Hakikat Puasa

Salamun ‘alaikum

puasaSelamat berjihad dalam menentang hawa nafsu di bulan ramadhan (Bulan Panas) ini kepada teman-teman dan saudara/ri pengunjung semua.

Puasa, hmm..nampaknya masih ramai lagi yang belum memahami hakikat puasa, Apa itu puasa..? Puasa ialah umpama orang yang “Mati Terhadap Makhluk”, bagaimana yang dikatakan mati terhadap makhluk..? Mati terhadap makhluk ialah orang yang menentang keinginan atau kehendak hawa nafsu dirinya sendiri samada ada dari segi makan, minum dan sebagainya.

Tapi yang pasti nanti berbuka aku nak makan ni, aku nak makan tu, hakikat orang kita berlapar hari ini.

Sebenarnya apa yang dikehendaki dalam puasa..? Apa tujuan kita berpuasa..? Kalau hanya berlapar seharian kemudian buka nak makan sedap-sedap, apakah itu yang dikehendaki dalam puasa..? Apa yang dikehendaki dalam puasa ialah supaya kita tidak berhendak-kan apa-apa selain keredhaan Allah, dan tujuan kita berpuasa ialah untuk mencapai tingkatan ke-imanan yang tinggi disisi Allah S.W.T,
iaitu kita berhendak-kan kepada Dia, bukan selain dari-Nya. Sedangkan samada kita puasa atau tidak Allah tidak berhendak-kan kepada kita, bahkan kita-lah yang berhendak-kan kepada Dia. “Allahu tsamad, Allah-lah tempat sekelian makhluk bergantung”, Allah-lah tempat tujuan hidup sekelian makhluk, bukan selain-nya.

Kita puasa tak menguntungkan Allah pun, kita tak puasa pun tak merugikan Allah pun, yang rugi kita, dan sementara kita berlapar seharian jasad kita menjadi lesu dan lemah, apakah bukan kepada Allah yang kita harapkan segala kekuatan..? Kalau ya mengapa ada kehendak selain kepada Allah..? Apabila kita berpuasa dengan mengharapkan keredhaan dan kekuatan dari Allah dengan berharap sepenuh-nya kepada-Nya maka dari itu-lah timbul kekuatan yang luar biasa seperti berlaku-nya peristiwa perang di zaman Rasulullah S.A.W dengan keadaan tentera yang bilangan-nya kecil seramai 300 orang boleh mengalahkan tentera musuh seramai 1000 orang, dari manakah datang-nya kekuatan itu..? Renungkan…

Kalau benar anda seorang pencinta rasul maka renungkan dan cerna-lah baik-baik ajaran yang rasulullah bawa, jangan hanya pandai melafazkan rindu kepada baginda kemudian berselawat setelah itu apabila bergaul dengan kawan-kawan dan sibuk dengan pekerjaan kita lupa akan apa yang rasulullah ajarkan cara hidup dan pemikiran yang perlu kita contohi, yang rasulullah selalu berpesan cuba kita amalkan dalam hidup kita iaitu:”La tagdhab 3x”, tiga kali rasulullah ulang sambil memegang lidah-Nya, “Jangan mudah marah”.

Setiap apa yang berlaku samada kita suka ataupun tidak kita harus kembalikan semula kepada-Nya iaitu Allah dengan menyebut:”Inna lillah, wa inna ilaihi roji’un”, sesungguh-nya dari Allah, maka kepada-Nya tempat kembali”. Fikirkan…

Puasa juga ialah meng-Esa-kan segala sesuatu kepada-Nya, bukan meng-Esa-kan-Nya, kerana Allah sudah pun Esa, kenapa saya kata meng-Esa-kan-nya..? Kerana pada ketika ini semua hati umat manusia tertuju kepada-Nya bukan selain-Nya, disini menunjukan bahawa segala sesuatu ciptaan-Nya berharap dan ingin kembali kepada-Nya, bukan hanya sekadar kembali kedalam kubur (Liang Lahad), tetapi berhimpun di tempat sekelian yang berhimpun, iaitu disisi Allah S.W.T, apabila semua-nya telah kembali dan berhimpun kepada-Nya maka Esa-lah Ia apabila sekelian yang banyak itu telah berhimpun dan menjadi Esa.

Inilah serba sedikit pengetahuan yang Allah berikan kepada saya untuk dijadikan renungan buat saudara/ri dan diri saya sendiri di bulan Ramadhan ini. In sya Allah sama-sama kita renungkan dan fikirkan……

Jangan lupa tinggalkan komen

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: