Memelihara Agama

Assalamualaikum,

Sesuai dengan tajuk memelihara agama, marilah kita kaji sedalam-dalamnya tentang bagaimana ingin memelihara agama, apakah kita mampu memelihara agama..? Bagaimana kita nak pelihara agama..?

Sedangkan firman Allahu S.W.T yang berbunyi:-

( Aku-lah yang menurunkan Al-qur’an dan Aku-lah yang memelihara-nya )

Lihat kepada firman Allah ini dan mari sama-sama kita fikirkan dan kaji. Permulaan al-qur’an itulah peraturan agama undang-undang, hukum, akhlak, akidah dan sebagainya, sabda baginda yang berbunyi:-

(Sesungguh-nya Aku di utuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak).

Nabi S.A.W menyebarkan agama dengan mempamerkan akhlak yang indah dan akidah yang luhur seperti yang di kehendaki al-qur’an, baginda menjalani kehidupan segalanya berpandukan al-qur’an, secara langsung agama Islam dianggap suci dan terpelihara, pada dasarnya Islam itu memang suci di sisi Allah S.W.T kerana Allah-lah yang memeliharanya.

Dunia hari ini rata-rata ramai orang mencaci dan menghina agama Islam serta berani menghina rasulullah, sesetengah daripada kita melenting apabila agama dan rasulullah di hina tetapi, rasulullah sendiri pernah dihina dan dicaci di baling batu sehingga berdarah sampai ke kaki, sehinggakan malaikat sendiri hendak menghempapkan segunung batu keatas kaum yang menghina nabi tetapi, apakah reaksi baginda ketika itu..? Nabi berkata:

jangan, kerana mereka tidak mengerti, andai hari ini mereka tidak menerima islam kelak keturunan-nya juga akan menerima islam”.

Mari kita renungkan sedikit kisah sedih ini, ialah mana tak sedihkan rasulullah di baling batu, baiklah disini apa yang rasulullah lakukan..? Rasulullah mempertahankan akhlak dan akidah baginda seterusnya membawa baginda bersabar diatas setiap apa yang berlaku keatas diri baginda menurut kehendak agama dan dalam masa yang sama agama islam terpelihara bukan tercela.

Bagaimana kita nak pelihara agama kalau akhlak kita hancur akidah kita terpesong..? Sedangkan agama itu merangkumi pelbagai aspek, (Feqah, Tauhid, Iman, Akhlak, Akidah) dan sebagainya, orang yang memelihara akhlak dan akidah-nya yang akan memelihara agama, kerana itulah sifat yang rasulullah tonjolkan, rasulullah tidak mengajak umat-nya berdemonstrasi bahkan rasulullah menanggani-nya dengan kebijaksanaan dan akhlak baginda sehingga membuatkan hati yang keras lunak kepada baginda.

Bolehkah kita memelihara agama..? Sedangkan Allah mengatakan “Aku-lah” yang memeliharanya. Tugas rasulullah ialah menyebarkan agama dan menyempurnakan akhlak, akhlak jugalah yang menjadi teraju utama dalam menyebarkan dan menjalani kehidupan beragama. Ramai musuh baginda terpikat dan tertawan dengan keindahan akhlak baginda, jika akhlak kita hancur rosak bagaimana kita nak memperjuangkan agama..? Sebaliknya kita akan menjadi bahan ejekan orang bukan islam.

Sedangkan akhlak itu menjadi model dan contoh kepada generasi yang kita nak pimpin, tidak ada istilah memperjuangkan agama bagi orang yang jika akhlak-nya rosak punah sebaliknya ianya mempersendakan agama-nya, kerana apa..? Kerana akhlak-nya maka orang yang bukan beragama islam menilai dan mereka akan berkata inikah yang dikatakan islam itu suci..? Sedangkan islam itu bebas dari sebarang celaan, bahkan manusia yang beragama islam itulah yang merosak-kan akhlak-nya sendiri, dan secara langsung agama islam tercela bukan terpelihara, bukan sepertimana rasulullah memelihara akhlak-nya dan secara langsung agama islam itu terpelihara.

Bagaimana yang dikatakan memperjuangkan agama..? Apakah kita masih di perangi oleh orang yang bukan beragama islam..? Di zaman rasulullah dahulu orang quraisy memerangi manusia kerana agama yang di anggap baru yang di turunkan Allah dengan pedang dan panah, maka memerangi-nya juga dengan pedang dan panah, jika sekarang serangan ini ialah serangan psikologi maka serangan balas-nya juga dengan psikologi, bukan dengan keganasan dan kekerasan yang dengan sendiri-nya akan meruntuhkan akhlak kita seterusnya tercalar nama suci agama.

Akhir kata dari saya yang lemah marilah sama-sama kita membina semula akhlak dan akidah kita agar terpelihara nama suci agama islam di mata masyarakat yang bukan beragama islam, dan jangan jadikan bangsa melayu sebagai perosak nama baik agama, kerana rata-rata orang yang bukan beragama islam mengatakan jangan berkawan dengan orang islam dan jangan jadi orang islam nanti engkau ikut merempit macam dia orang, lihat nama islam juga yang jadi mangsa sedangkan itu menunjukkan bangsa melayu yang beragama islam, bukan agama islam, kerana agama islam tidak menganjurkan perbuatan merempit, buang anak dan sebagainya, sebaliknya nama agama juga yang di petik.

Saya juga mengalu-alukan cendekiawan dan orang bijak pandai yang terbaca artikel ini harap memberi teguran andai penyampai saya ini salah dengan kehendak agama yang sebenarnya, kerana saya adalah ma-nu-sia, kerana dengan terpelihara-nya akhlak dan keutuhan akidah serta kebijaksanaan akal maka dengan sendiri-nya agama itu bertambah suci dan terpelihara. Wallahua’lam…@@@@

Jangan lupa tinggalkan komen

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: