Akidah Muslim

Assalamualaikum wrb wbt…

Bismillahir Rahmanir Rahim..” La ikhroha fiddhin, tidak ada paksaan didalam Islam “  suatu ayat firman Allahu Ta’ala yang membuatkan hati kita terasa lapang dalam beragama..tidak membebankan seseorang mengamalkan Agama, tidak sepertimana yang diwar-warkan bahawa apabila seseorang itu memeluk agama Islam menyusahkan, membebankan, itu kena buat ini kena buat, kena puasa, kena sembahyang dan sebagai-nya.

Namun kita kita harus ingat bahawa apabila seseorang itu telah memeluk agama Islam maka dia telah beriman kepada Allah yang Maha mencipta dan Maha menghidupkan, apabila kita telah beriman kepada Allah S.W.T yang Maha menciptakan dan Maha menghidupkan apakah tanda-tanda yang ada pada diri kita yang menyatakan kita telah beriman kepada-NYA..?  Apakah bukti-bukti-nya..? Apakah sudah cukup dengan hanya sekadar bergelar aku sudah Islam..? Mari sama-sama kita renungkan..

Sudah tentu kita wajib membuktikan keimanan kita dengan berilmu dan beramal, maka kita wajib mempelajari ilmu pengetahuan tentang beragama, andai Rasulullah S.A.W memperolehi ilmu dengan bergurukan dan perantaraan-nya Malaikat Jibril a.s bagaimana pula dengan kita..? Apakah boleh kita sekadar mempelajari-nya dari kitab-kitab..? Andai ada kemusykilan kepada siapakah yang harus kita bertanya..? Andai kita mendatangi seseorang dan bertanya tentang kemusykilan yang kita hadapi, maka sudah pasti kita akan ditanya kembali, dengan siapa kamu belajar..? Siapa guru-nya..?

Apakah jawapan kita andai diajukan soalan seperti ini..? Apakah kita menjawab dengan mengatakan saya belajar dari kitab, saya baca dia kata begini dan begitu..masya’Allah..tidak salah jikalau ingin menambah pengetahuan dengan membaca kitab asalkan ada guru rujukan, bukan belajar sendiri-sendiri. Ini adalah masalah pemuda-pemudi yang bijak pandai pada masa sekarang ini,apabila bertanya pada ustaz jawapan tak memuaskan, tak menusuk qalbu, tapi apabila saya baca kitab ni saya lebih faham dan menusuk qalbu, dan saya tak minat untuk berguru, pada saya guru tu semuanya sama sahaja.

Tapi apabila saya baca buku ni saya faham dan puas, ianya mengajar saya tentang Tauhid sebenar..tapi apabila ditanyakan apa itu tauhid “ Rububiyah ” dan tauhid “ Uluhiyyah ” dia terdiam, tapi dia kata saya faham.  Ini masalah orang kita sejak kebelakangan ini mahu belajar agama tapi kurang minat berguru. Yang pasti HKL makin lama makin ramai penghuni yang bermasalah mental problem. Baru-baru ini saya di datangi oleh seseorang yang mencari-cari ilmu pengetahuan dan bertanyakan kepada saya, ustaz saya nak tanya sikit, apakah sebenar-nya yang dimaksudkan dengan tsolat..?

Saya terbaca dekat buku tu dia tulis tsolat ini sebenarnya tidak menyembah, ianya lebih kepada penyaksian kita terhadap kewujudan Allah katanya, kalau kita sembah, apa yang kita sembah sebenarnya..? Yang kita sembah itu tidak ada..? Seperti baru-baru ini ada satu kes yang mengatakan bahawa kita tak perlu sembahyang, kerana sembahyang itu sembah pada waktu bukan pada Allah..apabila ia berkata sembah pada waktu sudah jelas ia syirik kepada Allah, kerana waktu bukan untuk disembah tapi untuk diurus dan dipelihara.

Lalu saya cuba untuk menjawab soalan-nya, saya kata saya setuju dengan soalan anda tapi, tahukah anda dimana yang dikatakan penyaksian kita didalam tsolat..?  Dan tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan menyembah, dalil jelas mengatakan bahawa

 Sembahlah Zat tuhanmu dan dirikanlah tsolat sebagai mengingati Aku

Lalu dia bertanya lagi, tapi apa yang kita sembah sebenarnya..? Lalu saya menjawab bukankah sudah jelas dalil itu menerangkan bahawa Zat Allah yang disembah..lalu ia bertanya lagi Zat Allah itu macam mana..? Saya menjawab Zat Allah itu tiada satu manusia pun yang dapat menjelaskan bagaimana ia, wa ima Rasulullah sekalipun. Bukankah Rasulullah pernah bersabda:

Kajilah diatas sifat kejadian Allah didunia ini dan janganlah kamu kaji atas Zat Allah ”,

Kerana Zat Allah itu wasirri fi saairi, rahsia didalam rahsia, nurin alannur, cahaya didalam cahaya. Dan penyaksian kita didalam tsolat itu ialah diwaktu kita membaca tahiyat awal dan akhir, disitulah penyaksian kita,

Asyhadualla ilaha illallah, wa asyhaduan na muhammada rasulullah, Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah .

Lalu ia bertanya lagi, kalau zaman Nabi S.A.W bersaksi mengucap menggunakan dua kalimah syahadat, bagaimana pula umat di zaman sebelum Baginda..? Lalu saya cuba lagi untuk menjelaskan-nya, saya berkata saya kurang jelas tentang umat sebelum Baginda mengucap tapi dari apa yang saya pelajari dan fahami ialah mengucap ini wujud setelah perutusan Baginda keatas sekelian umat manusia dan Jin, kerana rasulullah adalah penutup sekelian nabi-nabi dan rasul, dan ini menunjukkan bahawa kita beriman kepadanya dan beriman kepada khabar dan risalah yang dibawanya, sesuai dengan bicara Rasulullah S.A.W yang berbunyi:

Aku pernah diturunkan ke dalam jasad Adam, aku pernah diturunkan kedalam jasad Nuh, aku penah diturunkan kedalam jasad Ibrahim dan aku pernah diturunkan Kedalam jasad Isa a.s

Lalu ia bertanya lagi, kenapa macam tu, saya cuba jelaskan dengan pengetahuan saya terbatas ini atas kurnian dari Allah S.W.T bahawa:

Awal Muhammad akhir Muhammad, Zahir Muhammad batin Muhammad

Lalu ia terdiam, dia menyatakan bahawa saya tak minat untuk berguru tapi dia datang bertanya itu kira macam mana..? Lihat inilah akibatnya kalau belajar ilmu agama tanpa berguru buruk akibatnya, bak kata Rasulullah,

Belajar ilmu agama tanpa guru adalah umpama ia berguru dengan Iblis

Dalam kisah ini ada dua insan berlainan tapi sama iaitu berguru dengan kitab. Kitab itu adalah sebagai rujukan dan panduan yang memberikan pedoman hidup, tapi guru, guru ialah orang yang bertanggungjawab menyampaikan amanah ilmu seterusnya bertanggungjawab keatas muridnya, andai kita mengalami kemusykilan maka ada guru hendak bertanya dan mendapatkan jawapan, tapi kalau kitab bolehkah kitab itu berikan jawapan..? Pesan saya carilah guru yang bijak pandai dan mengetahui tentang agama untuk berguru dan jadikan kitab itu sebagai bahan panduan dan rujukan.

Ini semua adalah pesakit  saya yang datang untuk mendapatkan rawatan mengenai gagguan Jin katanya, ada yang mengatakan Saka, tapi apabila diselidiki masalah-nya ialah gangguan emosi yang serius. Gangguan-gangguan itu memang ada tapi hanya sebagai lampiran kerana kita memberikan ruang kepadanya supaya ia menggangu kita, umpama memberi keizinan kepadanya, maka tanpa segan silu dia pun menguasai diri kita. Inilah masalah yang banyak berlaku dikalangan kita pada hari ini. Dan bagi sesiapa yang ada masalah seperti ini bolehlah emelkan kepada saya untuk sebarang informasi lanjut atau untuk mendapatkan rawatan dari saya insya’Allah atas redha dan izin dari Allah saya boleh membantu anda bagi yang benar-benar ingin mendapatkan rawatan.

Jangan jadikan diri kita ini sebagai rumah persinggahan bagi makhluk lain bertandang kerana kejahilan kita, carilah ilmu tuntutlah dengan berguru dan jadikan Al-Qur’an dan hadis sebagai panduan nescaya kita tidak akan tersesat wallahua’alam insya’Allah..

Email: perjalanamukmin@gmail.com

Jangan lupa tinggalkan komen

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: