Doa’ Harian

Firman Allahu subhanahu wata’ala yang berbunyi:-

Ud’uuni astajiblakom “mintalah kepadaku nescaya akan Ku perkenangkan permohonanmu “

Akan tetapi Nabi Muhammad S.A.W ada bersabda yang berbunyi:-

(” Kejam seseorang itu apabila hanya berdoa’ untuk dirinya sahaja “)

Maka saudara sekelian marilah kita panjatkan doa’ kita untuk kesejahteraan kedua ibubapa kita, para mukmin, para guru kita dan juga seluruh umat Nabi Muhammad S.A.W khususnya bagi yang berugama islam. Di sini saya ingin berbagi suatu doa’ yang boleh mengangkat martabat seseorang hampir kepada Allah, doa’nya yang berbunyi:-

Sebelum kita berdoa’ perbanyakanlah solawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W agar doa’ kita termakbul, sabda baginda..tidak sempurna doa’ seseorang itu melainkan di dalam doa’ itu di sertakan solawat keatasku, jika tiada solawat maka doa’ itu hanya berada di bawah langit tidak sampai ke hadrat Ilahi. Contoh solawat yang pernah di amalkan oleh Sheikh abdul Qodeir Al-Jaelani:- ( Selawat Al-Fatih )

( Allahuma tsholli wasallim a’ala syaiyidina muhammadinil fatihi lima ughliqho walkhotimi lima sabaqo wanna tsirin nabil khaqqibil khaqqil khadi a’ala tsirootim mustaqim, wa a’la alihi wasohbihi khaqqo qhodrihi wamikh dhaaril a’dzhim, “Ya Allah, Limpahilah rahmat dan kesejahteraan keatas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W, iaitu makhluk Engkau yang menjadi pembuka segala yang tertutup, penutup bagi rasul-rasul yang terdahulu, yang memperjuangkan kebenaran ( Haq ) serta petunjuk jalan yang lurus, Dan limpahilah rahmat dan kesejahteraan keatas kaum keluarganya dan serta para sahabat nya akan kebenaran ( Haq ) dengan kuasa Allah dan kekuasanNYA yang Maha Agung “.)    

( Selawat Nur izzati )

( Allahuma tsolli a’ala syaiyidina muhammadimi nur i’zzati, wasirri sarri fi shaairi, atsmaai’ wasifaathi, wa a’la aalihi watsohbihi wasallim,” Ya Allah, Limpahkanlah sholawat dan salam dan barokah kepada Muhammad, Cahaya Zat dan rahsia yang berjalan di malam hari, di dalam seluruh Asma’nya, dan Sifatnya, dan kepada keluarga dan sahabat baginda sekelian. ”  )

Ini pula selawat tafrijiyah, jika di amalkan 11 kali atau 41 kali atau 313 setiap solat fardhu, fadhilatnya ialah mustajab segala doa’ di luaskan pintu rezeki, di jauhkan segala bahaya dan menghilangkan segala dukacita:-

Allahuma tsoli tsolaatan khaamilatan washallim shalaaman thaamam a’ala syaiyidina muhammadinil ladzhi tanhal lubihil u’qod, watanfariju bihil kurobh, watuqhdho bihil hawaa ij, watuna lubihi roghoo ibh,  wahusnul khowatimi wayustasqol ghomamu biwajhihil karim, wa a’ala alihi watsohbihi fii kullilam hatinw wanafshin bi’adadin minkkuli maklumi lakh, ” Wahai Tuhan kami, Limpahilah rahmat dan nikmat yang sempurna dan kesejahteraan yang meluas keatas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W yang  dengan berkatnya semoga terhurailah segala simpulan ( ikatan ) dan akan terhapuslah segala kesusahan serta tertunailah segala hajat, juga akan tercapailah segala maksud dan dan kesudahan umur yang baik, danlimpahan air hujan rahmat dengan berkat peribadinya yang mulia, dan keatas semua keluarganya dan para sahabatnya pada setiap kerdipan mata dan hembusan nafasnya, maka semoga Engkau limpahkan rahmat kesejahteraan dan keselamatan yang cukup sempurna ” )

(” Allahuma atslihli ummata Muhammad, Allahumarham ummata Muhammad, Allahumma farrij an ummatin ummati Muhammad, Allahummag firli ummati Muhammad, walijami’i man a manabika Ya Rasulullah Ya Habiballah Ya Allah perbaikilah umat muhammad, Ya Allah kasihanilah umat Muhammad, Ya Allah lapangkanlah umat Muhammad,  Ya Allah ampunkalah umat Muhammad dan semua orang yang percaya padaMu “)

Barang siapa membaca doa’ ini maka ia tergolong dalam golongan Wali Abdhal insya’Allah.

Di dalam kita memohon doa’ kepada Allah bagi sesetengah orang memohon dengan cara berbeza-beza dan tatacara, ada yang sentiasa mohon agar di beri petunjuk dan hidayah, ada yang nak jadi kaya, ada yang nak teguh jiwa dalam menghadapi ujian Allah, berbagai-bagai cara. akan tetapi kita harus ingat  jika kita sentiasa memohon pada Allah agar di beri kekuatan untuk menghadapi segala ujian Allah.. maka doa’ itu tetap di kabulkan..tetapi kita memang sentiasa di ujilah.. oleh kerana kita memohon kekuatan untuk menghadapi ujian nya, tidakkah kita terfikir bahawa berdoa’ untuk memohon redha Allah semata-mata..? Contoh doa’ seperti:-

(” Ya Allah ya tuhanku, ampunkanlah segala dosa kejahilanku, ampunkanlah segala dosa kefasikanku, ampunkanlah segala dosa kesombonganku ya Allah, ampunkanlah segala dosa kezalimanku ya Allah, maafkanlah segala kesalahanku ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku ya Allah, ampunkanlah dosa para guruku ya Allah, ampunkanlah dosa umat muslimin dan muslimat ya Allah. Limpahkan lah rahmatMu keatas ku dan keluargaku, limpahkan lah rahmatMU keatas  kedua ibubapaku, limpahkan lah rahmatMu keatas Baginda Nabi Muhammad S.A.W serta kaum keluarga dan keturunan  nya, limpahkan lah rahmatMU keatas Nabi Ibrahim a.s  serta kaum keluarga dan keturunan nya,dan juga kaum muslimin dan muslimat.  Ya Allah sempurnakanlah cahayaku, sempurnakan lah imanku, sempurnakan lah akidahku, tambahkan lah ilmuku, tingkatkan lah amalku, tingkatkan lah kebijaksanaan ku tingkatkan lah pemahaman ku di dalam memahami dan mempelajari ilmu agamaMu ya Allah. Limpah ruahkan lah rezekiku ya Allah, mudahkan lah segala urusan ku ya Allah, dan berilah apa yang telah engkau redha keatasku dan keluargaku ya Allah”)

Ini adalah contoh doa’ yang diamalkan oleh penulis sendiri, tujuan saya posting doa’ ini bukan bertujuan supaya semua orang berdoa’ seperti saya..tapi renungkan lah apa yang kita minta itu. Kita juga boleh berdoa’ pada Allah agar hati kita sentiasa ingat dan sentiasa berzikir pada Allah dengan memohon padanya contoh seperti doa’ ini yang berbunyi:-

(” Allahuma nawwir quluubana zikri La ilaha illallah, wa asyroh suduu rona zikri La ilaha illallah, waqodda asyroo rona zikri La ilaha illallah, astkip ruuhana zikri La ilaha illallah “)

Tujuan saya tulis tentang doa’ ini ialah untuk berkongsi buah fikiran dengan saudara pembaca semua agar kita sama-sama berfikir bagaimana cara memohon doa’ kepada Allah dengan cara yang betul. Tertib di dalam berdoa’ juga harus di ambil kira..jika tidak doa’ kita akan tertolak dek kerana cara berdoa’ kita. Itu membuatkan ada sesetengah orang berkata, aku dah berdoa’ tapi tak de apa-apa pun..salah satu sebab adalah cara kita berdoa’ dan tidak sabar di dalam berdoa’. Ketika kita sedang berdoa’ andai kita terbayang pelbagai masaalah ataupun berkhayal, maka doa’ ini tidak akan di terima oleh Allah, kerana kita berdoa’ di dalam keadaan lalai, kerana sudah menyimpang dari tujuan yang sebenar, kita sedang dalam keadaan memohon kepada yang  Maha teliti lagi Maha mengetahui.

One response to this post.

  1. Hi there! This is kind of off topic but I need some advice from an established blog.
    Is it very hard to set up your own blog? I’m not very techincal but I can figure things out pretty fast. I’m thinking about
    creating my own but I’m not sure where to begin. Do you have any ideas or suggestions? Thanks

    Reply

Jangan lupa tinggalkan komen

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: