berlumba-lumba siapa paling banyak tapi sia-sia. Wallahu’alam……..

Jangan lupa tinggalkan komen

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: