Mencapai Ma’rifat

Martabat Nafsu

Bismillahir rahmani rahim…

“Wanafsin wama sawwaha, fa alhamaha fuju roha, qod aflaha man dzakkaha, waqodkho baman dassaha, Demi jiwa ( Nafsu ) serta penyempurnaan-nya ( ciptaannya ), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa ( Nafsu ) itu  ( jalan ) kefasikan dan ketaqwaan, sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa  ( Nafsu ) itu, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorkannya”(surah Asy-Syams: ayat 7-10 )

Dari keterangan ayat diatas bolehlah difahamkan bahawa Allah S.W.T menyuruh manusia membersih dan menyucikan dirinya, iaitu jiwanya ( nafsunya ). Kerana Allah menyebut bahawa beruntunglah dan berjayalah orang yang membersihkan nafsunya. Disini saya hanya terangkan secara ringkas sahaja mengenai martabat nafsu.

Pada asasnya nafsu hanya terdapat tiga peringkat, iaitu :-

  • Nafsu  Ammarah
  • Nafsu Lawwamah
  • Nafsu mutma’innah

Tetapi kebanyakan ahli-ahli rohani memecahkan nafsu yang tiga ini kepada tujuh, iaitu :-

  • Nafsu Ammarah
  • Nafsu Lawwamah
  • Nafsu Malhamah
  • Nafsu Mutma’innah
  • Nafsu Radhiyah
  • Nafsu Mardhiyah
  • Nafsu Kamil

Nafsu yang peru di bersihkan ialah :-

  • Nafsu Ammarah
  • Nafsu Lawwamah

Nafsu Ammarah, ialah nafsu jahat yang diertikan sebagai nafsu syaitan. Nafsu ini berada dalam diri manusia sebagaimana maksud hadith Nabi S.A.W  : “ Syaitan itu berjalan dalam diri manusia pada sekelian tempat berjalan darah.”  Ertinya, syaitan itu berada dalam seluruh bahagian manusia. Nafsu ini menyuruh membuat kejahatan semata-mata.

Firman Allah S.W.T yang berbunyi :-

“ Syaitan menjanjikan  ( menakut-nakutkan ) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan ( bakhil ), sedang Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurnian. Dan Allah Maha Luas ( kurnianNya ) lagi Maha Mengetahui,” ( surah Al-Baqarah ayat 268 )

Dan firman Allah lagi yang berbunyi :-

“ Dan daku tidaklah membersihkan ( dari kesalahan ) kerana sesungguhnya nafsu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku, sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun Lagi Maha Penyanyang.” ( surah Yusuf: ayat 53 )

Nafsu Ammarah ini ialah sejahat-jahat nafsu. Ada ulama mengatakan nafsu ammarah ini lebih jahat daripada syaitan. Ini untuk menunjukan betapa jahatnya ia. Kalau syaitan itu adalah musuh yang paling besar, maka nafsu ammarahlah yang lebih besar. Dan sifat nafsu ammarah ini ialah bersifat lalai, lupa kepada Allah serta bakhil dan kedekut. Bakhil dengan harta yang dimlikinya,  sedangkan Allah lah yang mengurniakan rezeki kepadanya. Dan firman Allah S.W.T yang berbunyi :-

“ Hai orang-orang yang beriman, belanjakanlah ( dijalan Allah ) sebahagian daripada rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum yang pada datang hari itu tidak lagi jual-beli dan tidak ada lagi persahabatan yang akrab dan tidak ada lagi syafa’at.” ( surah Al-Baqarah:ayat 254 ).

Nafsu ammarah ini juga tergolong dalam golongan “ Hati Yang Jahat “ ( Niat jahat ), hasad dengki, kasihkan dunia, besar diri ( sombong ), ini juga termasuk juga dalam golongan Iblis yang sombong dan ingkar dan dengan angkuh berkata kepada Allah “ aku tidak layak sujud kepada Adam a.s kerana dia dijadikan dari tanah akan tetapi aku dijadikan daripada api “. Dan kerana kesombongan itu Allah telah melaknatnya, dan banyak lagi yang terkandung dalam nafsu ammarah ini.

Nafsu Lawwamah, nafsu ini adalah yang lebih baik, lebih suci jika dibandingkan dengan nafsu ammarah. Namun begitu ianya belum terjamin bagi mendapat kerdhaan  Allah. Keadaanya bercampur antara baik dan jahat. Kadang-kadang nafsu ini mendorong kepada melakukan kebaikan dan kadan-kadang ia mendorong kepada melakukan kejahatan. Sifatnya yang utama ialah apabila tuannya melakukan dosa, lebih-lebih lagi dosa besar, nafsu ini mengkritik dirinya diatas kelakuan yang dimurkai Allah dan sambil  mendorong tuannya bertaubat serta menjauhi perbuatan maksiat tersebut.

Dan dimasa lain nafsu lawwamah ini dipengaruhi oleh syaitan lalu melakukan kejahatan pula. Begitulah silih berganti antara baik dan jahat, antara patuh dan ingkar dengan perintah Allah. Walau bagaimanapun nafsu ini tidaklah patuh tunduk sepenuhnya akan arahan dan hasutan syaitan. Begitu juga ia jarang melakukan dosa besar umpamanya syirik yang besar ( Syirik yang nyata ), berzina, membunuh orang dan lain-lain. Jika diusahakan berterusan bagi menyucikan nafsu ini, insya’allah ia akan ditingkatkan kepada nafsu yang suci bersih, nafsu yang diredhai oleh Allah, iaitu nafsu mutma’innah. Antara lainya berguru dengan guru yang mursyid dan amalkan tatacara yang diajarkan oleh guru mursyid tersebut. Disini  suka diperingatkan bahawa yang dimaksudkan guru mursyid itu bukanlah guru-guru tarekat sahaja, ianya boleh jadi sesiapa sahaja asalkan yang arif dan mempunyai ilmu yang mendalam mengenai perkara Rohani.

Dalam sifat nafsu lawwamah ini ia tidak ada pada dirinya sifat ujub diri, inginkan kemasyhuran diri, dan ia maju setinggkat lagi kepada nafsu malhamah sekiranya tuan punya diri berusaha bersungguh-sungguh sebagai mana Allah beri jaminan :-

“ Dan orang-orang yang berusaha bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya Kami akan meminpin kejalan Kami ( yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan ), dan sesungguhnya ( pertolongan dan bantuan ) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”

Nafsu Malhamah, Nafsu malhamah adalah nafsu yang telah melepasi genggaman nafsu ammarah dan nafsu lawwamah, nafsu malhamah adalah nafsu yang dalam perjalanan menuju nafsu mutmainnah, Ianya nafsu nafsu yang berlawanan dengan nafsu ammarah.Nafsu ammarah ialah nafsu dibawah takluk syaitan, ia mendorong kepada kejahatan dan menentang kebaikan, manakala nafsu malhamah menentang kejahatan dan mendorong kepada kebaikan. Ia sentiasa sibuk dalam perjuangan menentang

Nafsu malhamah ini sedar akan dirinya. Dia tahu apa yang baik dan apa yang tidak baik ( jahat ) baginya. Ia tahu manakah yang datang dari syaitan dan yang manakah datang dari Tuhannya. Sebagaimana firman Allah dalam surah As-Syams, ayat 7 hingga 10 :-

Dan jiwa (nafsu ) serta penyempurnaan-nya ( ciptaan-nya ), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa ( nafsu ) itu ( jalan ) kefasikan dan ketaqwaan-nya, sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan-nya, dan rugilah orang yag mengotorkan-nya.  

Mereka yang benar-benar dapat menyucikan nafsu ini, mereka akan dapat capai nafsu mutma’innah, iaitu nafsu yang diredhai oleh Allah. Sifat-sifat nafsu malhamah antara lain, ialah

  1. 1.       Murah Hati
  2. 2.       Sabar

Sebagaimana firman Allah dalam ( surah Al-Qashash ayat 54 ):-

Mereka diberi pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka, dan mereka menolak kejahatan dengan kebaikan dan mereka pula menderma dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka,

…dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka lakukan.(Surah An-Nahl ayat 96 )

Bahkan  ( cukup ) jika kamu bersabar dan bertaqwa dan mereka ( musuh ) datang menyerang kamu dengan serta-merta itu juga, nescaya Allah menolong kamu dengan lima ribu Malaikat yang memakai tanda.( Surah Ali-Imran ayat 125 )

…dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan ( perjuangan perang sabil ). Mereka itulah orang-orang yang benar ( imannya ), dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa.( Surah Al-Baqarah ayat 177 )

Hadis riwayat Ibnu Mas’ud dari Rasulullah S.A.W bersabda:-

( Sabar itu adalah suatu gudang dari gudang-gudang Syurga )

Hadis riwayat Al-Tirdmizi dari Ibnu ‘Abbas :-

( Beribadatlah kepada Allah itu dengan redha. Maka jika engkau tidak sanggup, maka sabar pada apa yang engkau tidak senangi itu banyak kebajikannya )

3.Tawadhuk, Timbul perasaan rendah diri terhadap Allah, disamping tidak menyombong diri sesama insan. Dan sifat tawadhuk ini hanyalah semata-mata untuk Allah.

4. Qana’ah, merasa cukup dengan kurniaan yang Allah berikan serta tidak tamak pada harta dunia dan tidak berhajat dan cemburu kepada  apa yang dinikmati oleh orang lain. Bukan bererti tidak berusaha untuk mendapat kurnia tetapi merasa cukup dengan apa yang diusahakan atas kurniaan dari Allah kepadanya.

5. Mendapat Ilham, mereka yang memiliki nafsu ini selalunya mendapat bimbingan dar Allah. Mereka tahu apa yang baik dan apa yang buruk. Dan nafsunya cenderong kepada amalan-amalan yang baik yang disukai Allah. Dengan itu ia dikenali nafsu yang mendapat ilham dari Allah.

Selain dari mendapat bimbingan dan ilham dari Allah, mereka yang dipilih oleh Allah , oleh kerana ibadatnya yang benar-benar ikhlas kepada Allah. Akan mendapat ilmu “ Ladunni “ . Ilmu Ladunni ialah dimana seseorang itu mendapat penjelasan lansung dari Allah mengenai ilmu yang berhubung dengan ketuhanan. Mereka yang mendapat ilmu Ladunni adalah orang-orang pilihan Allah semata-mata berkat atau hasil dari nafsu yang suci bersih. Maksudnya: walaupun seseorang itu telah berusaha bersungguh-sungguh membersihkan nafsunya dan nafsunya telah bersih belum tentu ia akan mendapat ilmu Ladunni. Itulah dikatakan pilihan Allah. Orang yang Allah pilih sahaja mendapatnya. Dan orang yang belum bersih nafsunya jangan diharap untuk mendapatkan ilmu Ladunni, orang yang mendapat ilmu Ladunni akan mencapai ma’rifat Allah.

Nafsu Mutma’innah, telah maklum bahawa membersih atau menyuci Rohani itu ialah menyuci nafsu yang kotor yang bersifat dengan nafsu ammarah, nafsu lawwamah dan nafsu malhamah. Setelah ketiga-tiga nafsu tersebut dapat disucikan dan telah tunduk kepada kehendak Allah, maka dapatlah dicapai nafsu mutma’innah. Nafsu mutma’innah adalah nafsu yang mendapat keredhaan Allah, sebagai firman-Nya :-

Wahai jiwa ( Nafsu ) yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan puas hati lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam kumpulan hamba-hambaKu ( yang bahagia ), dan masuklah kedalam syurgaKU. Surah Al-Fajr ayat 27-30 )

Mengikut pendapat ahli Rohani, ahli sufi yang arifbillah, nafsu mutma’innah adalah nafsu yang benar-benar suci ( Kesucian yang tulin ) yang mencapai ma’rifat. Dengan itu Allah memberi pengiktirafan sebagaimana ayat diatas. Perakuan Allah ini adalah satu kejayaan yang agong, yang menjadi puncak kejayaan kepada setiap ahli ( Matlub ) yang berjuang ( Beramal ) bersungguh-sungguh dengan penuh sabar bagi mendapat ma’rifat.  Maka sangat beruntunglah mereka yang dapat memimpin nafsunya ke peringkat nafsu mutma’innah.

  1. 1.       Sifat nafsu mutma’innah,
  • Redha pada segala hukuman Allah keatas dirinya
  • Taqwa dengan sebenar-benar taqwa, taqwa mengikut tafsiran Allah dan Rasulullah S.A.W bukan mengikut takrifan dan pengertian sendiri-sendiri ( Manusia ) walaupun ta’rif orang yang telah mengaku dirinya mencapai ilmu Ladunni.
  • Murah hati iaitu harta bendanya selalu disedekahkan kejalan Allah
  • Bersifat dengan bijaksana dalam segala hal
  • Bersifat dengan sifat sabar dalam tawakal
  • Kuat beribadat kepada Allah
  • Sentiasa bersyukur kepada Allah
  • Terhimpun pada dirinya segala sifat mahmudah ( sifat mulia )

 

 

  1. 2.        Sifat Nafsu Radhiyah.
  • Sentiasa bermujahadah dengan Allah
  • Hatinya bersih suci. Ada yang mengatakan nafsu radhiyah ini boleh mencapai taraf Wali ( Allah lebih tahu )
  • Redha dan sabar yang amat tinggi sehinggakan nikmat dan bala’ adalah sama saja baginya. Wang ringgit, emas perak dan pangkat kebesaran dunia tidak dapat memberi kesan kepada dirinya.
  • Tidak suka dipuji dan tidak dukacita pula bila dikeji
  • Ada yang mengatakan bahawa orang yang mencapai nafsu radhiyah ini jasadnya sahaja dibumi tetapi rohnya ( Rohaninya ) dilangit. Maksudnya tarafnya taraf Malaikat dari dari segi keta’atannya kepada Allah. ( Allah lebih mengetahui )
  • Nafsu radhiyah terkumpul padanya, yakni Rohaninya, sifat-sifat:- Ikhlas, Zahid, Wara’ , Taat kepada perintah dan hukum Allah, meninggal yang bukan kerjanya.

Sifat ini tertakluk kepada firman Allah S.W.T yang berbunyi :-

Ketahuilah, sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada kebimbangan ( Ketakutan ) atas mereka dan mereka pula tidak berdukacita, (  Wali-Wali Allah itu ) orang-orang yang berimn dan mereka sentiasa bertaqwa. ( Surah Yunus ayat 62-63 )

3          (Sifat nafsu Mardhiyah

 

  • Sifat nafsu mardhiyah ini lebih tinggi dari radhiyah
  • Segala tingkah laku dan gerak-gerinya diredhai Allah
  • Zahir dan batinnya sentiasa bersama Allah. Hatinya sentiasa mengingati Allah sentiasa memikirkan kebesaran dan kemuliaan Allah
  • Elok budi pekerti dan mulia akhlaknya. Baik dan lembut dalam pergaulan dengan masyarakat
  • Rela dan redha dengan segala keputusan Allah dan pemberian Allah.
  • Nafsu mardhiyah ini dikaitkan dengan hadis Nabi S.A.W  yang berbunyi:-

Bahawa sesungguhnya Allah Ta’ala berkata :- Barangsiapa memusuhi waliKU ( KekasihKU )Maka Aku istiharkan perang keatasnya. Dan tiada hambaKu yang mendekatkan diri kepadaKu seperti ia menunaikan semua yang Aku fardhukan keatasnya, dan selagi hambaKu mendekatkan dirinya dengan mengerjakan ibadat-ibadat yang sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku telah mencintainya , jadilah Aku sebagai pendengaran yang ia mendengar dengannya, dan pandangan yang ia melihat dengannya, dan tangan yang ia bertindak dengannya dan kaki yang ia berjalan dengannya. Jika ia memohon nescaya Aku memberinya, dan jika ia berlindung kepadaKU nescaya Aku melindungiNya.

( Hadis riwayat Al-Bukhari )

Mengikut  pendapat ahli sufi, orang yang memiliki nafsu yang bersifat dengan nafsu mardhiyah dan nafsu Kamil sahaja yang boleh mencapai sebagaimana hadis diatas.

4         Sifat nafsu Kamil, Nafsu Kamil, adalah nafsu yang paling tinggi sekali maqamnya, Jarang-jarang sekali yang yang sampai kepada maqam ini. Untuk mencapai nafsu kamil lebih dulu melalui dan melepasi kesemua nafsu yang sebelumya sampailah ke nafsu mardhiyah.

Rohani yang memiliki

Nafsu kamil ini ialah terdiri daripada Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi. Sangat beruntunglah kalau Allah anugerahkan kepadanya ( sesiapa ) sifat nafsu kamil. Rohaninya bersih dan kekal bersama Allah dimana dia berada dan dalam keadaan bagaimanapun. Dia mengenal rahsia Allah, hidupnya hanya berkhidmat kepada Allah semata-mata dengan memberi manfaat kepada semua manusia, tidak kira Islam atau bukan Islam. Terhadap orang Islam kasih sayangnya tidak berbelah bagi, bagaimana ia kasih ia sayang kepada dirinya sendiri, begitulah kasih dan sayangnya sesama islam. Kepada yang bukan Islam pula ia kasih sebagai sesama manusia, makhluk ciptaan Allah. Ia sentiasa mengajak manusia berbuat baik dan melarang manusia daripada membuat kejahatan.

Keterangan diatas adalah suatu pendekatan mencapai ma’rifat kepada Allah dalam segala amal ibadatnya, sentiasa mencari  jaminan dari Allah bukan jaminan manusia, manusia hanya bisa menunjukkan jalannya sahaja seterusnya kitalah yang akan membina tiang-tiang istana kita didalam Syurga kelak.Sebenranya jika hendak dibahaskan tentang nafsu ini masih banyak lagi, didini saya hanya ringkaskan sedikit mengenai martabat nafsu ini. Wallahu’alam…

4 responses to this post.

  1. Wow that was unusual. I just wrote an incredibly long comment but after I clicked submit my comment didn’t appear. Grrrr… well I’m not writing all that over again.
    Anyhow, just wanted to say superb blog!

    Reply

  2. Admiring the dedication you put into your site and in depth information you offer.
    It’s awesome to come across a blog every once in a while that isn’t the same unwanted
    rehashed information. Fantastic read! I’ve saved your site and I’m
    adding your RSS feeds to my Google account.

    Reply

Jangan lupa tinggalkan komen

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: