Doa’ Mustajab

Doa’ mohon murah rezeki
Rezeki ada di mana-mana, maka kita hendaklah berusaha mencarinya dengan mengerjakan apa yang diredhai dan disuruh serta meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Salah satu jalan yang dituntut setelah mengusahakan sesuatu adalah dengan bertawakal dan berdoa kepada-Nya, sepertimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 186:

بسم الله الرحمن الرحيم

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.” 
(Surah al-Baqara – 2:186) 
Berikut adalah beberapa doa dari Al-Quran:
1. Doa Nabi Isa Mohon Rezeki

بسم الله الرحمن الرحيم

 “Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki.” 
(Surah al-Maidah – 5:114)
 
2. Doa Supaya Dicukupkan Keperluan

بسم الله الرحمن الرحيم

”Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.”
(Surah at-Taubah – 9:129)
.
3. Doa Semoga Beroleh Rezeki

بسم الله الرحمن الرحيم

“Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).”
(Surah Hud – 11:6)
.
4. Doa Semoga Rezeki Mencukupi

بسم الله الرحمن الرحيم

“Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
(Surah al-Fathir – 35:2)
5. Doa Nabi Musa Menghadapi Kelaparan

بسم الله الرحمن الرحيم

”Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.”
( Surah al-Qasas – 28:24)

 

9. Doa Murah Rezeki

بسم الله الرحمن الرحيم

“Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”
(Surah asy-Syuara – 42:19)

بسم الله الرحمن الرحيم

“Dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.”
(Surah at-Talaq – 65:7)
Selamat mejalani ibadah dan berdoa’ kepada Allah serahkan segala urusan kepadaNya kita hanya berdoa’ dan berusaha Allah-lah penentunya.

3 responses to this post.

  1. Posted by ivey on 28 February 2013 at 03:44

    Wow, this article is nice, my younger sister is
    analyzing these kinds of things, so I am going to let know her.

    Reply

  2. Yaa Allah,Yaa Rahman, Yaa Rahiim,Yaa Robbal ‘aalamiin, limpahkanlah berkah, Rahmat, danRizki yg melimpah kpd kami sekeluarga. Selamatkanlah kami dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

    Reply

Jangan lupa tinggalkan komen

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: