Milik Allah

Bismillahi rahmani rahim,

Milik Allah apa yang ada dilangit dan di bumi, malam silih berganti siang, siang berganti malam, malam itu terjadi hanya setelah ketiadaan cahaya, begitu juga siang hanya terjadi setelah ketiadaan kegelapan malam, begitu juga dengan hati manusia, kadang-kadang terang, kadang-kadang gelap, jika tidak mendapat cahaya atau hidayah Allah, maka samalah kita seperti siang dan malam, sungguh beruntung bagi yang mendapat cahaya atau hidayah Allah, kerna hatinya sentiasa terang, semua ini Allah jadikan hanya untuk memberi petunjuk bagi orang-orang yang mahu mengambil pelajaran.

Mengapa manusia suka membanding-bandingkan kelebihan orang lain dan suka merendah-rendahkan kelemahan orang lain..? Tahukah anda bahawa semua itu hak mutlak milik Allah, lebih dan kurang perbandingan bagi manusia, mengagungkan kehebatan manusia itu juga salah, merendahkan kelemahan orang lain juga salah, contoh apa yang berlaku di zaman para wali, kisah yang berlaku diantara Syeikh Siti Jenar dan Wali Songo, ada yang memihak kepada syeikh siti dan ada yang memihak kepada wali songo iaitu tentang kehebatan dan kelebihan antara syeikh siti dan wali songo, cuba kita lihat mengapa adanya sidang para wali..? Jika tidak ada sidang dan muafakat para wali mana mungkin islam boleh berkembang di nusantara ini, jika di zaman Rasulullah S.A.W sahabatlah yang di hantar oleh Allah sebagai pembantu untuk menyebarkan islam, begitu juga sidang para wali, dengan adanya muafakat maka setiap hal yang berlaku boleh di putuskan mengikut kesepakatan para wali dan berlandaskan al-qur’anul karim.

Berbalik kepada syeikh siti jenar, mengapa ia tidak termasuk dalam golongan wali songo supaya cukup menjadi wali sepuluh..? Berdasarkan kisah dan cerita wali songo mengatakan bahawa asal usul syeikh siti yang tidak di ketahui maka ia tidak layak di panggil wali, bagi diri peribadi yang sudah menjalani kehidupan di luar adat kemanusiaan maka ia tidak perlu lagi bergelar wali atau pun sufi, ketinggian makrifat yang di capai membuatkan diri peribadi asyik dengan tuhan mereka sehingga terkadang ia lupa siapa akan diri mereka, maka timbul lah pelbagai keanehan dan kelebihan keatas diri mereka dek kerana kata-katanya berupa “ Kun Fayakun “, pada dirinya bukan lagi sifat “ Ainul yaqin, kamalul yaqin, haqqul yaqin “ bahkan ianya melebihi kesemua dari ketiga-tiga sifat yaqin itu, kerna ianya sentiasa kekal dengan tuhan mereka. Sebaliknya kita manusia-lah mengambil iktibar dan pelajaran dari apa yang berlaku.

Harus di ingat bahawa mutlak haq Allah-lah keatas setiap jiwa-jiwa dan diri peribadi manusia itu sendiri, “ La maujudun illallah, tiada wujud sesuatu melainkan Allah “, “ Lillahi ma fitsama watiwama fil ardh, miliknya-lah apa yang ada di langit dan di bumi “, semua kelemahan, kelebihan, kehebatan dan kebesaran adalah milik Allah semata-mata, dalil terang lagi jelas mengatakan bahawa “ Allahu akhbar, Allah maha besar “. Oleh itu perhatikanlah wahai saudara-saudara ku, janganlah bersikap sombong lagi angkuh dengan apa yang di kurniakan kepada kita, kerna itu hanya secebis dari nikmat Allah keatas diri kita bukan hasil usaha kita, kerna janji Allah itu adil dan tepat, “ Barangsiapa berusaha pasti Allah akan berikan atas apa yang di usahakan “.

Untuk menjadi manusia cemerlang seharusnya kita sentiasa mencari kelemahan dan kekurangan diri, bukan mencari kelebihan diri, bersifat “ Qanaah dan Tawadduk “ itu tidak merugikan sesiapa pun di dunia, sebaliknya di kurniakan lagi kelebihan tanpa kita sedari, ilmu yang paling hebat di dunia ialah orang yang paling kenal akan diri mereka sehingga ia terlihat wajah-nya di hadapan diri-nya sendiri umpama ia sedang meihat diri-nya di hadapan cermin, tetapi harus di ingat, diri kita di dalam cermin itu tidaklah sama dengan kita, nampak sama tapi tak serupa, nampak serupa tapi tak sama, kerna ialah bukan-lah dari diri kita yang sebenar, ia hanya mengikut perbuatan kita, jika kita ke kiri maka ia ke kiri, jika kita ke kanan maka ia ke kanan, berbeza dengan orang yang telah mencapai makrifat Allah ia melihat diri-nya itu adalah yang haqiqi, sedangkan jasad ini ialah umpama orang yang sedang melihat diri-nya di hadapan cermin itu.

Segala kekurangan dan kelemahan diri ini saya pohon di berikan bimbingan dan tunjuk ajar dari para ilmuan yang arif lagi bijaksana, kerana bimbingan dan tunjuk ajar itu merupakan sifat nabi S.A.W. Amiiiiinnn……..

Miliknya-lah apa yang ada di langit dan di bumi

Jangan lupa tinggalkan komen

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: