Akhlak Dan Akidah

images

Gambar Contoh

Assalamaulaikum….para tamu perjalanan mukmin, alhamdulillah negara kita kini aman setelah selesai masalah di Lahad Datu sabah setelah isu pencerobohan kaum sulu, sama-samalah kita doa’kan untuk kesejahteraan bagi mereka yang terkorban, “ Lau kaana bainanal habib , bagaimana andai rasulullah masih hidup “. Apakah hal seperti ini akan berlaku..? Ramai orang boleh berkata ikut sunnah rasulullah S.A.W, tapi sunnah yang mana yang diikuti..? Adakah hanya sunnah-sunnah tertentu atau hanya dipilih untuk diikuti…? Mari kita lihat orang yang dikatakan mengikuti sunnah rasulullah S.A.W. dan mengaku orang islam.

Ramai orang melayu hari ini mendakwa mereka islam dan mengikuti sunnah rasulullah hanya untuk dirinya dan dikhalayak ramai tapi, tidak kepada ahli keluarganya. Kebanyakan didalam kehidupan rumahtangga mereka tidak megikuti ajaran rasulullah S.A.W, inilah masalah masyarakat orang melayu yang hanya mengaku berugama islam, tapi tidak mengikut perintah dan ajaran islam yang sebenar. Mengikut “ Enakmen “ undang-undang syariah seksyen 125 negeri terengganu bagi sesiapa yang tidak berlaku ‘adil terhadap isterinya hukuman denda  tidak melebihi RM1000 atau penjara enam bulan atau keduan-duanya sekali

Tajuk artikel kali ini ialah taatlah pada Allah, taatlah pada Rasul dan taatlah pada kedua ibubapa,  rata-rata hari ini ramai diantara bapa-bapa hanya menggunakan perkataan taatlah pada kedua ibubapa sahaja..bagaimana dengan taatlah pada Allah dan rasul..? Kebiasaan bapa yang menggunakan perkataan taatlah pada kedua ibubapa sahaja ini mengalami masalah perhubungan antara bapa dan anaknya, mengapa..? Kebiasaan hal seperti ini berlaku kerana masalah dalaman keluarga atau rumahtangga.  Kebiasaan-nya si anak seringkali melihat ibu-nya didera oleh bapa-nya, selalu menjadikan ibu-nya umpama hanya kuli dan tempat melepaskan geram dan amarah-nya, diperlakukan umpama kuli batak.

Sudah-lah tidak mentaati perintah Allah dan rasul..namun bersikap seolah seperti orang yahudi, apabila berbicara semua kata-kata nasihat agama..taat pada Allah, ikut rasulullah, dihadapan sahabat berbicara yang baik-baik, dan cerita hanya mengenai kebaikan diri-nya sahaja, dalam masa yang sama malah ia menceritakan pula keburukan ahli keluarga-nya sendiri,  bukankah menceritakan keburukan ahli keluarga-nya sendiri sama dengan membuka keaiban diri sendiri..? Adakah bapa yang seperti ini yang perlu kita taati..? Rasulullah tak suruh kita taat kepada bapa yang tidak mentaati perintah Allah dan rasul. Memang benar kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan kedua ibubapa, tapi kita dikurniakan ‘akal untuk berfikir asalkan jangan sampai jadi anak derhaka.

Ramai diantara bapa-bapa hari ini menjadikan isteri mereka umpama kuli dan orang suruhan,  hak isteri hak dia, hak dia suka hati berapa dia nak bagi, ini sering berlaku dalam masyarakat orang melayu khususnya di negeri Terengganu dan Kelantan.  Apabila sesuatu keinginan tidak dipenuhi maka si isteri menjadi mangsa amukan-nya, si isteri seolah-olah telah di guna-gunakan mengikut sahaja apa kehendak si suami. Apabila ditanya apa beza antara isteri dengan orang gaji..? Maka jawabnya pasti ada beza, apabila ditanya pula bagaimana dengan kisah hidup anda..? Maka jawabnya mu tak payah masuk campur urusan aku.

Kisah ini berlaku di sebuah desa di negeri terengganu, oleh kerana hatinya kuat mendorong-nya kepada keperluan dunia maka ia sanggup melakukan apa sahaja untuk kesenangan dirinya, sehingga sanggup memakan duit anak-nya yang OKU,  isterinya saban hari di jegeh, ada saja yang tidak kena dimatanya..dia sahaja yang betul.  Sentiasa meraih simpati dari anak2-nya dengan memburuk-buruk-kan isterinya agar dikasihi anak-nya, malam menjelang tiba ketempat karaoke pula menjadi tempat kunjungan untuk menghiburkan nafsu-nya, isterinya diperlakukan umpama haiwan ternakan untuk memberi hasil kepada tuan-nya.

Apabila ditanya pula soalan kepadanya, apakah perbezaan antara orang islam dan yahudi..? Maka jawabnya mu tak payah nak main dengan aku-lah..aku faham dah apa mu nak katakan..inilah kebanyakan masalah yang berlaku dikalangan masyarakat orang melayu pada hari ini. Isterinya sering diugut dengan perkataan cerai,  isterinya dimaki hamun apabila permintaanya tidak dipenuhi, adakah bapa yang seperti ini perlu kita taati..?

Pertama kita mesti mentaati perintah Allah dan rasul, kemudian bapa, andai bapa itu tergolong orang yang mentaati perintah Allah, maka barulah kita boleh mentaati-nya, andai bapa kita tidak solat maka kita tidak boleh ikut sama tidak solat, jika bapa kita tidak puasa yang tiada keuzuran baginya maka kita tidak boleh ikut tidak berpuasa, perintah Allah dan rasulullah adalah yang utama, dan apapun yang terjadi ianya tetap bapa kita, tanpanya tiada kita walaupun kita tidak minta dilahirkan.

Masalah ini telah berlarutan selama 30thn sehingga kini, bak kata orang rumah kata pergi kubur kata mari pun masih dalam keadaan yang sama langsung tiada perubahan pada dirinya, amat kasihan lagi dirinya sudah tidak berdaya lagi namun perangainya masih tetap tidak berubah, kata nasihat tidak berguna baginya, hanya dia saja yang betul. Apapun ujian Allah amat berat untuk dipikul oleh umat manusia, jadikanlah ini sebagai pedoman hidup untuk kita menempuh alam kekeluargaan untuk menjadi contoh yang baik bagi anak-anak anda, sepertimana rasulullah menjadi suri tauladan yang bagi umatnya.

Jika kita mahukan yang terbaik dari keluarga kita..maka kita terlebih dulu menunjukkan contoh yang baik kepada keluarga, jika bapa seorang yang mencuaikan solat..maka Allah menggantikan dengan keturunan yang juga mencuaikan solat, minta Allah jauhkan. Jika bapa seorang yang suka mengherdik dan memaki hamun isterinya, maka anak-nya juga akan mengalami hal yang sama, kerana Allah nak memperlihatkan kepada si bapa akan apa yang dilakukan terhadap isterinya dulu.

Ini bukanlah dari ajaran rasulullah, rasulullah memuliakan isterinya dan wanita, rasulullah yang mencuci pakaian dan rasulullah juga yang memasak, rasulullah tidak mengarahkan isterinya buat itu dan ini, sebaliknya rasulullah sama-sama melakukankerja rumah bersama isterinya, bagaimana seorang yang sibuk berdakwah meng-islamkan umat manusia tetapi masih ada masa untuk isterinya, rasulullah sentiasa menunjukkan sifat dan budi pekerti yang baik, kerana sifat inilah ramai umat manusia tertarik untuk memeluk agama islam, kelembutan dan ke-elokan budinya membuat hati manusia menjadi luntur walaupun orang yang segarang Umar sekalipun.

Sama-samalah kita jadikan iktibar akan peritiwa diatas buat pedoman hidup kita semua demi untuk melahirkan generasi ummah yang berakhlak. Wallahu’alam…..

5 responses to this post.

  1. Posted by taklehangkat on 7 August 2013 at 12:21

    assa’alammualaikum!!!! sy ingin bertanya,”berikan sy jawapan yg sebaik2nya dr saudara tentang lambang bulan & bintang yg digunakan oleh kaum muslimin selepas kemenangan islam terhadap kaum romawi,yg digunakan oleh Sultan Muhd Al-Fateh.walhal ia tidak digunakan oleh Rasullah s.a.w.pd zaman baginda masih hidup.”sebab yg sy timbulkan ini bukanlah untuk berdebat atau mencari2 sebab yg tak akan menguntungkan diri.tetapi, ianya bersangkutan dgn paham (makna)yg terselindung dibalik lambang yg digunakan.sy telah bertanya ramai kenalan,tp tak satupunyg memberikan jawapan yg terbaik.kebanyakan main agak2 aje.
    sekian wassallam.
    ilmu yg baik wajib berkongsi sesama manusia.ilmu yg tak baik,pandai2 menjaga diri.

    Reply

    • Wa’alaikum salam, zaman rasulullah memang tidak digunakan lambang ini kerana umat manusia pada ketika itu menerima pencerahan tentang islam, sanad, hadis dan qur’an secara terus dari rasulullah S.A.W, setelah kewafatan baginda maka para pejuang dan ahli fikir dan sufiah menggunakan lambang bulan sebagai bahawa islam ini tetap diteruskan perjuangan-nya untuk menerangi hati umat manusia sepertimana terang-nya bulan tenang dan damai.

      Manakala simbol bintang itu dijadikan sebagai petunjuk dan pedoman kerana bintang itu pernah diajar oleh rasulullah S.A.W bahawa jika kamu berjalan di malam hari yang gelap maka lihat-lah kepada bintang-bintang jadikan ia sebagai petunjuk arah kepada jalan mu. Bulan ialah tanda-nya syiar islam berkembang dan menyinari iman dan bintang itu menjadi petunjuk kepada manusia setelah menerima hidayah lalu diamalkan dalam kehidupan.

      Setelah manusia menerima cahaya islam seperti (Bulan) maka terlihat akhlak-nya begitu indah umpama (Bintang) berkerlipan menghiasi dada langit.

      Apa yang ada pada zaman sekarang tidak semesti-nya ada pada zaman rasulullah. Wallahu’alam, diharap dapat membantu….

      >>>Ikhlas<<<

      Reply

      • Posted by taklehangkat on 20 August 2013 at 13:19

        Subhanallah! Alhamdulillah.Terima kasih atas jawapan yg diberikan.Dan Alhamdulillah, jawapannya amat bernas untuk diterima.
        Disini sy ingin menguatkan lg apa yg telah disampaikan oleh saudara, supaya kita hamba2NYA tau & yakin akan siapa yg kita sembah & kepunyaan siapa apa2 disekeliling kita & pd diri kita ini.
        Berbicara tentang bulan, Allah berfirman didlm Al-Quran, surah Nuh, ayat16.”Dan Allah menciptakan padanya bulan sebagai cahaya & menjadikan matahari sebagai pelita”.
        Atau di surah Yunus, ayat5.”DIAlah yg menjadikan matahari bersinar & bulan bercahaya & ditetapkanNYA manzilah2 bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun & perhitungan (waktu).Allah tidak menciptakan yg demikian itu melainkan dgn hak.DIA menjelaskan tanda2 kebesaranNYA kpd orang2 yg mengetahui”. Atau disurah Al-Baqara, ayat189.”mereka bertanya kepadamu tentang bulan sabit.katakanlah:”Bulan sabit itu adalah tanda2 waktu bagi manusia & bagi ibadat haji;Dan bukanlah kebajikan memasuki rumah2 dari belakangnya, akan tetapi kebajikan itu ialah kebajikan orang yg bertakwa.Dan masuklah kerumah2 itu dari pintu2nya; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung”.
        Dan bicara tentang bintang, Allah berfirman didalam Al-Quran surah Al-Anaam, ayat97.”Dan DIAlah yg menjadikan bintang2 bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan didarat & dilaut.Sesungguhnya KAMI telah menjelaskan tanda2 kebesaran KAMI kepada orang2 yg mengetahui. Atau disurah An-Nahl, ayat16.”dan DIA menciptakan tanda2 penunjuk jalan.Dan dengan bintang2 itulah mereka mendapat petunjuk. Atau disurah Al-Mulk, ayat5.”Sesungguhnya KAMI telah menghiasi langit yg dekat dgn bintang2, dan KAMI jadikan bintang2 itu alat2 pelempar syaitan, dan KAMI sediakan bagi mereka siksa neraka yg menyala2″.
        Jadi kesimpulannya, apa yg diperkatakan oleh saudara adalah benar.tak akan berselisih orang2 yg beriman terkecuali orang2 yg fasik.
        Sebelum sy mengundurkan diri, terlebih dahulu sy mohon maaf sekiranya apa2 yg disampaikan ada kesalahan.”Assa’alammualaikum!

        Reply

        • Jazakallahu khairun jaza’, benar apa yang disampaikan oleh saudara, kerana setiap keterangan di dalam qur’an itu adalah penerangan langsung dari Allah S.W.T, tiada sebarang pendustaan, dan itu lah apa termampu oleh saya untuk menjawab soalan saudara atas izin yang MAHA bijaksana lagi MAHA mengetahui, dan seperkara lagi itulah dia bulan dan bintang sememang-nya sentiasa diatas tak kan berada dibawah, oleh itu Islam itu adalah payung dan undang-undang manusia di mukabumi, setiap tindakan dan perbuatan harus berdasarkan Al-qur’an kerana ia merupakan undang-undang agama bagi umat manusia, wallahu’alam….

          Reply

Jangan lupa tinggalkan komen

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: