Peristiwa Disebalik Pelajaran

1950_diskusi_bukan_debat_kusirSetelah ana diberi pelajaran oleh sang pencipta tentang setiap apa yang berlaku hasil dari tangan-tangan manusia sendiri maka jangan salahkan Tuhan diatas setiap apa yang berlaku, kerana ketetapan Tuhan keatas manusia itu sudah jelas, jika dipandang dari sudut ketetapan Tuhan dari “Lauhul Mahfuz” Allah S.W.T telah menetapkan empat perkara keatas setiap diri-diri manusia iaitu, Hidup, Ajal, Rezeki, dan Jodoh pertemuan telah ditetapkan, inilah yang dikatakan ketetapan,.

Maka lepas seminggu ana diberi pelajaran oleh Allah S.W.T…Allah menguji ana dengan menghantar makhluk-nya bermusyawarah dengan mengatakan setiap apa yang berlaku ini kenapa tak salahkan Allah..? Itukan semua-nya dari DIA..? Kita dah berusaha..tapi tetap macam ni…? Hidup susah jugak..? Lalu ana terfikir sejenak… ini mungkin apa yang telah Allah ajarkan padaku lalu Allah menguji-nya pula, maka setelah itu ana mengangkat tapak tangan kanan ana lalu menahan percakapan-nya, kerana makhluk ini bercakap dengan penuh kesombongan, ana mengatakan yang ana tidak setuju dengan kenyataan-nya, lalu dia berkata itu adalah logik yang boleh diterima akal, semuanya datang dari DIA salahkan DIA lah..,la haula wala quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘adzhim….seorang yang ada pendidikan agama mengatakan hal seperti ini.

Ini adalah pandangan orang yang putus asa terhadap rahmat Allah, kecewa dengan ketentuan Allah, lalu ana pun berkata kepada-nya yang ana tidak setuju dengan kata-katanya. Ana katakan padanya yang Allah telah tetapkan keatas setiap manusia adalah sebaik-baik ketetapan, lalu mengapa Allah yang dipersalahkan..? Dalam al-qur’an Allah juga telah menerangkan sesungguh-nya manusia sendiri yang gemar melakukan kemaksiatan, gemar melakukan kezaliman baik pada diri-nya sendiri atau kepada orang lain, manusia sendiri yang gemar mencari permusuhan serta melakukan kemusnahan, lalu mengapa Allah yang dipersalahkan..? Ana katakan padanya anda nak susah, ana bukanlah wali atau alim ulamak, setelah itu lalu perniagaan-nya jatuh dan merosot.

Berhati-hatilah wahai saudara-saudaraku seagama, jangan-lah salahkan Tuhan atas setiap apa yang berlaku yang berpunca dari kelalaian kita sendiri, kerana Allah tidak pernah lalai dan lupa, kita lah yang selalu lupa, Allah telah mengharamkan keatas diri-nya sebarang kezaliman baik keatas diri-nya dan juga orang lain, bagaimana mungkin kezaliman yang berlaku nak disalahkan Allah-lah yang perlu disalahkan, cuba anda fikir sedalam-dalamnya, jangan jadi manusia yang menyalahkan Allah atau menyalahkan orang lain atas kesalahan yang kita lakukan, jangan kita lupa bahawa dengan sifat dzat-nya kita hidup, dengan sifat dzat-nya kita melihat, dengan sifat dzat-nya kita mendengar, dengan sifat dzat-nya kita bergerak, Allah itu menyukai ketenangan dan kedamaian, lalu mengapa Allah yang dikatakan pelaku-nya kepada setiap apa yang terjadi..?

Awas!!! dengan kata-katamu sahabat, kerana Allah itu Maha sempurna, Allah itu Maha suci, iaNYA terlepas dari segala perbuatan makhluk-nya, walaupun kendali hakiki adalah sifat Dzat-nya, kerana sifat Dzat-nya yang Maha bergerak itu lalu makhluk kesemuanya dapat bergerak.  Jadilah manusia yang senantiasa tawaduk dan berlapang dada, moga-moga kita semua tergolong dalam rahmat Allah. Ingatlah bahawa sesiapa yang merasa kecewa terhadap diri-nya maka ia telah kecewa terhadap Allah, barangsiapa putus asa terhadap dirinya maka ia telah putus asa terhadap Allah,ingatlah Allah itu sentiasa hampir dengan kita, tapi bukan berada dalam diri kita.

“Barangsiapa mengatakan Allah ada dalam dirinya maka ia telah menyatukan Allah dengan makhluk benda baharu, barangsiapa mengatakan Allah berada diluar atau diatas  maka ia telah memisahkan Allah dari diri-nya”.

Jangan lupa tinggalkan komen

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: