Zuhud Dan Mencintai Allah

Zuhud Dan Mencintai Allah

Daripada abi Al-Abbas Sahl bin Saad al-sa’idi r.a berkata bahawa seseorang datang kepada nabi S.A.W seraya berkata:

“ Wahai Rasulullah, tunjukkan-lah saya pada suatu pekerjaan yang jika mengerjakan-nya nescaya saya akan di cintai Allah dan dan di cintai umat manusia. Rasulullah S.A.W bersabdaZuhudlah engkau kepada dunia, nescaya Allah mencintaimu, dan zuhudlah engkau terhadap apa yang ada pada manusia, nescaya mereka mengasihimu “.

Amalan yang di cintai Allah

 Hadis di atas menjelaskan tentang amalan yang di cintai Allah, yang menyebabkan Allah mencintai-nya, iaitu bersikap zuhud terhadap dunia, dunia umpama tempat kita berdagang mencari keuntungan, keuntungan dunia dan akhirat. Kita ini umpama pengembara yang mengembara mencari sesuatu pekerjaan ataupun berniaga di negeri orang, apabila sudah mendapat keuntungan, maka keuntungan itu akan di bawa pulang. Keuntungan itu bergantung pula pada keuntungan yang bagaimana..andai ianya halal maka keuntungan-nya untuk dunia dan akhiratdan membawa barokah, jika sebaliknya maka semata-mata untuk dunia, akhirat juga ada akan tetapi, ke neraka jahanam. Nabi pernah bersabda:-

” Peniaga yang jujur akan bersamaku di syurga “.

Dunia ini ibarat pasar yang di lalui oleh pengembara dalam perjalanan-nya menuju ketempat yang lagi satu, di sinilah pengembara itu mengumpulkan bekal untuk perjalanan-nya. Pendek kata di sinilah manusia itu menggunakan indera jasmaninya memperolehi sedikit sebanyak pengetahuan tentang kerja-kerja Allah, dan melalui pengetahuan itu untuk kita mengenal Allah. Pandangan terhadap Allah inilah yang menetukan kebahagiaan dan keselamatan untuk hari kemudian, yakni hari kebangkitan. Ini kerana untuk mendapat-kan ilmu pengetahuan maka manusia di turunkan ke dunia ini.

Semasa manusia itu berada dalam dunia ini, dua perkara perlu baginya:

  1. Melindungi dan mengasuh ( memelihara ) rohnya
  2. Memelihara dan menyelenggara jasadnya

 

 Mengenal Dan Cinta Kepada Allah

Makanan Roh itu ialah mengenal dan cinta kepada Allah, jika cinta itu di tumpukan sepenuhnya kepada ghair Allah ( selain Allah ), maka binasalah roh itu. Badan itu hanya ibarat binatang tunggangan bagi roh, badan itu akan hancur tetapi roh tetap hidup di samping yang Maha Hidup, ini kerana roh itu di tiupkan ke dalam jasad Adam adalah dari roh tuhan itu sendiri. Roh sepatutnya memelihara jasadnya, umpama orang yang berangkat ke mekah ia perlu memelihara untanya, tetapi jika ia menghabiskan masa dengan menghias dan memberi makan pada untanya, maka binasalah ia di padang pasir kerana tertinggal oleh kafilahnya. Inilah suatu perbuatan yang sia-sia tidak tahu mana yang hendak di dahulu-kan, ada pepatah mengatakan: “ Dahulu-kan yang dahulu, kemudian-kan yang kemudian, atau dahulukan yang kemudian, kemudian-kan yang dahulu”.

Keperluan badan manusia itu terbahagi kepada tiga bahagian, yakni makan dan minum, tempat tinggal dan pakaian, akan tetapi kemahuan badaniah ini mendapatkan tiga perkara yang cenderung melawan akal dan melebihi tiga perkara itu. Oleh itu, perlulah kemahuan itu dikawal atau di sekat dengan kemahuan undang-undang syari’at yang di bawa oleh para rasul. Diri ini hanya bertujuan untuk menjadikan jasmani itu layak menjadi tunggangan bagi roh dalam perjalanan menuju “ Darul Akhiroh ”. manusia lupa akan tujuan sebenar ia di hantar ke dunia, kerana terpesona dan terpikat dengan keindahan  yang di pamerkan oleh dunia, inilah yang dikatakan membuang masa dengan menghias dan memberi makan untanya, berhati-hatilah supaya tidak tergoda oleh dunia.

Oleh itu berhati-hatilah terhadap dunia jangan sampai tergoda dengan keindahan dan kecantikan dunia, di dalam kita bekerja harus mementing-kan soal halal dan haram, jangan sampai hati ini di kotorkan dengan perbuatan haram dan shubhah akan menjauhkan kita dari matlamat sebenar kehidupan ini.

Zuhud

Untuk membolehkan kita sampai ke matlamat yang sebenar, iaitu kebahagiaan dunia dan akhirat perlulah kita memandang dunia dengan pandangan yang betul. Kita perlu bersikap zuhud kepadanya, kerana dunia ini pandai menipu kita dengan pelbagai cara,

  • Ia berpura-pura kekal bersama kita padahal ia sebenarnya sentiasa berlalu saat demi saat sambil mengucap selamat tinggal kepada kita, seperti bayang-bayang yang nampak seperti tetap tetapi ianya bergerak.
  • Dunia ini berpusing seperti ahli sihir yang kelihatan menarik tetapi jahat,    ia berpura-pura cinta kepada kita, tetapi ia pergi kepada musuh dan   meninggalkan kita dalam kesedihan dan putus asa.

Nabi Isa a.s pernah melihat dunia ini seperti nenek kebayan  yang tua dan hodoh, baginda bertanya kepada dunia itu beramai suami kamu..? Dunia itu menjawab tidak terkira banyaknya, Baginda bertanya lagi, kemana perginya suamimu..? Dunia itu menjawab aku telah bunuh kesemuanya. Nabi Isa berkata:

“Aku hairan kenapa manusia bodoh, telah bagaimana kamu melakukan kekejaman itu namun masih juga mereka suka dan cinta kepadamu”.

Nenek kebayan yang jahat ini memakai pakaian yang indah-indah sehingga menutup mukanya, kemudian ia pergi menggoda manusia. Banyak manusia yang tergoda dan tertipu dengan-nya, Nabi S.A.W juga ada bersabda:

“ Di hari kiamat kelak dunia akan berupa bentuk ahli sihir, matanya hijau dan giginya tertonjol keluar, orang melihatnya akan berkata:

“ Kasihanilah kami, siapalah ini ”.

Malaikat menjawab, inilah dunia yang kamu perbuat dan pertengkarkan, yang kamu bunuh membunuh kerana-nya, dan sembelih menyembelih antara satu sama lain. Kemudian dia akan dilemparkan ke dalam api neraka dan ia menjerit, Oh Tuhan! Dimanalah mereka yang mencintai aku dahulu, kemudian Allah perintahkan supaya ianya juga di lemparkan kedalam api neraka bersamanya.

 Tanda-tanda orang yang zuhud dan mencintai Allah

Ada beberapa tanda di mana boleh di katakan zuhud dan mencintai Allah sehingga memperoleh kebahagiaan, iaitu:

 

  1. Manjauhkan dari urusan dan senang kepada urusan akhirat
  2. Himmahnya ( kemahuan ) kuat terhadap ibadah dan membaca Al-Qur’an
  3. Sedikit kata terhadap apa yang tidak di perlukan
  4. Memelihara smbahyang fardhu yang lima
  5. Menjaga diri dari perkara yang haram dan shubhat sedikit maupun banyak
  6. Bersahabat dengan golongan soleh dan baik
  7. Bersifat merendah diri
  8. Bersifat dermawan yang ikhlas
  9. Belas kasihan terhadap makhluk-makhluk Allah yang lain
  10. Bermanfaat kepada orang lain
  11. Selalu ingat mati dan bersedia menghadapi-nya

 

Adapun golongan yang mengutamakan dunia, tidak zuhud dan tidak mencintai Allah pula ialah:

  1. Rakus terhadap harta dunia
  2. Kemahuan kuat terhadap nafsu syahwat dan kelazatan dunia
  3. Kotor dalam perkataan-nya serta banyak ghibah yakni ( menceritakan keburukan orang )
  4. Meringan-ringankan sembahyang fardhu
  5. Berkawan dengan golongan yang fasik (Derhaka )
  6. Buruk perangainya
  7. Sombong lagi membangga diri
  8. Enggan memberi kebaikan kepada orang lain
  9. Sedikit kasih sayang kepada orang yang beriman
  10. Bersifat bakhil dan kedekut
  11. Lupa dan takut akan kematian

 

Mempersiapkan Kematian

Abu Zar Al-Ghiffari r.a berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah, apakah kandungan suhuf ( Lembaran ) Nabi Musa..? Baginda menjawab:

” Keseluruhan-nya adalah pengajaran, Aku merasa hairan terhadap orang yang yakin kepada kematian tetapi, ia masih terus bergembira, aku merasa hairan kepada orang yang yakin tentang neraka, tetapi ia masih ketawa, aku hairan terhadap orang yang meyakini qada’ dan qadar Allah, tetapi masih kecewa, aku hairan terhadap orang yang melihat dunia yang membolak-balik penghuninya, tetapi ia masih aman terhadap dunia, aku juga merasa hairan terhadap orang yang meyakini adanya hisab di kemudian hari, tetapi masih tetap tidak beramal ( untuk bekalan )”.

 

Di riwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa beliau keluar bersama-sama Rasulullah S.A.W mengiringi jenazah, Rasulullah S.A.W bersabda sambil duduk menghadap kearah sebuah kubur seraya berkata:

Tiap hari kubur ini menyeru dengan nyaring-nya;

“Wahai anak Adam, lupakah engkau kepadaku..? tidakkah engkau ketahui bahawa aku ini tempat keseorangan..? tempat kesunyian..?tempat cacing dan tempat sempit kecuali Allah lapangkan baginya.

 

Kemudian baginda bersabda:

“ Kubur ini adalah salah satu taman dari taman-taman syurga atau ( Sebaliknya ) salah satu lubang-lubang neraka”.

 

Oleh kerana dunia ini sebagai ujian maka di dunia inilah sebenarnya kita wajib mempersiapkan bekalan sebanyak-banyaknya untuk menghadapi hari Akhirat yang kekal abadi. Oleh itu alangkah hinanya golongan yang menjadikan dunia ini sebagai tempat untuk bersenang lenang dan melupakan kesenangan dan kebahagiaan yang hakiki, iaitu Darul Akhiroh . Wallahu a’lam….

One response to this post.

  1. Posted by adriana_pond on 28 February 2013 at 04:03

    Great info. Lucky me I came across your website by accident
    (stumbleupon). I have book-marked it for later!

    Reply

Jangan lupa tinggalkan komen

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: