Islam Dan Kebenarannya

islam

Adakah Aku Islam..?

Assalamualaikum…salam buat semua para tamu Perjalanan Mukmin dan saudara se-Islam, rasanya agak lama juga saya tidak meng-editkan artikel blog saya ini, walau apa pun saya berusaha memberikan yang terbaik buat para tamu perjalanan mukmin.

Pada artikel kali ini saya berminat untuk mebincangkan mengenai  “Islam”, berapa ramai diantara kita pada hari ini benar-benar berada dalam erti kata sebenar islam, kebanyakan islam hanya diatas kad pengenalan atau dilahirkan dalam keluarga yang sememangnya sudah islam, apakah kita benar-benar islam..? Mungkin persoalan ini agak pelik bunyinya tapi, hakikat sebenarnya pada hari ini amat sukar untuk mencari seseorang benar-benar islam.

Mengapa saya bicara demikian..? Ternyata amat ramai dikalangan kita hari ini hanya islam di lidah sahaja tapi tidak dihati, dan ada juga hanya islam di hati tapi, lidah sebaliknya. Bagaimana kita ingin mengenali seseorang yang hanya islam di lidah tapi hatinya munafik dan kufur, orang yang seperti ini biasanya apabila berbicara mengenai agama dialah nombor satu, orang lain semua salah dia sahaja yang betul, tapi sebaliknya didalam tingkah-laku dan perbuatan, kebiasaan-nya hal seperti ini hati-nya lebih kuat mendorong seseorang menjadi munafik , akal juga menjadi munafik,  di lidah sentiasa istigfar dan menyebut nama Allah, dihatinya sentiasa tenggelam dalam kemunafikan, na’uzubillah….Lihat video ini

Setiap umat manusia harus meng-islamkan kesemua anggota tubuh badan-nya zahir dan batin, agar terpelihara dari hasutan syaitan dan iblis, pertama kita wajib meng-islamkan  hati kita dengan ertikata sebenar, untuk meng-islamkan hati.. kita wajib mengenal Allah dengan sebenar-benar kenal , jika tiada mengenal akan Allah maka hampa dan kafirlah kita. Mengapa saya mengatakan kafir..kerana kita tidak mengenal akan pencipta kita..umpama seorang manusia yang kafir menyembah selain Allah..jika kita benar mengenal akan Allah kesan dapat dilihat pada diri peribadi seseorang didalam setiap tingkahlaku dan perbuatan-nya, biasanya orang seperti ini keadaan diri peribadinya tenang tiada sedikit tanda-tanda dia dalam keresahan atau kemunafikan.

Apabila hati benar-benar islam maka hati ini boleh mendidik rakyat-nya iaitu anggota badan lain-nya supaya mengikut perintah si “Raja” iaitu hati, terutama lidah dan akalnya, orang seperti ini tiada banyak akan bicara sebaliknya banyak diam pada hal yang  sia-sia, Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda yang berbunyi: “Peliharalah lidahmu”  , oleh itu bicaralah mengikut fatwa hati dan logik pada hukum akal kita, bukan mengikut akal dan nafsu semata-mata. Dan ada juga manusia yang hatinya islam tapi lidah-nya munafik, ini lebih baik sedikit daripada islam di lidah tapi hatinya munafik, orang yang hatinya islam tapi lidahnya munafik ini adalah orang yang mengetahui bahawa setiap kata dan perbuatan-nya diketahui Allah, terkadang ia lupa bahawa apabila ia berbicara kata-katanya menyakitkan hati saudaranya, terkadang ia juga lupa telah berlaku zalim terhadapnya dirinya sendiri dan orang lain.

Untuk menjadi seorang insan yang benar-benar islam dalam erti kata sebenarnya kita harus  mengulangi atau memperbaharui  syahadat kita semula, bukan hanya syahadat seperti air lalu atas daun keladi tapi, disaksikan oleh seluruh yang wujud atas diri kita, apabila mengucap dua kalimah syahadah terasa akan seluruh anggota kita mengucap syahadah, kita juga wajib memahami benar-benar akan maksud dua kalimah syahadah, bukan hanya apabia menyebut dua kalimah syahadah kita sudah benar-benar islam, namun masih jauh lagi perjalanan-nya untuk di tempuhi dan didalami akan maksud dan tujuan kalimah syahadah, “ Asyhaduan la ilaha illallah, wa asyhaduanna muhammada rasulullahasyhadu, Aku bersaksi, siapakah yang bersaksi..?

Adakah kita yang bersaksi..? Kenalkah kita kepada Allah andai kita yang bersaksi..? Yang kenal akan Allah hanya Allah sendiri, oleh itu syahadat ini Allah telah bersaksi keatas makhluk yang maujud, Aku bersaksi bahwa AKU lah yang sebenar-benar nyata, dan Muhammad itu adalah kenyataanKU, mengapa saya berkata Allah menyatakan bahawa AKU-lah yang sebenar-benar nyata.. didalam qur’an juga Allah telah berfirman: “Tiada sesuatu yang wujud atas mukabumi ini melainkan AKU semata-mata

Disini apa yang ingin saya katakan ialah jika seseorang itu benar-benar kenal akan Allah maka ia telah hancur dan hilang tenggelam didalam syahadah, kerana merasakan dirinya tiada dan bahawasanya hanya Allah semata-mata yang benar-benar nyata. Jika inilah syahadah yang kita ikrarkan maka sudah tentu orang ini terpelihara dan sentiasa berada dalam rahmat Allah dan tergolonglah ia dalam golongan orang-orang yang Arifbillah…inilah orang yang benar-benar islam keseluruhan, bukan hanya dihati atau hanya di lidah, tapi keseluruhan.   Marilah sama-sama kita memperbaharui syahadah kita dengan sebenar-benarnya agar menjadi seorang yang benar-benar islam, bukan islam atas dasar keturunan atau dilahirkan dalam keluarga islam.

Apabila seseorang itu benar-benar islam maka dengan sendiri hatinya mengadakan peraturan demi peraturan bagi diri jasad dan peribadinya, kerana islam itu adalah suatu peraturan dalam pembentukan akhlak dan budi , akhlak adalah peraturan hidup dan pergaulan, dan budi adalah hatinya tiada berpaling kepada sesuatu melainkan hanya kepada Allah semata-mata.

Saya menyeru kepada diri saya dan para tamu “perjalanan mukmin” agar sama-sama menilik semula kepada diri kita apakah kita telah benar-benar berada dalam ertikata sebenar sebagai seorang islam, saya tidak mahu lidah berkata islam tapi hatinya sentiasa munafik dan sentiasa mencari kesalahan orang lain, ataupun hatinya islam tapi lidahnya menghancurkan orang lain sesama seagama,  orang seperti ini kita tidak boleh ikuti dan dan bersahabat dengan-nya, rasulluah S.A.W juga pernah bersabda: “Bahawa menghindarkan diri lebih baik dari berkawan dengan orang seperti ini”, bukan membencinya tapi menghindarkan diri darinya.

Islam itu suatu peraturan yang amat mudah untuk di ikuti namun, amat payah untuk di laksanakan, sedang dalam islam “ La ikhroha fiddin, tiada paksaan dalam islam inilah punca kejatuhan tamadun islam itu sendiri, kerana umat manusia yang menganut agama islam tidak mengikuti sepenuhnya peraturan islam namun, lebih rela mengikuti peraturan agama lain demi kepentingan dan keuntungan duniawi semata-mata,  ramai orang mengatakan jika nak ikut islam semua matilah kita, itu tak boleh ini tak boleh, itu haram ini haram macam mana..rata-rata hari ini ramai orang menutup mata dalam pelbagai  jurusan dan masalah, terutama dalam soal mencari rezeki, kebanyakan memilih jalan singkat untuk  senang dan kaya, saya beranggapan mungkin ketika ia lakukan hal demikian ia merasakan bahawa Allah tiada, jika ia sedar bahawa tiada suatu pun yang terlindung dari pengetahuan Allah maka hal seperti ini tidak akan terjadi, kerana setiap anggota dirinya itu semuanya saksi  bagi Allah.

Kita harus sedar bahawa tiada sesuatu pun terjadi dengan sendirinya diatas mukabumi ini melainkan ada penciptanya..termasuklah diri kita, islam juga umpama sebatang jalan menuju destinasi akhirat, barangsiapa tergelincir dari jalan ini maka telah sesatlah ia, apabila sesat maka kafirlah ia, ini adalah sebahagian dari firman Allah S.W.T, saya tidak layak untuk meletakkan atau mengatakan seseorang itu kafir..kerana bukan saya yang mencipta agama..bahkan Allah yang mencipta agama, saya juga menganut agama yang kalian juga anuti.. bagaimana mungkin saya boleh menghukum seseorang itu kafir.

Hendak mencari “Ulamak” ataupun “Guru” pada zaman ini agak sukar, kerana ulamak atau guru pada zaman ini kebanyakan tertipu dengan keduniaan, ulamak “warastul anbiya'” amat sukar ditemui dizaman ini, ulamak seperti ini memang benar-benar mewarisi nabi, apa itu nabi..? Nabi ialah orang yang diberi hikmah dan bijaksana dalam tutur bicaranya, berbicara hanya hal-hal yang benar sahaja, kata-katanya tidak mengikut hawa nafsu amarah..bahkan menurut kebenaran yang terkandung dalam al-qur’an.

Ramai diantara kita pada zaman ini telah terkeluar dari islam dan ada juga yang sudah murtad, bagaimana saya mengatakan terkeluar dari islam..? Rata-rata hanya islam ketika diatas sejadah..dalam takbiratul ihram kita sudah bersumpah bahawa: ” Inna sholati, wanusuki, wamahyaya, wamamati” .

Dalam tahiyat kita juga bersaksi bahawa ” Tiada tuhan selain Allah” bahawa Allah lah semata-mata yang nyata dan “Muhammad itu pesuruh Allah” Muhammad itu adalah kenyataan Allah. Tapi selesai saja dari sejadah kita telah lupa bahawa apa yang kita ikrarkan tadi menjadi saksi keatas diri kita, sehingga kita lupa dalam setiap kerja yang kita lakukan dan dalam pergaulan kita, nah inilah yang dikatakan islam olok-olok dan inilah yang menyebabkan islam boleh diperkotak-katikkan oleh bangsa lain untuk menumbangkan panji-panji islam yang hampir runtuh kerana bermusuhan sesama sendiri, akhirnya islam dipandang rendah kerana ketidakkukuhan perpaduan sesama sendiri.

Akhir kata dari saya mohon maaf sebanyak-banyaknya andai penyampaian saya ini kurang atau langsung tidak menepati tuntutan sebenarnya maka, saya mohon ditegur dan ditunjukan akan hal yang sebenar-benarnya, kerana saya adalah manusia yang lemah tiada daya dan upaya melainkan Allah. @@@@

Majulah bangsa Dibawah Naungan Islam!!!

Jangan lupa tinggalkan komen

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: