Nilai Ibadah Dalam Islam

Assalamualaikum!

 

Mari kita renungkan sebuah firman Allah S.W.T  yang berbunyi:-

“ Wama kholaktul jinna wal insan illa liya’abudun, Tidak AKU jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku ”  ( Adz-Zariat: 56 )

Kini kita dibawa untuk memahami apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan ibadah. Ibadah dalam Islam bukan sepertimana ibadah yang diamalkan dalam lain-lain agama. Bagi agama-agama itu, ibadah merupakah satu amalan ritual yang pada hari-hari tertentu dan tempat-tempat tertentu, sama ada di rumah-rumah ibadat atau di tanah perkuburan dan sebagainya. Ibadah agama-agama itu sekadar amalan nritual untuk satu-satu tujuan rasmi. Ia tidak berlaku dalam kehidupan sehari-hari. Ertinya, amalan agama dengan cara hidup jauh berbeza.

Ibadah didalam Islam tidak begitu, Islam adalah satu cara hidup yang merangkumi persoalan akidah, ibadah, akhlak, kekeluargaan, kemasyarakatan, pentadbiran, perdagangan, budaya, pendidikan dan sahsiah. Ertinya dalam mengamalkan semua tuntutan atau perintah Allah didalam perkara-perkara yang disebutkan itu, kita dikira beribadah kepada Allah.

Daripada perkara-perkara yang kecil seperti masuk ke tandas, makan minum, memberi salam perhubungan menjalin silaturrahim dan sebagainya sampailah kepada persoalan yang besar-besar seperti perdagangan, siasah, kewangan , pentadbiran dan perhubungan dengan bangsa-bangsa yang lain, sepeti perhubungan kenegaraan. Kalau kita laksanakan sepertimana yang dikehendaki dalam Islam, ianya adalah ibadah kita kepada Allah. Dengan kata lain, menjalankan kehidupan kita sehari-hari berlandaskan hukum Islam atau peraturan hidup Islam, ia juga dikategirkan sebagai ibadah kita kepada Allah.

Bila sesuatu perlaksanaan itu jadi ibadah, ianya diterima disisi Allah sebagai amal bakti kita atau sebagai amal soleh kita. Bila Allah menerimanya sebagai amal bakti kita, ganjarannya ialah pahala disisi alla S.W.T walaupun kita melaksanakan ibadah itu bukan kerana ganjaran pahala itu tetapi semata-mata kerana hendak melaksanakan tuntutan Allah  bagi mendapat kerdhaanNya, namun Allah yang Maha Pengasih lagi Mah Penyanyang,Dia akan membalas setiap amal kebaikan hamba-hambanya.

Di situlah letaknya keadilan Allah S.W.T memberi ganjaran kepada yang berbuat baik dan memberi hukuman kepada mereka yang berbuat jahat. Di dunia pun, kalau kita dapati sesuatu pemerintahan itun menjalankan hukumannya kepada sesiapa yang bersalah dan memberi balasan baik kepada yang berbuat kebajikan, kita dapati yang kerajaan itu sungguh adil, inikan pula pemerintahan Allah S.W.T. Keadilannya dapat dirasakan sampai kehati kecil seseorang itu. Ini akan dapat kita lihat dengan jelas di Akhirat nanti, bila yangterhukum itu sendiri terasa Maha adilnya Allah S.W.T.

Janji Allah bagi orang-orang yang yang mengerjakan amal kebajikan dijelaskan dalam firmannya:

“ Adapun mereka yang beriman dan beramal soleh bagi mereka itu Syurga Makwa sebagai tempat tinggal sebab perbuatan mereka itu, dan adapun bagi mereka yang fasik ( perosak ), maka tempat mereka adalah neraka “   ( As-Sajdah: 20 )

Maka itu, sebagai khalifah Allah di muka bumi,  kita kena susun seluruh usaha ikhtiar kita sehari-hari agar ia menjadi ibadah kepada kita. Kerana,  setiap yang kita perbuat dalam kehidupan kita, adalah perintahnya didalam Al-Qur’an dan sunnah.

Cuba kita lihat beberapa ayat yang menyentuh beberapa persoalan hidup kita yang mana kalau kita laksanakannya itulah ibadah kita kepada Allah S.W.T dan itu jugalah amal bakti kita kepada Allah S.W.T. Kerana, selain dari kita mendirikan sembahyang, berpuasa dibulan Ramadhan, naik Haji bila cukup syarat, membayar zakat dan lain-lain yang terangkum dalam persoalan rukun Islam yang lima dan rukun iman yang enam, melaksanakan perintah Allah dalam perkara-perkara yang Alah sebut berikut, itu juga adalah ibadah kita.

      Dalam satu ayat Allah telah berfirman:

“ Hendaklah ada dikalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar ”   ( Ali-Imran : 104 )

Perintah didalam ayat itu berupa suruhan kepada umat Islam membangunkan kebajikan. Apa saja bentuk usaha kebajikan asalkan ia berupa menegakkan yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, itu juga adalah ibadah disisi Allah S.W.T. Perintah ini adalah diberikan kepada umat Islam secara umum bukan secara individu itulah yang menjadikannya satu usaha kolektif.

      Didalam ayat yang lain pula Allah berfirman:

“ Bertolong bantulah kamu didalam berbuat kebajikan dan ketakwaan dan janganlah kamu bertolong bantu dalam kedosaan dan permusuhan ”   ( Al-Maidah : 2 )

Lihatlah bagaimana Allah memerintahkan umat Islam bekerjasama dalam membangunkan kerja-kerja kebajikan dan ketakwaan seperti  bertolong bantu menbagunkan sekolah Islam, menbagunkan masjid, membangunkan pendidikan Islam, membangunkan rumah anak yatim dan sebagainya. Membangunkan kerja-kerja amal yang bersifat takwa itu menjadi  ibadah kita kepada Allah.

       Didalam ayat yang lain pula Allah berfirman:

“ Urusan mereka diputuskan  ( iaitu umat Islam ) dengan bermesyuarat sesama mereka ”  

 ( As-Syura : 38 )

Begitulah kehidupan umat Islam, bermesyuarat menyelesaikan permasaalahan didalam masyarakat atau keluarga atau urusan perniagaan, siasah dan lain-lainnya adalah dikira beribadah kepada Allah.

      Dan didalam ayat yang lain pula Allah berfirman:

“ Apabila kamu diberi penghormatan  dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan dengan yang lebih baik darinya atau balaslah penghormatan itu ( dengan yang serupa ) ” ( An-Nisa : 86 )

Penghormatan dalam Islam ertinya memberi ucapan ” Assalamualaikum “. Bererti apabila seseorang itu memberi salam dengan ucapan ini hendaklah kita membalas salamnya. Ini pun adalah ibadah disisi Allah dan balasannya adalah pahala dariNya. Dan ini adalah cara hidup umat Islam bila bertemu antara satu sama lain. Oleh kerana itu ia merupakan satu perintah Allah, eloklah kita gantikan ucapan “ Selamat Pagi “ atau lain-lain ucapan yaqng serupa kepada ucapan Assalamualaikum.

 

 

 

2 responses to this post.

  1. I’m really amazed by this blog. Tons of useful posts and info on here. Thumbs up,

    Reply

  2. Great blog!! You should start many more. I love all the info provided. I will stay tuned🙂

    Reply

Jangan lupa tinggalkan komen

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: