Ilmu Ketuhanan

ahli-marifatSalamun ‘alaikum saudara dan saudari pembaca budiman, apakhabar anda semua..? Diharap sentiasa berada didalam limpahan rahmat Allah, apabila berada dalam limpahan rahmat Allah maka dapatlah kasih Allah, saya sentiasa doa’kan anda semua semoga sentiasa dipelihara Allah akan diri dan keluarga anda semua. Insya’Allah…

Alhamdulillah pada kali ini saya ingin kongsikan sedikit mengenai orang yang belajar “Ilmu ketuhanan” atau makrifat serta hakikat makrifat, mempelajari ilmu itu merupakan fardhu ’ain merupakan tuntutan agama bagi mengetahui hakikat sebenar bermakrifat kepada Allah lalu mentauhidkan segala sesuatu kepada Allah, bukan mentauhidkan Allah, Allah sudah Esa, Dia sendiri sudah tahu yang Dia sudah Esa, yang wajib kita Esa-kan ialah Esa-kan segala sesuatu kepada Allah, ini yang orang selalu tumbang dalam bab tauhid, tapi bukan ini yang saya maksudkan.

Saya nak kongsikan kenapa orang yang belajar ilmu makrifat yakni mengenal Allah atau ilmu ketuhanan yang akhirnya…mengakui yang diri-nya lah tuhan..kenapa ini berlaku..? Itu yang menjadi persoalan-nya, jika ini berlaku maka runtuhlah akan tauhid-nya, ini yang membuatkan ilmu ini dipandang tidak lagi relevan jika diajarkan dalam masyarakat pada hari ini, ada beberapa orang yang saya sendiri pernah berbicara dengan mereka tentang ilmu ketuhanan rata-rata kebanyakan pada akhir-nya mengaku bahawa kitalah tuhan, kalau bukan, siapa lagi katanya..? Hahaha…

Saya hanya tersenyum dan bertanya soalan yang yang simpel kepadanya, belajar ilmu makrifat atau ilmu ketuhanan ni nak mengenal Tuhan atau nak menjadi Tuhan..? Dia hanya diam membisu tanpa menjawab sepatah pun pertanyaan saya, lalu saya berkata padanya, belajar ilmu ketuhanan ni ada dua, samada menjadikan hati kita lembut atau keras, dia terus terdiam.

Kalau nak jadi Tuhan kenapa perlu belajar dulu..? Bukankah Allah itu telah kenal akan diriNya sendiri..? Mengapa Allah perlu turun kebumi menjadi makhluk kemudian mencari diriNya semula..? Inikan sudah bersalahan dengan sifat Tuhan..? Menjadi sesuatu yang baharu kemudian menjadi kekal semula..? Hahaha…mereka ini tidak sesat, jangan salahkan mereka, tetapi yang menyampaikan, yang mengajarkan, jauhi ajaran seperti ini kerana ia akan menjerumuskan diri sendiri kearah keruntuhan akidah dan akan menjadikan terbatal-nya syahadah kita, nau’zubillah…

Saya pun berkata padanya, Allah nak menguji manusia samada merasakan dirinyalah bergerak sendiri ataupun Allah yang gerakkan maka Allah  jadikan pendengaran dan penglihatan bagi menguji manusia dengan perintah dan larangan-Nya, dan Allah juga berfirman yang “Bahawasanya pada dunia ini tiada kehidupan pada hakikatnya yang sebenar, kecuali hanya sandiwara dan senda gurau  belaka”, surah Al-an’am ayat 32 dan surah Muhammad ayat 36.

Setiap kelakuan sumbang, kezaliman, keganasan, bunuh janganlah disalahkan kepada Allah, kerana itu merupkan hasil dari tangan-tangan manusia sendiri, kenapa..? Allah juga telah berfirman bahawa “ Maka apakah Tuhan menjaga setiap diri terhadap apa yang di perbuatnya ..?” Surah Ar-‘ad ayat 33. Dan ingatlah, kita belajar ilmu makrifat atau ilmu ketuhanan bukan-nya nak jadi Tuhan, tapi mengenal Tuhan, dan mengenal Tuhan itu bukan bererti melihat-Nya seperti keberadaan makhluk, tapi perhatilah dalam setiap nafas gerak dan diam kita ini ada yang menguasai-nya iaitu Dzat Allah.

Rasulullah S.A.W sendiri orang yang menerima wahyu pun tidak pernah mengakui yang dirinya Tuhan, inikan pula manusia yang baru saja tamat perguruan ilmu ketuhanan mendeclairkan diri sebagai Tuhan, dirinya sahaja Allah yang cipta malah boleh pula mengaku dirinya Tuhan, kadangkala orang seperti ini apabila bercakap tidak menunjukkan tanda-tanda dia tersasar, kadangkala ia boleh mengatakan yang kita ini tiada daya dan upaya kecuali pertolongan dari Allah, dalam masa yang sama jika berbicara ilmu ketuhanan malah ia mengatakan kita bukan Tuhan, tapi kitalah benda tu, di mulut mereka tidak mengaku, tapi perhatikan bicaranya, kitalah benda tu, jauh di sudut hatinya ia tetap mengakui dirinya Tuhan.

Astagfirullah….Subahanallah….Allah itu suci dan terlepas dari segala perbuatan maksiat dan dosa manusia, inikan manusia yang pernah melakukan dosa boleh mengaku yang dirinya Tuhan, tuhan pernah mengaku diriNya Allah sewaktu menurunkan wahyu kepada baginda S.A.W “ Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, sembahlah Aku sebagai untuk mengingati Aku” , tapi bukan baginda yang mengaku dirinya tuhan, masyaAllah…

Apapun dengan perkongsian tulisan ku ini saudara dan saudari fikirlah yang terbaik buat diri sendiri jangan sampai anda tersasar dari landasan sebenar menuju kepada Allah, sekali sudah tersasar amat sukar untuk berpatah balik kerana merasakan dirinya betul dengan apa yang dipelajari daripada guru kita, buatlah kajian sendiri demi memahami kehendak dan hakikat sebenar yang Nabi S.A.W nak kita faham apa yang Nabi inginkan sampaikan sebenarnya. Fikir-fikirkanlah…Allahua’lam….

Jangan lupa tinggalkan komen

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: