Apa Itu Puasa

Tata Cara BerpuasaSalamun ’alaikum, suka saya berkongsi pendapat yang tak seberapa ini bersama-sama saudara dan saudari pembaca yang berkunjung ke blog saya ini mengenai “Puasa”, apakah itu puasa..? Apakah tiap kali datang-nya ramadhan umat Islam berpuasa menahan lapar dan dahaga semata-mata..? Berpuasa kerana Allah..? Ini jawapan yang sering di dengari…puasa kerana Allah…nafsu tak kerana Allah..mengapa jadi begini..? Cuba tanya pada diri sendiri, mengapa Allah mengatakan puasa itu “AKU” berhak membalasnya..?

Puasa itu memang Allah yang berhak membalas-nya, kerana puasa itu ialah bertujuan menunduk-kan nafsu, melemahkan nafsu, ini yang dikatakan mati sebelum mati besar “kubra”, orang yang berjaya menunduk-kan nafsu-nya di umpamakan seperti orang yang telah mati, kerana mereka ini berpuasa kesemuanya, adapun puasa yang di panggil puasa “ Khususul Khusus”, berpuasa kesemuanya ialah termasuk, akal, nafsu, mata, lidah, telinga, hatinya, tangan-nya, kaki-nya, semuanya berpuasa, ini yang di katakan puasa sebenar-benar puasa.

Akal

Akal mereka berpuasa dari memikirkan hal-hal yang tidak menguntungkan ketika bepuasa, tidak terfikir di akal-nya untuk makan makanan yang enak-enak, tidak terfikir untuk mengkhianati orang lain, tidak terfikir untuk menipu dan mencuri, tidak terfikir untuk menjamu hanya dirinya dan keluarga  sedangkan orang lain belum tahu entah makan ataupun tidak, entah ada hidangan berbuka ataupun tidak, tidak terfikir untuk bermewah-mewah dengan pakaian mahal-mahal dan serba baru, malah ianya sentiasa bersikap sederhana, jika kesemuanya diatas dapat di laksanakan maka barulah dikatakan ianya antara orang yang berpuasa, kerana akal itu tempat-nya istimewa ia sentiasa berada diatas, bukan dibawah,  itu hanya sebahagian. Akal yang sempurna ialah akal yang sentiasa mengintai dan mencari keredhaan Allah S.W.T, bukan memenuhi kehendak akal-nya sendiri.

Nafsu

Nafsu mereka terkunci terhadap keseronokan untuk memenuhi keinginan semata-mata, nafsu mereka terkunci dari kelazatan untuk menikmati makanan yang lazat serta pelbagai hidangan, nafsu mereka terkunci dari memiliki sesuatu yang barang-barang yang mahal dan mewah yang membawa kepada pembaziran, contoh seperti rumah baru, kereta baru, perabot baru, serba baru, jika semuanya belum mampu dilaksanakan, maka disini belum lagi dikatakan orang yang berpuasa, jika puasa ikut-ikutan, maka setiap perbuatan menjadi ikut-ikutan,  bukan kerana Allah, dalami-lah ilmu agama, apa itu sebenar-nya puasa, bukan bereti tidak boleh memiliki barang baru atau pakaian baru, tetapi bersikap sederhana agar wujud kesama-rataan ketika beraya bersama orangn yang miskin.

Allah juga telah menerangkan di dalam surah Al-Ma’un yang berbunyi: -“ wala yahuddu’ala to’a mil miskin, Maksud-nya: Dan orang yang tidak mendorong memberi makan kepada orang miskin”, cuba lihat ayat ini, Allah ta’ala menyuruh kita memberi makan kepada orang miskin atau fakir miskin, maka di dalam ayat ini Allah menempelak orang yang solat, yang tidak memberi makan pada orang miskin dan mengkhianati anak yatim ialah dari kalangan orang-orang yang berdusta terhadap agama-nya, kemudian Allah tambah lagi dengan mengatakan “ Celaka bagi orang shalat”.

Mereka ini dapat menunaikan shalat dengan bangga serta beramai-ramai ke masjid berlumba-lumba mencari pahala (Tak Salah), sedangkan jiran tetangga-nya yang miskin ianya belum pasti apakah  hari ini sama-sama dapat merasai nikmat berbuka puasa ataupun tidak..? Dapat bersahur sepertimana diri-nya atau tidak..? Sedangkan dirinya dengan bangga tanpa melihat kiri dan kanan jiran-nya lalu memgang kunci kereta mewah start enjin lalu ke masjid tanpa mempelawa jiran-nya yang miskin sama ada ikut sama ke masjid atau pun tidak, maka segala-nya itu tidak bermakna apa-apa.

Manusia tidak akan masuk syurga dengan amal-nya sendiri yang  banyak, manusia tidak akan dapat pahala dengan amal-nya yang banyak jika keikhlasan tiada di dalam-nya, jika amal-nya yang banyak hanya sekadar menunjuk-nunjuk bahawa tahun ni aku mampu melakukan kesemua-nya sedangkan jiran-nya berbuka entah apa makanan-nya atau minuman-nya lalu kawan-kawan-nya mengatakan alhamdulillah….hancur semuanya, kerana apa..? Kerana segala pujian hanya untuk Allah semata-mata.

Mata

Mata mereka seolah-olah terhalang dari melihat sesuatu yang merosak-kan puasa-nya, melihat kelebihan orang lain, melihat sesuatu yang menjelekkan, melihat aurat, melihat hal-hal yang boleh membangkitkan nafsu lalu mendorong kepada kemaksiatan dalam dirinya, maka  jika semua ini belum mampu di laksanakan tidak juga di kirakan sebagai orang yang berjaya, oleh itu peliharalah mata.

Lidah

Ini adalah suatu hal yang cukup besar untuk di laksanakan, rasulullah S.A.W juga pernah bersabda: “Bahawa jagalah lidah, kerana ianya merupakan kunci kepada semua amalan” yang terkandung di dalam rukun Islam, walaupun seorang yang menjaga, shalat-nya, puasa-nya, zakat-nya, haji-nya, fitrah-nya, syahadat-nya namun jika ia tidak memelihara lidah-nya, maka ianya umpama debu-debu yang berterbangan di udara, senjata orang mukmin yang paling tajam ialah lidah, senjata orang munafik yang paling tajam juga adalah lidah, kerana lidah huru-hara dunia jadi-nya, lidah boleh menyakit hati orang lain tanpa disedari, lidah boleh menghasut orang berbuat kerosakan nampak jelas, jika belum mampu menjaga lidah…maka puasa-nya tidak bererti bagi-nya, oleh itu peliharalah lidah.

Telinga

Telinga-nya tidak di gunakan untuk mendengar hal-hal yang melalaikan, telinga-ny tidak di gunakan untuk mendengar umpatan dan cacian terhadap orang lain, telinga-nya di gunakan untuk mendengar alunan suara orang mengaji, telinga-nya di gunakan untuk mendengar majlis ilmu, ini adalah sebaik-baiknya telinga digunakan. Oleh itu peliharalah teliga jika tidak nanti akan di tuang dengan timah yang sedang mendidih dan mengelegak ke dalam telinga-nya jika di gunakan untuk mendengar hiburan yang melalaikan.

Hati

Ini adalah suatu hal yang cukup payah untuk di laksanakan bagi sesetengah orang yang lazim-nya suka menggunakan hati-nya banyak bersangka buruk pada orang lain, cukup mudah bagi orang yang lazim-nya sentiasa ingat Allah di hatinya, orang yang sentiasa ingat Allah di hati-nya ialah bukan bererti orang yang banyak menyebut nama Allah, tetapi orang yang setiasa ingat diri-nya dari Allah, segala apa yang ada di langit dan di bumi ini semua milik Allah, ingat tidak sama dengan menyebut nama Allah, sebut di kala ia sedar, lalai di kala ia tidur, walaupun ingat itu kadangkala ada lupa namun ingat itu lebih baik dari hanya sekadar menyebut-nya.

Oleh itu peliharalah hati, bersihkan-lah hati, lazimkan-lah hati dengan mengingati mati kerana kamu akan di kurniakan kehidupan yang lebih sempurna. Hati adalah tempat segala-galanya, tempat pemerhatian Allah S.W.T bagi hamba-nya yang beribadah apakah ikhlas ataupun tidak, menolong orang ikhlas ataupun tidak semua hatinya-lah tempat tilikan Allah, maka perbetulkan-lah ‘itiqod hati, kerana hati yang bermaksiat kepada Allah tidak seorang pun yang mampu menegur-nya, kerana ianya tersembunyi, kita sendiri yang tahu.

 Tangan

Tangan-nya tidak di gunakan untuk menyakiti orang lain, tangan-nya tidak di gunakan mengambil harta orang lain dengan jalan keji, tangan-nya tidak di cemari dengan maksiat,  tangan-nya tidak di gunakan menuding-jari pada orang lain, tangan yang sentiasa menjadi tangan yang berjasa serta membantu orang lain, ini-lah yang di katakan tangan-tangan Allah berada di atas tangan-tangan manusia, tangan-nya tidak di gunakan untuk membunuh, tetapi hari ini banyak kes bunuh sana-sini, Allah ta’ala juga berfirman yang berbunyi: “ Falam takhtuluhum wala kinnallaha katalahum, mereka menyangka mereka-lah yang membunuh, bahkan Allah-lah yang membunuh”, manusia itu di ciptakan maka pencipta juga-lah yang akan mematikan, manusia tidak ada kuasa untuk mematikan manusia lain, “illa bi iznillah, melainkan dengan izin Allah”.

Oleh itu peliharalah tangan jangan sampai mengasari orang lain pergunakan-lah tangan sebaik-baiknya.

Kaki

Kaki-nya tidak digunakan pergi ketempat biasa yang lazim-nya menjadi kegemaran-nya bermaksiat atau berjudi,  kaki-lah yang banyak membawa keseluruhan anggota terpegaruh terikut sama melakukan maksiat, oleh itu saudara saudari pelihara-lah kaki mu nescaya terpelihara-lah keseluruhan jasad mu, jika semua ini terlaksana maka puasa lah  kesemuanya, ini baru yang  di katakan puasa, yakni meng-Esakan Allah, coretan ini juga buat untuk diri saya sendiri bukan untuk saudara dan saudari ku sahaja,  jika manusia itu merasa dia telah sempurna dengan amal ibadah-nya maka ia belum mencapai-nya, jika ia merasa sempurna dengan ilmu-nya maka ia sungguh jauh dari ilmu-nya, apa yang ia dapat hanya perkhabaran bukan-nya ilmu, perhatilah baik-baik.

Rumusan

Manusia yang benar-benar puasa sepanjang masa  tak lain tak bukan ialah rasulullah S.A.W sahaja, kerana baginda sentiasa hidup dalam keadaan serba sederhana, jika baginda hendak bermewah-mewahan baginda mampu kerana manusia berlumba-lumba memberi-nya harta kekayaan, tetapi rasulullah memilih kesederhanaan daripada kemewahan, rasulullah S.A.W sentiasa menunduk-kan nafsu-nya dari memenangi nafsu-nya, ini adalah suri tauladan yang baik berserta dengan perlakuan baginda sendiri. Cuba tanya pada diri kita, mampukah Aku…? In sha Allah……….

Inilah yang mampu saya luahkan yang datang-nya dari pengetahuan yang terbatas ini walaupun masih banyak lagi yang perlu di tulis namun inilah dia nama-nya kelemahan sekiranya ada kekurangan dan kelemahan mohon di share ya di ruangan komen di bawah ini.

Jangan lupa tinggalkan komen

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: