Tauhid Hakiki

Jantung HatiDalam mempersoalkan isu tauhid ini ramai umat manusia yang mempelajari ilmu mengenal diri iaitu “Makrifatullah”, mengapa terlalu banyak persepsi atau pandangan-pandangan dan pelajaran-pelajaran yang jauh membawa umat manusia untuk mengerti dan memahami kongsep hakikat makrifatullah yang hakiki, pelbagai jalan dan cara diajarkan kepada umat manusia yang merumitkan lagi menyulitkan, apakah agama itu menyulitkan atau memudahkan..? Sedangkan setiap segala sesuatu itu sudah disiapkan dengan dalil beserta hadis-nya.

Menurut hemat saya pelajaran ilmu hakikat makrifatullah ini tidak merumitkan dan menyulitkan, bahkan memudahkan umat, mengapa mahu menyulitkan..? Ambil-lah jalan mudah, mudah di fahami dan di cerna, bukan bererti ada-nya jalan mudah cara lama di tinggalkan, kalau anda masih boleh memahami dengan baik.. ya silakan,  tapi menurut saya.. jika ada jalan yang lebih mudah…ya di pilih jalan yang mudah, kalau jalan yang berliku-liku itu menyulitkan lalu banyak umat manusia tersasar dari hakikat makrifatullah yang hakiki, apa lagi jika hendak mentauhidkan dengan benar-benar tauhid akan segala sesuatu kepada Allah.

Jika difahami dengan benar-benar apa itu “Zat=Sifat=Asma’=Af’al” maka ianya benar-benar telah memberitahu bahawa makhluk/manusia itu pada hakikatnya tidak ada, yang ada hanya Allah semata-mata, mengapa masih merasakan diri hebat atau bijak..? Dan fahami lagi dengan benar-benar konsep “ La ilaha Illallah, tiada TUHAN melainkan ALLAH”, bukankan telah dikatakan bahawa sememang-nya tuhan lain selain Allah itu tidak ada..? Lalu mengapa timbul-nya pelbagai pengakuan tuhan itu-lah tuhan ini-lah, aku-lah tuhan, bukankah ini merumitkan..? Kalau hendak ber-TUHAN maka bertuhan-lah pada Allah sahaja, jangan ada lagi berbagai-bagai tuhan.

Bagaimana hendak merasai ada-nya atau mengenali Allah itu dengan hakiki..?  Jika mahu merasai ada-nya Allah itu maka rasailah sehingga tiada lagi rasa, lihat-lah sehingga tiada lagi penglihatan, pandang-lah sehingga tiada pandangan sehingga semuanya menjadi kosong sekosong-kosong-nya, lalu apa yang anda dapati..? Tidak ada apa-apa lagi melainkan diam sediam-diam-nya, maka anda telah sampai kepada Zat-nya, kerana diri zat itu tiada dapat dirasa, tiada dapat disentuh, tiada dapat dilihat, tiada dapat dicium melainkan kosong yang tiada kosongnya, maka itulah zat semata-mata, itulah diri Allah sebenar-nya.

 Lalu timbul pula rasa ingin dikenali, maka disini telah ada permulaan titik awal iaitu sifat,  kalau tadi dikosong-nya itu zat semata-mata, sekarang ini telah ada rasa ingin dikenali maka telah ada permulaan bagi yang awal iaitu sifatullah, apakah sifat ini telah zahir..? Belum…inilah yang dikatakan qodim,  bicara tanpa suara masih qodim, maka diciptakan makhluk yang bernama “ADAM” yang maksud-nya tiada, lalu nyata-lah apa yang di inginkan oleh sifat itu dengan nyata-nya af’alullah ini, segala kelakuan dan perbuatan sifat itu nyata terzahir atas jasad ini, maka nama-nya ialah juga satu iaitu Allah, esa pada zat-nya, sifat-nya, af’al-nya dan asma’-nya.

Konsep-nya amat mudah, seperti anda ketahui iaitu “Allah, Muhammad, Adam”, kalau ketiga-tiga ini umum-nya satu tapi tiada bercampur, kerana Allah dan Muhammad itu satu bukan bersatu,  bukan bercampur tapi satu jua, kalau Adam itu tentu-nya satu jua tapi tiada bercampur, kerana adam itu diciptakan hanya satu dengan cara ciptaan yang pertama dan merupakan benda baharu yang  akan menemui mati, kerana ianya diberikan hayat, penglihatan dan pendengaran sebagai menyatakan akan diri-nya yang sebenar diri. Lalu dimanakah manusia..? Cuba di fahamkan sabda baginda nabi S.A.W yaitu” Ana minallah, walmu’minuna minni, Aku dari Allah, mukmin itu daripadaku

Lalu kembalilah kepada tauhid yang hakiki, tauhidlah dengan benar-benar bahawa sesungguhnya Allah semata-mata yang ada, kerana kalimat tauhid itu ialah “La maujudun Illa Allah”, tiada sesuatu yang maujud/wujud kecuali Allah”, jikalau sudah benar-benar tauhid maka tiada lagi dipandang segala gerak dan perbuatan itu perbuatan makhluk pada diri jasad ini melainkan kelakuan dan perbuatan Allah semata-mata, tapi ingat bahawa diri Allah itu tidak bertempat, seperti dalam hadis qudsyi menyatakan “ Ana makanin, wala lay salli makan, Aku merupakan tempat pada sekelian yang bertempat, tapi aku tidak mengambil tempat pada sekelian yang bertempat”. Apakala sudah sampai disini maka kembalilah ke tempat sewajar-nya dan selayak-nya kita berada yaitu pada tempat mutmainnah, yaitu tempat orang yang jiwa-nya sudah tenang setelah makrifat dan tauhid dengan benar-benar hakiki, walaupun begitu tetaplah merasakan dan memandang kepada Allah itu dengan tiada lagi rasa dan tiada lagi pandangan, lalu putuskanlah iktiqod anda bahawa tiada lagi tuhan begitu tuhan begini, bahawasa-nya DIA lah semata-mata yang ada.

Tapi harus di ingat bahawa bukan bererti disini destinasi kita kerana kita bukan tuhan, tapi diri kita hanyalah kenyataan tuhan, maka tempat-nya yaitu di “Mutmainnah”, orang yang jiwa-nya sudah tenang apabilah telah mengenali hakikat diri sebenar diri, tapi tetap memandang Allah sahaja-lah ada, seperkara lagi harus di perhatikan, Allah itu tidak bertempat, “Ana makanin, wala laysalli makan, Aku merupakan tempat pada sekelian yang bertempat, dan Aku tidak mengambil tempat pada sekelian yang bertempat”.

Jika menurut hemat saya jalan ini amat mudah difahami kerana tiada berbagai-bagai cara, bukan cara lain itu tidak bagus atau tertolak, bahkan Allah telah menyatakan bahawa “Ada dari kalangan hambaKU yang datang kepadaKU dalam keadaan merangkak, berlari, berjalan, mengesot dan berbagai lagi, bahkan ada yang semacam mendaki”, juga harus di ingat penjelasan ini bukan-lah bererti hendak mendabik dada bahawa inilah jalan yang sebenar-nya yang harus anda telusuri bahkan ada bermacam-macam cara, maka anda-lah yang harus bijak berfikir.

Mudah bukan, anda merasai ada-nya tuhan itu sehingga tiada lagi rasa, yaitu hilang segala rasa sehingga menjadi kosong ia akan rasa, berfikir sehingga hilang segala fikiran menjadi satu dengan perasaan lalu kosong sekosong-kosong-nya, maka tiada lagi anda dapati diri anda, bahkan tuhan-lah yang ada,  inilah yang perlu dibawa kedalam solat, bukan berbagai-bagai iktiqod, apabila ini sudah dicapai maka setiap gerak rukuk dan sujud dalam solat itu tidak lagi di pandang sebagai perbuatan makhluk, bahkan kelakuan dan perbuatan tuhan semata-mata yang bertajalli pada sifat (Muhammad) dan af’al-nya, (Jasad), jasad ini tempat kenyataan tuhan.

Cuba di fikir sejenak, anda berniat untuk membuat air kopi, awal-nya sebelum niat itu apa yang ada, tidak ada bukan, kosong sekosong-nya, ini yang dikatakan zat, (Zat Mutlak/Ruhul Qudus) zat mutlak ini bukan-lah diri tuhan, masih belum, kerana diri tuhan dan zat yang menciptakan itu masih tinggi lagi, tapi bukan ini untuk dibahaskan, apabila telah ada niat maka titik awal permulaan itu sudah bermula, tapi masih belum nyata, apabila telah disempurnakan atau pergi ke dapur membuat air kopi maka nyatalah, ini yang dikatakan zahir, maka telah nyata apa yang dikatakan titik awal niat itu.

Perbahasan ini tentu-nya luas namun saya ringkaskan kerana menurut hemat saya para pembaca bukan-lah baru hendak belajar, bahkan sudah mempunyai pengetahuan yang baik dalam bidang agama, maka dengan itu marilah sama-sama kita renungkan dan fikirkan sedalam-dalam-nya agar mencapai matlamat dan tujuan yang sebenar-nya untuk apa diri zahir ini diadakan.

Akhir kalam penjelasan ini bukan untuk menunjukan kebijaksanaan berfikir, tapi sama-sama berkongsi penngetahuan. Allahu’alam………

90 responses to this post.

  1. Apa itu Kalimat Tauhid Hakiki? Di Zaman Azali belum ada sebutan Dia Tuhan bernama Allah. Ada sebutan Allah itu Tuhan dan Tuhan itu Allah itu ada pada Zaman kuno Arab Yahudi dan Arab Nasrani serta kaum Arab jahiliyah.. Sebelum Kehadiran Rasullun Muhammad bin Abdillah, yang telah kita ketahui sekarang ini iaitu junjungan besar Nabi Muhammad Salallah Alaihi Wasallam.

    Reply

  2. Salamun ‘alaikum, benar juga kata2 saudara, untuk lebih baik lagi ialah, kalimat tauhidnya ialah “La maujud illa Allah”, tiada sesuatu yang wujud melainkan Allah”. Harus hati2 dengan kalimat tuhan itu Allah, dan Allah itu tuhan, Allah bukan tuhan, tapi ianya asma jamak bagi sekelian Dzat, tapi manusia bertuhankan kepada Allah, jika saudara mengatakan adanya sebutan tuhan itu Allah wujud pada zaman jahiliah arab kuno, bagaimana pula dengan firman Allahu S.W.T yang berbunyi, “Alastu birobbikum..?, siapakah yang bertanya, dan siapa yang menjawab “Bala syahidna”..? Sama2 kita renungkan, moga kita benar2 merasai adanya tuhan maka harus dikenali mana yang dikatakan tuhan dan mana yang dikatakan Allah, in sya Allah mudah-mudahan dengan adanya buah fikiran dari saudara sedikit sebanyak membuka minda untuk lebih mendalami lagi mengenainya.

    Wallahua’alam…

    Reply

    • AL INSANUU SIRRIHI YANG MENGATAKAN AKU BUKAN DIA TUHAN BERNAMA ALLAH. AKU BUKAN MANUSIA. AKU BUKAN AKUADALAHAKU YANG MEREKA MEMPERKATAKAN. AKU BUKAN ROHSUCI DAN ROHKOTOR. AKU BUKAN KESELUROHAN MAKHLUK YANG MEREKA MEMPERSEKUTU KAN AKU. AKU BUKAN DIRI. AKU BUKAN ALAM SEMESTA BESERTA SEISINYA. KESEMUANYA BUKAN AKU. KESEMUANYA TIADA. YANG ADA HANYA AKU SAHAJA. AKU TIDAK BERSEKUTU DENGAN SESIAPA PUN. AKU BEBAS MERDEKA DARI PERKARA PERBUATAN KEJI DAN KEZALIMAN. AKU TIDAK BERKATA WALLAHUA’LAM YANG APA MEREKA KATAKAN. TETAPI AKU BERSELAWAT DAN SALAAM KEPADA MUHAMMAD RAHMATAN LIL A’LAMIN, YANG MEMILIKI KESADARAN YANG PALING TERTINGGI LAGI ABADI KESUCIAN HIDUP YANG TERPUJI.

      Reply

    • KESADARAN UMUM LA MAUJUDA ILALLAH / KESADARAN KHAS LA MAUJUDA ILA HUWA / KESADARAN KHUSUS LA MAUJUDA ILA ANTA / KESADARAN KHAWASULKHUSUS LA MAUJUDA ILA ANA. SELAWAT DAN SALAAM.

      Reply

    • Selawat dan salaam kepada Baginda Nabi kita iaitu Nabi Muhammad Salallahu A’laihi Wasallam, yang telah menyampai kan risalah Tauhid…. Kalimat Tauhid umum “LA ILAHA ILLALLAH ” Kalimat Tauhid khas “LA ILAHA ILA HUWA ” Kalimat Tauhid khusus “LA ILAHA ILA ANTA ” dan Kalimat Tauhid khawasulkhusus “LA ILAHA ILA ANA “. Wassalatu Wassalamu’ala Ashrafil Anbiya’i Walmursalin Rahmatan Lil Alamin Sayidina Muhammadin Wa’ala A’lihi Wasahbihi Ajmaiin. Semoga teguh berkah selamat serta rahmat melimpahi saudaraku.

      Reply

  3. Syabas saudaraku yang memberi tajuk TAUHID HAKIKI? Tak perlu meremeh kan hal lain. Ma’af ya!!! Kemungkinan benar atau salah, bagi kita wajib atau mustahil atau harus di perbetulkan makna bahasa Arab nya ke Melayu, supaya umum ahli Syariat, Tarikat, Hakikat, dan ahli Makrifat mengetahui Nya…. Ketahui lah, Kalimat Tauhid bertahap peringkat…. Syariat kalimat Tauhid nya “LA ILAHA ILLALLAH ” Tarikat “LA ILAHA ILA HUWA ” Hakikat “LA ILAHA ILA ANTA ” dan Makrifat “LA ILAHA ILA ANA ” bahasa Arab ALLAH arti nya NAMA BAGI DZAT YANG MAHASUCI LAGI MAHATERTINGI. Sedemikian itu “LA ILAHA ILLALLAH, kebiasaan Muslim Mukmin mengartikannya TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH, itu maseh salah dan keliru. Harap Maklum!!!! Walau pun meremeh kan hal sedemikian…. BERISTIQOMAH MENYADARI DIRI TIADA PADA ZAMAN AZALI ITU LEBIH BAIK, LEBIH BERMANFAAT DAN LEBIH SELAMAT MENGIKUT PAHAMAN PENERANGAN DARI NABI KITA IAITU NABI MUHAMMAD SAW, BERKENAAN ASAL USULNYA KESEJADIAN DI ZAMAN AZALI. Dari dalil Utama yang Baginda SAW sampai kan kalimat Tauhid yang Tertinggi “LA ILAHA ILA ANA ” bukan HUWA, Tapi ANA. Arti keseluruhan maknanya “LA ILAHA ILA ANA /KESEMUANYA TIADA, MELAINKAN AKU ” SAHAJA YANG ADA / @ Hanya AL INSANUU SIRRIHI sahaja yang dapat meng’Aku’i ANA SIRRUHU., yang Baginda Nabi Muhammad SAW sampai kan melalui dalil Hadist Qudsi. Selawat dan Salaam.

    Reply

  4. Alhamdulillah, saudaraku telah sampai ke tingkatan tertinggi dalam ilmu TAUHID, nampaknya saudara boleh berkongsi pengetahuan saudara di ruangan halaman ini, kerana bukan senang hendak mencari orang yang benar-benar mengetahui akan ke-TAUHIDAN yang hakiki, kerna amat sukar untuk mencari orang yang bijak pandai pada masa sekarang, disini kita membincangkan hal-hal berkenaan TAUHID, maka tauhidlah yang dibincangkan, apa yang saudara perjelaskan ini hal yang berkaitan dengan tahapan tertinggi dalam ilmu KETUHANAN, iaitu ilmu “SYAHADAH”, apa yang saudara cuba perjelaskan diatas disinilah maqam-nya. (Syabas saudaraku)

    Tahapan tertinggi dalam segala ilmu ialah, “SYAHADAH”, penyaksian secara langsung, tiada lagi perantaran atau hijab diantaranya, tapi “AWAS”, mari kita rujuk sejenak dialog syeikh Abdul Qadier Al jailani dengan Allah S.W.T secara langsung, ” wahai wali agung, Barangsiapa mengatakan ia telah kenal kepadaKU, padahal ia belum pernah bertemu denganKU, maka kafirlah ia”. (Sekadar rujukan)

    Adapun disini kita membincangkan mengenai tauhid, iaitu bukan meng-ESA-kan Allah, kerna Allah itu sudah ESA, tapi meng-ESA-kan segala sesuatu kepada-NYA. Jika ada salah silap mohon perbetulkan,

    Apapun alhamdulillah kerana saudara sudi berkunjung ke halaman ini serta memberi pendapat saudara.

    Reply

    • HANYA MANUSIA ADALAH RAHASIAKU YANG BOLEH BERKATA AKU BERSAKSI DI HADAPAN DZATKU SENDIRI TIADA YANG LAIN SELAIN AKU. SELAIN MANUSIA BUKAN RAHASIAKU TIDAK BOLEH SYAHADAT BEGITU. TAPI INGAT JANGAN MENYEKUTUI AKU KEPADA SEGALA SESUATU??? SADARILAH AKU BUKAN MANUSIA DAN BUKAN MAKHLUK. SUBHANI.

      Reply

    • PERLU DI IKUTI YANG MANA? WALI AGUNG SHEKH ABDUL QADIR JAELANI KE ATAU NABI MUHAMMAD SALALLAHU A’LAIHI WASALLAM.

      Reply

    • HARUS PERLU DI SADARI, UMAT MUHAMMAD MEMILIKI NUR NABI MUHAMMAD. NUR NABI MUHAMMAD MEMILIKI KESADARAN YANG PALING TERTINGGI LAGI ABADI SEMENJAK ZAMAN AZALI. SEDEMIKIAN ITU, KE BANYAKAN UMAT MUHAMMAD, UMAT YANG TAK MENGENANG BUDI NABI MUHAMMAD SALALLAHU A’LAIHI WASALLAM. MAKRIFAT NABI MUHAMMAD LAH YANG LEBIH SELAMAT DAN BERMANFAAT YANG MENYADARI DIRINYA TIADA. SELAIN ITU MASEH KELIRU MAKRIFAT NYA. KENAPA MEMPERSULIT KAN HAL ITU? SELAWAT DAN SALAAM YA HABIBI YA MAUL.ANA.

      Reply

  5. PADAHAL KESEMUA INTISARI ILMU MAKRIFAT BERSUMBER DARI AJARAN DAN PENERANGAN NABI MUHAMMAD SALALLAHU A’LAIHI WASALLAM. WAHAI UMAT MUHAMMAD, SADARILAH DARI KESADARAN YANG PALING TINGGI MELALUI FIRMAN DAN SABDA NABI MUHAMMAD SALALLAHU A’LAIHI WASALLAM. SEGI SYARIATNYA, ALLAH DAN PARA MALAIKAT NYA BERSELAWAT TERHADAP BAGINDA NABI NYA MUHAMMAD SALALLAHU A’LAIHI WASALLAM. WAHAI ORANG YANG BERIMAN, BERSELAWAT LAH TERHADAP NABIMU NABI MUHAMMAD SALALLAHU A’LAIHI WASALLAM.

    Reply

  6. TANPA NUR NABI MUHAMMAD YANG ADA BERSAMA UMAT MUHAMMAD, UMAT MUHAMMAD TAK AKAN MENGENALI NYA ALLAH, HUWA,ANTA, ANA KESADARAN YANG PALING TERTINGGI LAGI ABADI SEMENJAK ZAMAN AZALI. SELAWAT DAN SALAAMUA’LA ASHRAFIL ANBIYA’I WALMURSALIN SAIYIDINA MUHAMMADIN WA A’LA A’LIHI WASAHBIHI AJMAIN.

    Reply

  7. Alhamdulillah…..syabas saudaraku, sungguh dalam penyampaian saudara, mohon pencerahan dari saudara jika tidak keberatan, “Apakah Allah ada rahsia..? Apakah manusia boleh bersaksi dihadapan Dzat Allah..? Dan saudara ada menyebut Nur Muhammad sejak dari Azalli, kalau begitu “siapakah Muhammad sebelum bernama Muhammad..? ”

    Harap saudara boleh beri sedikit pencerahan mengenainya, saya kira saudara sudah mencapai tahap yang dikatakan “Mati terhadap makhluk” dan orang yang sudah “Hancur hati kerana Tuhan”. Salamun ‘alaikum…

    Reply

    • A’laikom Salaam wahai saudaraku, harus perlu d perbetulkan bahasa Arab yang di sebut ALLAH itu artinya hanya Nama bagi DZAT YANG MAHASUCI LAGI MAHATERTINGI. Sebutan ALLAH adalah pangkal ASMA’UL KHUSNA artinya NAMA NAMA YANG INDAH,, DI mulai dengan sebutan ALLAH, AR RAHMAN, AR RAHIIM, dan seterusnya sehingga nama indah yang terakhir AS SABUUR. Tidak ada Rahasia Nama itu, tapi harus perlu mengetahui arti maknaNya? Menurut Hadist Qudsi Sabda Nabi SAW, MANUSIA ADALAH RAHASIAKU DAN AKU ADALAH RAHASIA MANUSIA, RAHASIAKU ADALAH SIFATKU, SIFATKU ADALAH AKU JUA. @ Harus perlu di ketahui, kalau di sebut DZAT ALLAH maseh keliru lagi salah. Di ulangi lagi, ALLAH itu artinya Nama bagi DZAT YANG MAHASUCI LAGI MAHATERTINGI. Dan bukan sebutan DZAT ALLAH, atau DZAT ITU ALLAH, Sebutan nya maseh salah, Harap Maklum. @ Harus perlu jua di mengerti bahasa Arab NUR MUHAMMAD artinya Cahaya YANG Terpuji, atau Cahaya Sifat Yang Terpuji, ada pada manusia. @ Menurut Sabda Nabi Muhammad SAW, NAMAKU DI LANGIT AHMAD TANPA MIM. BERARTI AHAD. Nama tidak ada Rahasia. Masakini jua ada Manusia bernama Ahad, Tunggal, Ahmad, Muhammad dan sebagai nya. Mutu Qoblal Antal Mutu. Selawat dan salaam.

      Reply

    • Ada juga Manusia bernama TAUHID(KEESAAN) dan ROHANA(NYAWAAKU). Manusia juga yang pandai berkata, JASADKU, NAFASKU, JIWAKU, ROHKU DAN AKU!!!!! Manusia jua yang bernama RAHMAN, RAHIM, MALIK, SALAM, MUHAIMIN, dan seterusnya nama nama yang indah.. Ada juga Manusia yang bernama HU Presiden yang bunuh diri di Korea zaman dahulu. Ada jua manusia yang bernama RABU, RABBI, dan sebagai nya. Cuma AR TOMPEL dan JINS SHAMSUDDIN Berlainan…

      Reply

  8. Alhamdulillah….syabas suadaraku kerana sudi memberi sedikit pencerahan, mohon kiranya saudaraku dapat membimbing kami semua disini atas apa yang saudara telah ketahui, Amin….

    Reply

    • BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIEM. ATAS NAMA DZAT YANG MAHA PENGASEH LAGI MAHA PENYAYANG. WAHAI MUSAFIR IKHLAS, AKU IJAZAHKAN DENGAN IKHLAS KATA KATA MUKJIDZAT INI. IKHLAS KAN KEAKUAN NYA MASING DENGAN HATI IMAN YANG TERDALAM. LANTUNKAN.. AKU BERSIFAT MUHAMMAD (TERPUJI) BERTUBOH MUHAMMAD (TERPUJI) ZAT YANG EMPUNYA DZAT YANG MAHASUCI LAGI MAHATERTINGI. @ Tapi INGAT Bukan nya Sosok Nabi Muhammad yang telah wafat.. @ Amalkan supaya Sifat Keji dan Mungkar Lenyap. @ Tidak ada tandingan, dan tidak ada seumpamaNya. @ Adam (Tiada) yg Ada hanya ALLAHdanMUHAMMAD iaitu DZATdanSIFAT tidak bercerai.. DZAT YANG MAHASUCI LAGI MAHATERTINGIdanSIFAT YANG TERPUJI. @ INILAH KESAKSIAN DAN KESADARAN YANG PALING TERTINGGI LAGI ABADI. SELAWAT DAN SALAAM.

      Reply

      • Alhamdulillah, dengan rendah hati dan rasa syukur dan atas NAMA DZAT YANG MAHA TINGGI LAGI MAHA MENGETAHUI SERTA IKHLAS AKU TERIMA IJAZAHNYA DENGAN IMAN YANG TERDALAM, QOBILTU…..

        Reply

        • BAROKALLAH FIIKUM > SAUDARAKU SEMUA.. JAGALAH KESATUAN NYA.. AGAR SELARAS SELALU.. NAMA HANYA SIMBOLIK BELAKA.. BERSATULAH UNTUK MENUJU KEBERSAMAANNYA.

          Reply

        • BISMIDZATIL A’LIYAH.. SELAWAT DAN SALAAM.. CONTOH TAULADAN YANG TERBAIK LAGI MUDAH LAGI SELAMAT DAN BERMANFAAT.. MENGIKUT PAHAMAN PENJELASAN PENERANGAN DARI FIRMAN DAN SABDA NABI MUHAMMAD… BAGINDA TELAH MENJELAS KAN DENGAN SEBENARNYA…. ASAL USULNYA HAKIKAT MANUSIA, SEBELUM DIRI SERTA SEKELIAN YANG ADA SEKARANG INI PUN TIADA, ATAU PADA HAKIKAT NYA KESEMUANYA TIADA.. YANG ADA ANA DZAT SAHAJA YANG ADA. . SIFAT ASMA ‘ AF’AL PUN TIADA PADA ASAL NYA.. YANG ADA DZAT MUTLAK TERJADI DENGAN SENDIRI NYA., SETAKAT INI SAHAJA YANG ANA KETAHUI DARI SABDA NABI MUHAMMAD DARI FIRMAN UTAMA YANG BAGINDA MERPERJELASKAN DENGAN KALIMAT LA ILAHA ILA ANA arti makna sebenarnya KESEMUANYA TIADA, KECUALI AKU. HARAP MAKLUM.. INI SAJA YANG ANA SAMPAI KAN HAL YANG JELAS TIDAK MEMPERSULITKAN KESADARAN MUTLAK YANG AZALI ABADI. KALAU PERLU, ADA AMALAN DZAT BUAT WIRID YANG BAGINDA NABI BAI’AT KAN ! MANUSIA SESUNGGUH NYA KATA PERBEDANHARAAN YANG TERSEMBUNYI. SALAAM SETUNGGAL.

          Reply

          • Salamun ‘alaikum, KALAU PERLU, ADA AMALAN DZAT BUAT WIRID YANG BAGINDA NABI BAI’AT KAN ! Boleh ana tahu apakah dan bagaimanakah amalan tersebut..? Mohon kiranya dapat diberi tunjuk ajar atau di BAI’ATKAN, jika ya, apa syaratnya..? Salamun ‘alaika

            Reply

            • LA ILAHA ILA ANA DZAT SEJATI YANG MAHASUCI YANG MELIPUTI SIFATKU MENYERTAI NAMAKU DAN MENANDAI PERBUATAN KU.

              Reply

            • SALAM KEMBALI.. BIIZNIZZDZATIL A’LIYAH.. SUDAH DI TERIMA ATAU BELUM?

              Reply

              • Alhamdulillah, sudah terima,

                Reply

                • HANG QADIM.

                  Reply

                • KEBANYAKAN A’LIM ULAMAK BERTENTANGAN PENDAPAT BERKENAAN HAL ITU.. MEREKA SENANG MEMPERKATAKAN.. TAPI PAYAH MENJELASKANNYA.. APALAGI MEREKA SANGGUP BERTENTANGAN PENDAPAT DARI DALIL FIRMAN DAN SABDA NABI MUHAMMAD SAW. , YANG MENJELAS KAN HAL ITU DENGAN KALIMAT TAUHID YANG TERTINGGI LA ILAHA ILA ANA. Bukan Kalimat Tauhid LA ILAHA ILLALLAH. atau LA ILAHA ILA HUWA. DAN TIDAK ADA FIRMAN DAN SABDA BERKENAAN KALIMAT “LA MAUJUDA ILLALLAH “

                  Reply

                • KALAU DI BICARA KAN HAL TAUHID HAKIKI MAKRIFAT DALAM HAKIKAT KEJADIAN MANUSIA…. NAMA HANYA SIMBOLIK BELAKA…. BAGI WUJUD MUTLAK DI DALAM ILMU KESEMPURNAAN MANUSIA ADALAH RAHASIAKU DAN AKU ADALAH RAHASIA NYA.

                  Reply

                  • KALAU DILIHAT HARI INI RAMAI ORANG YANG MEMPELAJARI BIDANG INI, IAITU TAUHID, TAPI ADA YANG BERTANYA KEPADA SAYA KENAPA DALAM DIRI MEREKA TIDAK NAMPAK CIRI-CIRI TAUHID..?

                    Reply

                    • SUDAH ADA PADA FITRAH MANUSIA ITU SENDIRI… SEJAK AWAL LAGI DI ALAM ROH MANUSIA TELAH BERSAKSI DALAM BAHASA ARABNYA………… QALUU BALAA SYAHIDNA. TAPI MEREKA LUPA DI ALAM SYAHADAH INI.. KERANA APA?..PAHAM SENDIRI.. MENGINGKARI FIRMAN DAN SABDA NYA NABI MUHAMMAD SAW. AL QURAN MENGUNGKAP…. ” MAKA HADAPKANLAH WAJAHMU DENGAN LURUS KEPADA AGAMA, FITRAH DZAT MAHASUCI, YANG TELAH MENCIPTAKAN MANUSIA MENURUT FITRAH ITU. TIDAK ADA PERUBAHAN PADA FITRAH DZAT YANG MAHASUCI, AGAMA YANG LURUS,., TAPI KEBANYAKAN MANUSIA TIDAK MENGETAHUINYA ” (Qs Ar Ruum 30 :30).

                    • AL QURAN SEBAGAI LAMPU SULOH PADA KITABUN MUBIN PERIBADI MANUSIA.. WAFI ANFISIKOM AFALA TUBSIRUN(Dan pada peribadi mu sendiri.. Maka apakah kamu tidak memperhatikannya).. INNI A’LAMU MA LA TA’KLAMUN… ” SESUNGGUHNYA AKU TAHU APA YANG TIDAK KAMU KETAHUI” Dalam keadaan ini para Malaikat dan Setan gigit jari dan begitu terheran heran, rahasia macam apa ini ?

                    • “WAFI ANFUSIKOM A’FALA TUBSIRUN”

                    • AZMADI GHANI apa arti maknanya? Ma’af ya.! Kalau tak tau maknanya, seperti burung kakek tua.

                    • “WAFI ANFUSIKOM A’FALA TUBSIRUN”, Ya kalau makna-nya dalam bahasa melayu “Dan AKU sudah sedia ada didalam setiap diri kamu, apakah kau tidak perhatikan-nya, ya kalau menurut saya “AKULAH YANG NYATA, APAKAH KAU TIDAK PERHATIKAN_NYA”, subhanallah…

                    • SUNGGUH SYIRIK MANUSIA ZALIM BERKATA BAHAWA AKU BERADA DI DALAM DIRI MANUSIA. KETAHUILAH AKU TIDAK BERSEKUTU DENGAN SESIAPA PUN.. . AKU BUKAN FITRAH MANUSIA. AKU BUKAN ZAT MANUSIA. AKU BUKAN NURULLAH. AKU BUKAN NUR MUHAMMAD. AKU BUKAN DIA TUHAN BERNAMA ALLAH YANG MANUSIA MEMPEERSEKUTUKAN. AKU BUKAN ROHSUCI ATAU ROHJAHAT. AKU BUKAN KESELUROHAN MAKHLUK SEISI ALAM SEMESTA. AKU AZALI ABADI. NAMA AKU AZALI NUR ARIF. / Anarif.

                    • KETAHUILAH.. FIR’AUN ITU ZALIM.. MENGAKU DIRINYA TUHAN.

                  • MUHAMED SHARIF, umpama udah bercerai jasad dan diri AZALI, kalau umum-nya udah FANA’, Kalau di bahasa KETUNGGALAN itu apa ya..? “ANA AL-HAQ” gitu ya..?

                    Reply

                  • SUBHANI, laksana intan dengan kaca, sukar di mengerti mana asli mana yang palsu kalau belum benar-benar kenal,

                    “AKU MERUPAKAN TEMPAT PADA SEKELIAN YANG BERTEMPAT, DAN AKU TIDAK MENGAMBIL TEMPAT PADA SEKELIAN YANG BERTEMPAT”, sama arti dengan tiada bercerai dan tiada bersekutu, ya kan..?

                    Reply

                    • AKU TANPA PERMULAAN TANPA KESUDAHAN TANPA RUANG TANPA TEMPAT TANPA WAKTU TANPA MASA TANPA ZAMAN.

                    • SUBHANI…..

                    • SUNGGUH MANTAP PAHAMAN NABI SAW.. TANPA REMEH TEMEH.. SELAWAT DAN SALAAM.

                    • SAUDARAKU.. KALAU DI PERBAHASKAN.. PEMBOHONG(MUNAFIK) BESAR (AKHBAR) .. BAGI YANG MENGAKUI DIRI NYA TIADA YANG BERKATA DIA(ALLAH) SAHAJA YANG ADA.. AMAT JAUH DARI PENGAKUAN NABI SAW, ANA AHMAD BALA MIM. SELAWAT DAN SALAAM.

                    • BAGI BAHASA BIMBINGAN BAB SUBHANI.. NABI TIDAK PERNAH MENGAKU.. Seperti.. PENGAKUAN FIRAUN ” ANA RABBUKAL A’LA.. AKU TUHAN YANG MAHATINGGI”.. Demikian jua bagi Pengakuan Sejumlah kecil orang orang yang besar(Akhbar) Mengakuinya.. AKU TUHAN atau AKU ALLAH.. YANG MASEH SALAH ATAU SESAT PENGAKUAN ITU.. YANG BERTENTANGAN DENGAN PENGAKUAN NABI NYA NABI MUHAMMAD SALALLAHU A’LAIHI WASALLAM.

                    • DI DALAM KITAB INJIL YOHANES.. KATA JESUS/ISA KEPADA MEREKA: AKU BERKATA KEPADA MEREKA ” SESUNGGUHNYA SEBELUM ABRAHAM / IBRAHIM JADI. AKU SUDAH ADA.

                    • TUHAN NYA NABI MUSA DALAM BAHASA IBRANI ADALAH ” EHYEH ASHER EHYEH.. Artinya.. AKU ADALAH AKU”.

                    • SUBHANI……

                    • MAHASUCI AKU TIDAK BERSEKUTU DENGAN APA APA PUN.. SEBELUM SEMESTA ALAM JADI, AKU DAH ADA. SUBHANI.

            • SALAM KEMBALI.! SYARAT NYA MUUTU QOBLAL ANTAL MUUTU. SELAGI BELUM MUUTU..SELAGI ITU MASEH ADA DIRI.. SELAGI ITU BELUM DAPAT TERIMA KEMBALI ILAIHI RAJI’UN.

              Reply

            • PERJALAN MUKMIN TAK PERLU KHUATIR.. HARUS PERLU IBNU SABIL..MAJU TERUS.. JANGAN KHUATIR.. KERANA KEADAAN BUMI LANGIT SERTA SEISINYA.. BERSERTA TMBANGAN, JEMBATAN SIRATAL MUSTAQIM, LOH MAHFUDZ, KALAM, QURSI ARSY, KE SELUROHANNYA SUDAH TERMASUK TABIR DI IMBASI OLEH DZAT KITA YANG MAHA AGUNG. YAKINILAH. . . . . . . . .

              Reply

        • MANUSIA Sesungguhnya adalah perbedanharaan kata yang terpedam. Jika engkau ingin menemui – KU. Selamilah samudera bathinmu yang paling dalam. I’m

          Reply

        • Kalimat Tauhid Syariat Tarekat LA ILAHA ILLALLAH.. LA MAUJUDA ILLALLAH // Kalimat Tauhid Hakiki LA ILAHA ILA ANA. LA MAUJUDA ILA ANA.

          Reply

        • BAROKALLAH FIIKUM.. SEBENARNYA SAUDARAKU ! KESADARAN AZALI ABADI ITU ADALAH WUJUD MUTLAK DI DALAM ILMU KESEMPURNAAN NYA INSAN KAMIL. MAKA BENARLAH APA YANG DI SABDAKAN OLEH BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW., IAITU MANUSIA ADALAH RAHASIAKU DAN AKU ADALAH RAHASIA NYA ! BAIK BURUK NYA ITU HAQQULLAH ! NAMA HANYA SIMBOLIK BELAKA ! SEDEMIKIAN ITU, TAK PERLU DI PERSULITKAN LAGI HAL ITU ! SELEBIHNYA PAHAMI MASING MASING.. JAGALAH KESATUAN NYA DALAM PERSAUDARAAN. MENUJU KEBERSAMAANH NYA ! AMIEN! SALAM PERSAUDARAAN.

          Reply

  9. Alhamdulillah…..sebelum nya saya ingin bertanya..adakah saudaraku kenal dengan ustz Hj Husin..?

    Reply

    • Hj Husin ilmu meliputi? JB

      Reply

    • Tauhid bukan lah konsep atau teori yang di pelajari masa dahulu dan masakini.. Tauhid ada lah Aku Kesadaran Maha Suci Tertinggi lagi Abadi Semenjak Zaman Azali.. Kebanyakan guru pun terperangkap oleh kemunafikan nya sendiri. Bagi Yang Membuka Hati Renungi lah!!! .. Bagi Yang Bebal Hati, Anggaplah bicara ini basa basi. Sekian .. Salam Abadi..

      Reply

    • TAUHID ADALAH NAMA BAGI ANA ABADI PADA ZAMAN AZALI.. SALAMU’ALAINA……

      Reply

  10. Saya kira penjelasan saudara sudah cukup tinggi disini, tapi saya ada sedikit kemusykilan disini, kenapa saudara masih mengulangi perkataan sejak zaman Azali..? Apakah kesadaran tertinggi itu mempunyai zaman atau masa..? Dan apakah Dzat mempunyai nama..?

    Cuba keluar dari diri saudara sendiri naik kepada ke-Tunggalan, dimana tidak ada masa dan waktu lagi pada masa itu, dimana tempat yang sunyi, tidak ada suara, warna, masa, waktu dan nafsu, hanya diriNya sendiri yang tidak bernama. DiriNya yang empunya diri dan Tuhan-Nya
    Sekelian Dzat, yang tidak ada dimana-mana, kecuali Ia telah ada dimana asal-Nya ia telah berada

    Jadilah seperti ular meninggalkan sarung kulitnya, kemudian ia lihat keadaan dirinya, hanya mainan belaka, benarlah seperti firman Allah S.W.T yang berbunyi “Sesungguhnya pada dunia itu tiada kehidupan kecuali senda gurau dan mainan belaka

    Pada saya tahapan tertinggi hanya yang benar-benar kenal siapa Muhammad yang bisa mencapainya, di tahapan ini tiada lagi nafsu menguasainya, kerana ia telah mati terhadap makhluk.

    Kemudian ia kembali semula kepada keadaan jiwa yang tenang, dan baginya apa yang datang setelah itu hanya sebuah ilmu, bukan kelemahan atau kekurangan, tiada emosi tiada gundah, seperti sabda baginda nabi S.A.W yang berbunyi, “Akulah yang paling kenal kepada Allah, dan akulah yang paling takut kepada Allah”

    Salamun ‘alaikum…

    Reply

    • Orang primitif dan orang beradab serta orang tak beradab maseh tidur lagi, belum menyadari Aku yang sebenarnya. Akunya setakat diri roh jiwa raga nya sahaja. Bahasa hadist Matikanlah diri kamu sebelum kamu mati. Salam Abadi.

      Reply

    • Beristiqomah menyadari diri tiada mengikut pahaman penerangan Nabi Muhammad lebih selamat lagi bermanfaat. Kebanyakan Ulamak maseh bercanggah dengan pendapat Nabi Muhammad, berkenaan intisari Ma’rifah yang sebenarnya! Kebanyakan Ulamak Tasauf senang memperkatakan IMAN ISLAM TAHUID DAN MA’RIFAH….Tapi maseh mempersulit kan Hal MA’RIFAH yang mengatasi IMAN ISLAM DAN TAUHID. Awaludin Ma’rifatullah arti nya Pertama Agama(islam) yang mengenal Nama bagi Dzat Yang Mahasuci Lagi Maha Tertinggi. Jauh beza dari pahaman Agama Yahudi dan Nasrani yang memperkatakan ALLAH ITU TUHAN, dan TUHAN ITU ALLAH., setakat itu sahaja iman nya anak kecil. Kebanyakan orang yang maseh di dasarkan kepada Kebodohan yang memperkatakan Awal Agama Mengenal Allah. Mereka sendiri mempersulit kan hal sedemikian. Tanpa mereka sadari menyembah nama, bukan makna. Kerana itu kebanyakan nya gila nama, minta di puja puji diri sendiri. Diri itu adalah Thaghut yang paling besar sekali. Oleh itu terkena lah bahasa hadist: Matikanlah Diri Kamu Sebelum Kamu Mati.. Supaya tidak ada Diri Lagi yang mempersulit kan Hal Tauhid Hakiki. Tapi yang lebih mengatasi lagi iaitu Ma’rifah Abadi. Salaamu’alaika.

      Reply

    • Ada Satu Cerita dari Ana. Si (A) sama (T). Tersebut Al Kisah, Si (A) bertanya, Siapa Nama Ente? Jawapan (T) Tauhid Nama Ana. // Kemudian Si (T) tanya kembali, Siapa Nama Ente? Maka jawapan si (A) Ahad Nama Ana. // Ha..ha.. ha.. Eh..hem.. Aku tahu lah!! .. As Salaamu’alaika.

      Reply

    • Al Quran adalah Cahaya Petunjuk untuk Seluroh Umat Manusia. Dari Alif sampai Ya // Al Quran telah meng unkapkan satu Firman ” BARANGSIAPA BERTANYA TENTANG AKU, BERITAHU KEPADA MEREKA BAHAWASANYA AKU DEKAT ” Ya kan? .. Bahasa hadist ” MANUSIA ADALAH RAHASIA AKU DAN AKU ADALAH RAHASIA MANUSIA ” Ya kan?.. dan seterusnya Bahasa Firman ” ANALLAHU LA ILAHA ILA ANA ” aleh Bahasa ” AKU NAMA BAGI DZAT YANG MAHASUCI LAGI MAHATERTINGI, TIDAK ADA TUHAN MELAINKAN AKU ” Ya kan?.. Manusia jua yang mem baca ayat Al Quran, yang berkata begitu kan…………!!!! Kalau Manusia berkata begitu, maseh jua tak tahu makna nya, berarti mereka seperti burung kakek tua? Subhanallah Subhani.

      Reply

    • Bahasa Hadist: ” AL INSANUU SIRRIHI WA ANA SIRRUHU ” MANUSIA ADALAH RAHASIA AKU DAN AKU ADALAH RAHASIA MANUSIA ” // @ Sudah pasti MANUSIA ADALAH RAHASIA AKU, yang dapat meng ‘AKU’ I ” ANALLAHU LA ILAHA ILA ANA ” ya kan.. Walaupun saudara ikhlas keluar kan diri saudara seperti ular putar belit, hmmmmmmm jangan harap dapat meng”AKU”I nya? Subhani.

      Reply

    • Ketahui lah? Barangsiapa yang mengakui diri nya Aku Allah tidak ada Tuhan selain Aku. Mereka menjadi murtad kafir zindiq, sesat sesesat nya.. Dan barangsiapa dapat mengakui Manusia adalah Rahasia Aku, sudah pasti Aku nama bagi Dzat Yang Mahasuci Lagi Maha Tertinggi, Tidak ada Tuhan selain Aku. Subhani.

      Reply

    • Sedemikian lah Umpama contoh tauladan Musa minta di bimbing oleh Hidir. Akhir nya Musa menentang Hidir ya kan?.. Kerana sampai kain kapan pun tak akan paham. Salam salah paham.

      Reply

    • Yang penting Manusia harus manusiawi. Sedemikian itu Semua Agama Benar Mengajarkan Manusia Supaya Berperikemanusian.. Hanya sejumlah kecil sahaja umat Manusia yang mengikutinya.. Kebanyakan Manusia menginkarinya.. Kebanyakan mereka ter sasar menjadi babar… Seperti Yahudi Vs Arab Palestine.. Katholik Vs Protestant.. Sunni Vs Syi’ah.. Syariat V’s Hakikat.. Tauhid V’s Makrifat.. AL QURAN adalah Cahaya Petunjuk Agama yang Lurus menurut Fitrah itu.. Kebanyakan Manusia tidak Mengetahuinya .

      Reply

  11. Ada juga INSAN KAMIL menjadi SALEH KAMIL. He he.. Kesemuanya itu ada pada Manusia.. Umpama contoh P Ramlee, Pengarah, Pelakon, Pelawak, Penyayi, Pemain Muzik.

    Reply

  12. TAUHID HAKIKI ITU ADALAH WUJUD MUTLAK DI DALAM ILMU KESEMPURNAAN NYA INSAN KAMIL. AKU yang Sesungguhnya adalah perbedanharaan KATA yang tersembunyi pada MANUSIA. Sebutan AKU yang sebenarnya adalah KATA NAMA BAGI WUJUD MUTLAK YANG AZALI, YANG TIDAK BERBENTUK SEPERTI MAKHLUK. MAQOM YANG TERTINGGI MENURUT PAHAMAN TASAUF ISLAMI, ADALAH MARTABAT DZATUL AHADIAH. MARTABAT WAHADANIYAH DAN WAHIDIYYAH ADALAH DI BAWAH MARTABAT DZATUL AHADIYAH !.. Selebih nya pahaman masing masing.. Nama hanya simbolik belaka, ikhtibar bagi SIFAT, ASMA’ dan AF’AL. WASSALATU TAIYIIBAH.. ASSALAAMU’ALAIKA.. ASSALAAMUALAINA.. SADAQALLAHUL A’ZIEM.

    Reply

  13. JAUH SANGAT….

    Reply

  14. KALAU SUBHANALLAH BELUM LAGI. MAKA SUBHANI, MAHASUCI AKU YANG BERKATA, BUKAN DIRI MANUSIA YANG BERKATA., MANUSIA BAHLUL ITU BAGHAL.

    Reply

  15. SUBHANI.. IBLIS BERKATA ” AKU AKAN MENYESATKAN KESEMUA UMAT MANUSIA.. KECUALI? .. / FIRAUN BERKATA ” AKU ADALAH TUHANMU YANG PALING TINGGI.. DAN MUSA BERKATA ” AKU ADALAH AKU YANG MENGUTUS AKU KEPADA MU WAHAI BANI ISRAEL. / MAKA MUHAMMAD PUN BERKATA ” KESEMUANYA TIADA KECUALI AKU. SABDA NABI MUHAMMAD ” MANUSIA ADALAH RAHASIA AKU DAN AKU ADALAH RAHASIA NYA MANUSIA ” SUBHANI.. MAHASUCI AKU”

    Reply

Jangan lupa tinggalkan komen

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: