Samb Bismillah

Bismillah6Bagaimana yang dikatakan kasih dan sayang..? Dari mana datang-nya rasa..? Coba dicari rasanya itu dimana..? Adakah ianya datang dari hati..? Coba dibedah hati itu, apa ada dalam hati itu..? Tiada apa-apa kan..? Nah, ini yang saya mahu bicara bersama teman-teman ilmuan semua, kalau salah mohon dibetulkan, kalau ya pun mohon difikir-fikirkan lagi ya.

Dalam hati itu sebenar-nya tiada apa-apa lagi, melainkan kosong sahaja yang didapati, apabila mati-nya jiwa itu maka hilanglah tempat merasa itu, yang kekal adalah hakikat rasa itu, kerana hakikat rasa itu tak akan mati, ia hidup selama-lama-nya, jika hati itu dibedah untuk melihat tempat merasa, maka tidak akan dapat ditemukan disitu melainkan kosong, jika kosong itulah Zat tuhan, bererti itu menandakan tuhan semata-mata yang ada, jika demikian siapa yang menyebut “Bismillahi rohmani rohim”..?

Sebenar-nya bukan kita lagi yang menyebut “Bismillahi rohmani rohim”, bahkan Allah-lah yang menyebut-nya, jika demikian inilah yang dikatakan dengan menyebut “Bismillahi rohmani rohim” sahaja dengan penuh “Rasa yang kosong” maka beg yang kosong boleh berisi penuh dengan wang, ini adalah kisah nyata yang berlaku pada zaman dahulu seorang isteri yang duit-nya diambil oleh suami-nya, lalu pada ketika ianya hendak mengambil wang dalam simpanan-nya suami-nya mula gementar seluruh badan kerana wang isteri-nya telah habis di sapu-nya, ketika isteri-nya hendak mengambil wang dari beg simpanan tadi isteri-nya menyebut “Bismillahi rohmani rohim” dengan penuh keyakinan, ternyata wang itu masih ada di tempat-nya sepertimana dia menyimpan-nya, walaupun pada hakikat-nya suami-nya telah mengetahui yang di dalam beg itu sudah tidak ada wang lagi.

Ketahuilah bahawa apabila anda ingin menyebut sahaja “Bismillahi rohmani rohim” rasakan-lah sehingga rasa itu menjadi kosong, lalu pada ketika itu bukan lagi anda yang menyebut-nya, bahkan Allah-lah yang menyebut-nya, maka segala perbuatan itu tidak lagi kelakuan diri-nya melainkan kelakuan Tuhan semata-mata,  maka rasa kasih dan sayang sudah terhimpun semua-nya disitu. Jika benar-benar manusia yang berada dalam kondisi ini maka manusia ini benar-benar mengenali erti makna kasih dan sayang itu.

Rasailah bahawa ketika menyebut sahaja “Bismillahi rohmani rohim” maka bukan lagi anda yang menyebut-nya atau anda telah lenyap dalam bismillah itu sendiri, mengkin akan ada yang bertanya, habis yang berbunyi ini siapa pula yang menyebut-nya..? Yang berbunyi itu adalah tempat kenyataan tajalli-nya tuhan itu sendiri, ketahuilah bahawa yang baharu ini tidak akan dapat menyebut-nya jika tidak ada tuhan di sebalik hakikat yang menyebut itu,  mungkin akan ada orang yang bertanya pula, apakah sama tuhan itu dengan yang baharu..? Jawapan-nya memanglah tidak, tapi harus di ingat bahawa yang baharu itu adalah “Af’al” tuhan, yakni perbuatan tuhan, pada af’al ini ialah tempat pada nak menyatakan diri tuhan itu, yaitu tempat kenyataan-nya, tapi ianya tetap Esa, esa pada Zat-nya, esa pada sifat-nya, esa pada asma’-nya dan esa pada af’al-nya.

Esa pada af’al-nya ini perlu dijelaskan bahawa asal kejadian “Adam” itu itu tunggal, tidak ada kejadian kedua yang serupa yang Allah ta’ala ulangi, tapi ianya tetap satu yang tiada berbilang, tapi bukan bercampur, bercampur tapi tidak bersatu, tapi bagaimana pula dengan manusia yang banyak..? Ha ha ha….coba di lihat adakah ianya kejadian yang serupa..? Tidak, kejadian yang seterus-nya adalah Allah jadikan melalui nutfah, iaitu setitis mani yang entah dimana tangan dan kaki-nya, entah dimana mulut dan hidung-nya, entah dimana mata dan telinga-nya, tapi tetap mengikut acuan yang asal, kerana memang sifat air itu boleh mengikuti apa sahaja bentuk acuan,  begitu juga dengan kejadian Adam, mengikut kejadian asal, iaitu acuan “Nur Muhammad”.

Rasa-nya ini sudah sampai kepada perbincangan lain, maka saya tidak berhasrat untuk mengupas-nya lebih lanjut, sebab disini saya ingin berkongsi tentang “Bismillahi romani rohim”, maka ketahuilah saudara-saudaraku, jika hendak belajar ilmu tauhid maka belajar-lah hingga sampai ke tauhid yang hakiki, jangan hanya main-main di tengah jalan, umpama hanya berangan-angan hendak ke Mekah tapi tidak pernah sampai, maka ianya tetap dalam angan-angan.

Jangan menganggap tulisan ini tidak hebat ataupun hebat, kerana ianya hanya-lah sebuah pandangan, kerana ianya masih bercerita, jika masih bercerita maka ia masih benda baharu, maka cerita-lah sampai ke penghujung cerita sehingga tidak ada lagi cerita, maka di situ tiada siapa lagi yang di dapati melainkan tuhan semata-mata,  maka tidak ada lagi hebat melainkan Zat=Tuhan semata-mata.

Allahua’lam…..

3 responses to this post.

  1. Posted by taklehangkat on 3 December 2013 at 08:17

    Takleh angkat
    Subnaallah(.maha suci Allah dgn sifat2NYA yg maha terpuji.)Alhamdulillah hirrabbil alamin.(segala2 pujian milik Allah,Tuhan seru sekalian alam).klu kita buta didunia,maka kelak lebih buta lg diakhirat.

    Reply

    • Benar sahabatku…kalau kita tidak benar-benar makrifat padaNYA, kalau makrifat arifbillah jalan (Kenabian) makrifat itu hanya permulaan, kalau makrifat mursyid jalan (Kewalian) makrifat itu pengakhiran, carilah arifbillah, galilah mutiara hikmah darinya sebelum kehilangannya di dunia ini…ameen…

      Reply

  2. Aamiin in shaa Allah

    Reply

Jangan lupa tinggalkan komen

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: