Perjalanan Mukmin

Assalamualaikum wrb wbt..

Bismillahir rahmanir rahim..setelah beberapa lama blog ini di wujud-kan terasa pula kekurangan jika tidak menulis suatu tajuk yang sesuai dengan nama blog ini sendiri, dan ini adalah serba sedikit pengetahuan saya yang di kurniakan Allah ini, perjalanan mukmin dan mukminat..bagaimana sebuah perjalanan hidup sebagai seorang mukmin dan mukminat..? Bagaimana kehidupan-nya..? Bagaimana dengan ahli keluarga-nya..? Bagaimana dengan pergaulan-nya..? Bagaimana ia dengan jiran tetangga-nya..? Ini semua adalah sebuah perjalanan hidup sebagai seorang mukmin dan mukminat  yang benar-benar mencintai Rasulullah dan Robb-nya.

Pertama adalah dengan mendalami ilmu agama atas saranan Baginda Rasulullah S.A.W, dengan mendalami ilmu agama seseorang itu akan di pelihara oleh ilmu-nya, manakala seseorang yang mengumpul harta ia perlu menjaga harta-nya, kerana harta itu tidak boleh memelihara-nya, tetapi tidak  ada larangan untuk mencari atau mengumpul  harta, akan tetapi berpada hanya pada kewajipan dan keperluan.  Kita tidak boleh menetukan masa depan dan takdir seseorang atau anak-anak kita., kerana soal masa depan dan takdir adalah urusan Allah S.W.T, hanya iringan doa’ yang boleh mengubah takdir seseorang , tugas kita adalah memberi didikan agama yang secukup-nya untuk dia menghadapi dugaan hidup di dunia ini.

Rata-rata orang mengatakan cari ilmu untuk bekalan ke Akhirat tapi, bagaimana pula bekalan untuk menghadapi cabaran hidup di dunia sementara ke Akhirat..? Akhirat adalah sudah pasti semua orang akan merasai dan lalui-nya, tapi bagaimana dengan kehidupan kita untuk menghadapi cabaran dan pancaroba hidup di dunia ini..? Apakah kita pasti hari esok apa akan berlaku kepada diri kita..? Apakah kita pasti bilakah kita akan di jemput pulang..? Apakah kita pasti akan kesudahan kematian kita..? Sebenar-nya ilmu itu akan jadi panduan hidup kita di dunia ini bagi memahami tuntutan beragama dan pergaulan kita dalam kehidupan bermasyarakat.

Kedua, bak kata bicara Rasulullah S.A.W dengan sahabat baginda peliharalah lidahmu..kerana lidah itu boleh menjadi fitnah yang besar dan dosa-nya pula umpama berzina dengan ibu kandung sendiri bagi si anak lelaki, dengan lidah juga manusia menjadi murtad, dengan lidah juga manusia bercakaran, lihat-lah dunia hari ini hanya kerana Iraq hancur, hanya kerana lidah Mesir hancur, hanya kerana lidah Syria hancur dan juga Yemen. Tak kurang juga dalam Negara kita sendiri pelbagai fitnah yang timbul membuatkan umat manusia yang beragama Islam sesama Islam bergaduh kerana kepentingan diri sendiri sehingga sanggup menfitnah orang lain dan membuatkan saya terfikir bahawa adakah keturunan Bani Adam dan umat Muhammad S.A.W ini sentiasa melakukan dosa seterus-nya bertaubat kemudian buat lagi, kemudian bertaubat dan buat lagi..? Apakah yang menyebabkan ini berlaku..?

Kehidupan seorang mukmin adalah bermula-nya dari rumah, seharusnya sebagai seorang mukmin atau mukminat perlu di dalam setiap diri seseorang berbekalkan hadis dan dan Al-Qur’an di dalam dada mereka, sekurang-kurang-nya hadis Arbai’n 40..kerana dengan berbekalkan hadis dan dan Al-qur’an membuatkan seseorang  yang ingin melakukan dosa akan berfikir panjang. Seterus-nya di khabarkan setiap hari kepada anak-anak kita sejak dari kecil, jadikan ia sebagai rutin harian kita untuk menyampaikan setiap hari sekurang-kurang-nya satu hadis agar terdidik minda dan sanubari anak-anak kita. Agar tertanam dalam jiwa mereka akan didikan agama seterus-nya berbuah dan berbenih dalam nurani mereka, seterus-nya menjadi pedoman dan panduan dalam menghadapi cabaran hidup di dunia.

Jangan hanya sekadar menghafal hadis dan mengikut sunnah tetapi tidak menghayati isi kandungan hadis dan tidak memahami tuntutan sunnah Rasulullah S.A.W. Ini yang banyak membuatkan seseorang mudah runtuh iman-nya, kerana iman-nya itu iman pinjam-pinjaman, umpama kulit bawang rosak tertimpa diri-nya sendiri, tentang tuntutan agama menjadi tanggung-jawab kita menyampaikan kepada amanah Allah seterus-nya menjadi umat Muhammad yang berjaya di dunia dan berjaya di akhirat, inilah tujuan manusia di utus ke muka bumi saling bantu membantu saling bahu membahu saling bertanggung-jawab menyampaikan ilmu Allah yang di pinjamkan kepada kita.

( Watawa tsaubil haq, watawa tsaubil tsobri, berpesan-pesan-lah dengan kebenaran, berpesan-pesan-lah dengan kesabaran )

Dari hadis sahih hadis Rasulullah S.A.W yang berbunyi :

“ Hendak-lah orang yang hadir ( mendengar pengajian ) menyampaikan kepada yang tidak hadir, semoga Allah memberi  cahaya kepada orang mendengar kata-kata ku lalu menghafal-nya, kemudian ia sampaikan kepada orang lain seperti  yang ia dengar “

Jangan-lah kita sombong dengan ilmu yang sedikit kelak hati kita akan berpenyakit, penyakit hati ini amat berbahaya kerana penyakit yang tak boleh di rawat oleh doktor kerana tidak terkesan dek mesin mengesan penyakit, ini amat berbahaya. Ini adalah menpegaruhi  dalam kehidupan bermasyarakat yakni pergaulan dengan jiran tetangga. Jiran tetangga itu menjadi tanggung-jawab kita samada makan atau tidak jiran kita, sakit ke tidak jiran kita, ini semua adalah tuntutan agama yang di ajarkan oleh Rasulullah S.A.W. Ini juga termasuk dalam kehidupan seorang mukmin dan mukminat, bukan bukan hanya sibuk dengan hal sendiri malah jiran kita kelaparan kelak  jiran kita di tunggu di hadapan pintu Syurga sebagai saksi sama ada melayak-kan kita ke Syurga ataupun tidak.

Dari Abu Dzar, jundub Bin Junadah da Abu Abdul Rahman da Muaz Bin Jabbal r.a mendengar Rasulullah S.A.W bersabda :

“ Bertaqwa-lah kepada Allah di mana saja kamu berada, dan susul ( tutuplah ) perbuatan buruk mu dengan amal kebaikan ( karena itu ) dapat menghapusnya, dan pergauli-lah manusia lain dengan akhlak yang baik “

Hidup ini sebenar-nya tak susah tetapi kita yang membuatkan ia terasa susah, jika dari kecil kita terap-kan ke dalam jiwa anak-anak kita hadis Al-qur’an dan sunnah Rasulullah sehingga mendarah daging dalam jiwa mereka seterus-nya menjadi penyuluh kepada kehidupan mereka yang serba moden ini. Berbekalkan sedikit ilmu pengetahuan hadis dan Al-qur’an boleh membuat-kan seseorang itu meningkat-kan iman menjadi benteng kepada hati-nya, justeru iman tidak dapat di warisi dari kita yang memberi ilmu, tetapi sejauh mana ketaqwaan diri-nya kepada Allah, sejauh mana ia mentauhid-kan Allah, dan sejauh mana ia meng-ikhlas-kan segala amal-nya kepada Allah, bukan dengan mengharap-kan balasan dari Allah, kerana balasan sudah di sedia-kan hanya perlu di laksanakan dengan ikhlas dan jujur.

Dari Amirul mukminin Umar Al-Khattab r.a mendengar Rasulullah S.A.W bersabda :

“ Sesungguh-nya setiap amal perbuatan tergantung pada niat-nya, dan sesungguh-nya ( akan di balas ) berdasar-kan apa yang di niat-kan “

Dalam bentuk apa jua amal kebajikan hendak-lah mempunyai keikhlasan yang tinggi, jika tidak kita tertipu dengan amalan kita sendiri. Wallahua’lam………@@@

Jangan lupa tinggalkan komen

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: