Iman

Assalamualaikum…

images

Wali Songo

Setelah Islam menetapkan peraturan-peraturan dan adab hidup di dunia ditetapkan maka, manusia diwajibkan beriman.. iman ini terbahagi kepada beberapa peringkat, namun kalau untuk menyebut-nya terlalu banyak…jadi saya hanya ingin menyebut hanya sebahagian sahaja, antara-nya  iman-nya orang awam, orang suhud, orang zuhud, sufi, arif, wali dan nabi atau rasul, namun saya hanya ingin mengambil dua peringkat sahaja iaitu iman-nya orang awam dan orang khusus.

Sungguh kasihan apabila melihat kepada umat manusia pada zaman ini kebanyakan terdiri dari mereka ialah ahli taat, namun amat sedikit terselit iman dihati mereka..mengapa saya bicara demikian..? Saya sendiri pernah berbicara dengan seorang rakan saya ketika saya menetap di Selangor dahulu, saya bertanya kepadanya untuk apa kamu sembahyang..? Dia menjawab melaksanakan rukun perintah Allah dan rasul…masya’Allah…… dan lagi katanya, saya tidak mahu berfikir yang disebalik pengetahuan saya..apa yang saya tahu dunia hari ini berkuasa dengan apa..? Dengan wang katanya…kalau tiada wang orang tak pandang…astagfirullah……la haula wala quwwata illa billah…..

Lama kelamaan sembahyang pun entah kemana..hidup porak peranda, isteri minta cerai anak ditinggalkan menjadi mangsa, nak buat apa sembahyang tuhan pun kita tak tahu duduk dimana katanya lagi…na’uzubillah….inilah yang dikatakan iman-nya orang awam dan ini lebih teruk dari iman-nya orang awam. Seperti dialog kasyaf maknawi antara Allah S.W.T dan Syeikh Abdul Qodeir Al-Jailani yang berbunyi:

( Aku ciptakan manusia itu ada dua peringkat..iaitu orang awam dan khusus, namun amat sedikit dari orang khusus yang sampai kepadaKU, kebanyakan yang sampai kepadaKU adalah dari kalangan orang awam ).

Disini maksudnya bukan hanya orang yang berilmu tinggi sahaja yang mencapai makrifat kepada Allah..namun yang sedikit pengetahuan pun boleh sampai dan makrifat akan Allah jika iman-nya teguh dan tidak mudah goyah.

Janganlah mengorbankan iman kita dek kerana kekurangan kefahaman kita dalam agama sehingga tergolong kita dalam golongan orang yang kufur dan ingkar ( Sahabat Iblis ). Iman juga juga boleh mengakibatkan rosaknya akidah seseorang muslim, iman juga boleh boleh mengakibat seseorang itu kufur dan ingkar kepada Allah.

Iman memang kita tak dapat warisi walau dari guru yang bijaksana sekalipun..guru hanya memberi jalan dan ilmu pengetahuan tapi, bukan iman dan makrifat. ( Kalau guru bijakasana murid biar sempurna, kalau guru sempurna murid biarlah bijaksana ). Tugas guru hanya menyampai bukan memberi hidayah dan permata iman, namun kalau hendak belajar..belajarlah dengan bijaksana sehingga meraih iman yang sempurna.

Jika islam semata-mata dan tidak bersandar kepada iman maka kosonglah ia ( Nothing ), islam hendaklah disertakan dengan iman, kemudian iman perlu bersandar kepada tauhid, dan tauhid juga perlu bersandar kepada makrifat. Inilah yang ada pada nabi..nabi bawa seretak kesemuanya, dan bukan hanya pada nabi sahaja namun, para sufi, arifbillah, wali dan orang awam yang benar-benar mencapai tingkatan ini.

Iman orang khusus

Iman-nya orang khusus pula ialah iman yang sentiasa teguh dan tidak akan pernah goyang walau ancaman untuk memotong lehernya sekalipun, kerana mereka ini sentiasa kekal dengan Allah..amal mereka sedikit namun menyamai orang yang bangun malam dan berpuasa di siang hari. Ini adalah orang yang benar-benar kenal akan dirinya Allah dan rasul,  barangsiapa mencapai tingkatan ini maka syurgalah baginya walaupun mereka tidak mengharapkan balasan syurga namun, mereka sudah pun mendapat syurga di dunia. Tapi, kita harus ingat ingat bahawa bukan semua orang khusus benar-benar mencapai makrifat Allah yang sebenar-benarnya, adakala mereka ini juga meraba dalam mencari dan mengenal Allah, mana satu yang dikatakan zat, mana satu yang dikatakan Allah, mana satu yang dikatakan tuhan dan mana satu yang dikatakan Muhammad, dan mana satu yang diakatakan insan kamil dan kamil mukamil.

Semua ini perlu melalui dari satu peringkat ke satu peringkat proses penyucian jiwa dan rohani dari pengaruh jiwa yang membaluti rohani sehingga menyebabkan kita lupa asal usul kita, saya teringat satu sabda baginda yang pernah ditanyakan oleh seorang sahabat baginda yang berbunyi: ( Aku lebih suka kelebihan ilmu dari kelebihan ibadah ). Kelebihan ilmu disini bukanlah bererti orang yang banyak ilmunya atau tinggi ilmunya tetapi, ilmu yang dipelajari-nya itu membawa sejuta rahsia sehingga membawa ia makrifat kepada Allah dengan sebenar-benar makrifat bukan bayangan dan khyalan. Dan ilmu itu menjadi penasihat bagi yang orang yang memilikinya sehingga terpantul didalam setiap tingkahlaku dan perbuatan-nya, inilah iman-nya dan pegangan orang khusus.

Tapi kita jangan lupa bahawa iman-nya orang khusus ini tidak bergoyang,  kekadang setelah sampai kemuncaknya ilmu ketuhanan maka disini destinasi yang kebiasaan orang tenggelam dan hanyut dek arus yang perlahan dan lembut hampir tidak nampak ia berarus, lalu hanyut secara perlahan-lahan dan mensyirikkan Allah, mengapa saya kata mensyirikkan Allah..? Disinilah destinasinya kebiasaan orang akan mengaku aku menyatu dengan tuhanku ataupun Allah, sebut sahaja menyatu maka Allah itu sudah ada sekutu atau share partner, maka disini terang-terangan syirik, syirik ialah mengadakan sesuatu atau pembantu atau persamaan dengan sesuatu yang sudah terang dan nyata dikatakan Allah itu tidak bersekutu dengan benda baharu dan maha Esa.

Saya bukanlah dari kalangan orang yang bijak pandai dan tinggi ilmu agama namun, ini hanyalah apa yang di ilhamkan kepada saya untuk terus mengukuhkan lagi iman saya, akhir kata dari saya yang masih memerlukan bimbingan dari yang arif dan bijaksana untuk terus mengukuhkan dan meneguhkan lagi iman saya sehingga mencapai ke satu tahap tiada lagi iman, tiada lagi ilmu… tapi suatu ilmu yang tiada ketahuan akan ilmu. Marilah sama-sama kita menyaksi dari dalam diri yang banyak kedalam diri yang Esa, dan dari diri yang Esa kedalam diri yang banyak untuk lebih menambahkan lagi iman kita.Wallahu’alam…………..

2 responses to this post.

  1. Posted by kattie.dominguez on 26 February 2013 at 15:35

    It’s impressive that you are getting thoughts from this piece of writing as well as from our discussion made at this time.

    Reply

Jangan lupa tinggalkan komen

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: