Memakmurkan Rumahtangga

Salam asih asah dan asuh dari saya yang kerdil lagi lemah dalam ilmu apatahlagi untuk berkongsi pengetahuan sesama para pencari pengetahuan, yang nyatanya ialah sebut sahaja angkat nikah maka sudah termetarai suatu hubungan kasih antara suami dan isteri,  namun bagaimana pula persiapan  kita untuk memakmurkan rumahtangga..?

Asalnya kisah ini di tuliskan ialah berdasarkan pengalaman saya sendiri, selama saya berhijrah ke negeri orang saya sendiri belum pernah terjumpa sebuah keluarga yang rosak akhlaknya, tetapi sangat sedih apabila saya kembali ke negeri saya sendiri dan berjiran dengan sebuah keluarga yang saya sendiri tak pernah berjiran sebelum ni di negeri orang. Ini adalah serba sedikit luahan dari hati saya, dan bukannya “ghibah” yakni menyebut keburukan orang lain dan sama-sama kita jadikan tauladan.

Di dalam melayari sesebuah bahtera perkahwinan seseorang itu perlulah berbekalkan ilmu pengetahuan tentang alam perkahwinan dan mentadbir rumahtangga, kerana kebanyakan daripada kita kurangnya ilmu pengetahuan tentang mentadbir rumahtangga maka ia bakal berdepan dan mengalami masalah keruntuhan rumahtangga dan berakhir dengan perceraian. Ini masalah serius yang perlu di pandang serius oleh para bakal pemimpin keluarga mahupun yang sudah bergelar pemimpin keluarga. Kita juga di galakkan bertolak-ansur jika berselisih dalam segala hal, dari itu kita saling mengenali dan mengetahui kelemahan diri masing-masing. Adapun ilmu yang perlu kita tahu ialah:-

  1. Ilmu yang pertama adalah berteraskan agama, jika ini tiada maka hancurlah sesebuah keluarga dan rumahtangga, kerana agama itu memenuhi segala tuntutan hidup berkeluarga dan bagaimana menjadi pemimpin keluarga mengikut cara Rasulullah S.A.W.
  2. Ilmu yang kedua ialah bagaimana mengawal emosi dan ego, egolah yang membuatkan seseorang beremosi, kerana ego maka kita beremosi seterusnya merasa apa yang kita lakukan semuanya betul, dan terasa rendah diri apabila di tegur oleh isteri ataupun anak kita sendiri.
  3. Ilmu yang ketiga ialah pendidik, bagaimana menjadi pendidik kepada diri sendiri isteri dan anak-anak kita, kerana itu yang bakal kita tempuhi setelah kita berkeluarga.

Kebanyakan yang di hadapi oleh sesebuah keluarga pada masa kini ialah tentang mendidik, mendidik ini bukan sekadar mendidik keluarga kita sahaja bahkan termasuk diri kita sendiri. Disini kebanyakan dari kita sebagai pemimpin kecundang mendidik anak kita sehingga ada anak yang menjadi rosak akhlak dan perilaku kerana didikan kita, didik juga tapi ke arah kerosakan bukan kebaikan, kerana mendidik dengan wang ringgit tetapi bukan dengan contoh akhlak yang baik. Kalau pun kita ingin mendidik anak kita ke arah kebaikan tetapi kita sendiri menunjukan keruntuhan moral dan akhlak  kepada anak kita sendiri.

Ini kebanyakan daripada para ibubapa sendiri yang tidak mempunyai ilmu agama dalam menjadi seorang pendidik, lantas anak kitalah yang menjadi mangsa, janganlah dek kerana kita kekurangan ilmu agama lalu kita menjuruskan anak kita juga kerah keruntuhan moral dan akhlak, kerana ianya bermula dari rumah. Hantarlah ke sekolah agama mana sekalipun andai ia tidak bermula dari rumah namun ia hanya membawa sedikit perubahan sahaja, kerana ia tetap mengatakan yang mak dan ayah saya tak pernah ajar pun, inilah yang sering saya nampak dalam masyarakat saya sendiri kerana anak tidak ke sekolah pun maka dan bapak mereka tidak menegur, malah ada yang berani melawan ibu dan bapa mereka dan ada yang berani memaki hamun ibu dan bapa mereka.

Ini amatlah merugikan bagi saya, kedua-duanya rugi kerana perhubungan antara anak dan bapa seumpama perhubungan roh dan jasad, andai roh tidak berjaya menguasai jasad maka roh di kuasai oleh jasad, begitu juga kalau kita tidak berjaya mendidik anak maka ia yang akan menguasai kita pula. Kalau pun kita tidak lengkap dengan ilmu agama janganlah di biarkan anak dan isteri kita juga sama sepertimana kita, jika kita dapat mengajarkan ilmu agama kepada anak dan isteri kita maka suruhlah mereka pergi kepada guru agama ataupun mencari seorang guru agama yang boleh datang mengajar ilmu agama kepada anak dan isteri kita.

 Ingatlah ketika rasulullah S.A.W bersabda yang berbunyi:-

( Sesungguhnya aku di utuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak ). Begitu juga sifat rasul yang amanah, kita juga perlu amanah pada keluarga dan anak kita, jika kita tidak berjaya memberi didikan agama kepada mereka maka kita telah mengkhianati amanah Allah iaitu melindungi dan mendidik anak dan isteri kita ke jalan yang di redhai Allah. Allah tidak sekali-kali menyuruh hambanya berbuat kerosakan ataupun kezaliman, tetapi jika kita yang memilihnya maka Allah itu maha pemberi dan tidak ada sifat kedekut padaNya itu sebab mengapa permintaan kita di tunaikan.

Tetapi awas! Allah juga telah meletak garis laranganNya disana, jika kamu melampaui batas maka azablah jawabnya. Jangan hanya kita tahu bercakap bahawa balasan itu ketika di padang mahsyar nanti, tetapi di sini juga kita akan merasakan azabnya dengan tertekannya emosi kita, keresahan jiwa, keruntuhan akhlak anak-anak, inilah yang dikatakan azab kecil ketika di dunia. Keruntuhan akhlak dan moral seperti yang berlaku pada sekarang, isu anak luar nikah, gejala seks bebas, dadah, merempit, merogol, mencuri dan mencetuskan pergaduhan dan huru-hara.

Pada fikiran saya ini perlu diadakan satu pertubuhan atau kelas mengajar para ibubapa atau anak-anak yang bermasalah, kerana jika kita mengiginkan keluarga bahagia makmur, negeri makmur, negara maju, maka ianya perlu bermula dari sebuah keluarga yang makmur dan berakhlak. Inilah kejayaan dan kemerdekaan yang hakiki bermula dari sebuah keluarga bahagia mencapai kejayaan negeri dan seterusnya mencapai kejayaan negara.

Kesimpulan:-

Jika kita inginkan sebuah keluarga bahagia dan makmur rumahtangga maka kita perlu berbekalkan ilmu agama, jika tidak berilmu maka datangilah para ilmu agama, kalau pun tak mampu maka suruhlah anak dan isteri kita mempelajari ilmu agama, ataupun carilah guru agama yang di percayai yang boleh datang dan mengajar ilmu agama di rumah kita.

Kejayaan anak kita bukanlah di bangku sekolah sahaja bahkan ianya bermula dari rumah, akhlak yang kita tampilkan kepada anak-anak kita, sentiasa bersederhana dalam segala hal dan keperluan, sentiasa mengambil jalan tengah, dan itulah anjuran rasulullah yakni memilih jalan tengah, bukan yang terlalu baik dan bukan yang terlalu lemah, tapi di tengah-tengah.

Kejayaan mutlak ialah berbalik kepada Al-qur’an dan sunnah serta doa’ yang tidak putus-putus kepada Allah, jika hanya sekadar berdoa’ tetapi di hati kita tidak sepenuhnya mengharap bantuan Allah, maka itu juga tidak berhasil, doa’ dan kesungguhan dari hati itulah rahsianya. Jika kita inginkan sebuah keluarga bahagia dan makmur maka kitalah orang yang pertama untuk berubah dan berakhlak, jika tidak ianya umpama “ Membasuh pakaian dengan air kencing sendiri “ sampai bila pun ia tidak akan bersih malah mengotorkan dan mengeruhkan lagi.

Note:-

Saya juga mengalu-alukan pandangan atau komen dari anda yang bijak pandai menambahkan lagi pandangan anda di blog ini agar sama-sama dapat kita kongsikan dalam hal-hal berkaitan.

3 responses to this post.

  1. Posted by tamelaluis on 26 February 2013 at 15:32

    Very great post. I just stumbled upon your blog and wanted to mention that I have truly enjoyed browsing your weblog posts.
    In any case I’ll be subscribing to your rss feed and I hope you write again soon!

    Reply

  2. Posted by allenedward on 28 February 2013 at 06:34

    Valuable info. Fortunate me I discovered your site by chance,
    and I’m stunned why this twist of fate did not took place earlier! I bookmarked it.

    Reply

Jangan lupa tinggalkan komen

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: