Hari Kebangkitan ( Yaumul Qiamat )

Assalamualaikum..

“ Zinnu angfusakum qabla an tuuzanu, wa haasibuu angfusakum qabla an tuhasabu watazayyanu lil ardli akhbari, wadzalika yaumul qiamati, yauma idzin tu’radhuuna laa takhfaa minkum khafiyah. ( Timbanglah dirimu sebelum ditimbangkan, dan adakan perhitungan bagi dirimu sebelum diperhitungkan ( diminta tanggungjawab ). Dan bersiap-siaplah kamu untuk menghadapi persidangan yang besar, pada saat itu tidak akan tersembunyi daripadamu sesuatu yang sangat samar ) ”.

Saudara yang budiman..siapakah yang lebih mengetahui akan hari kebangkitan semula (Yaumul Qiamat ) sudah tentulah Allah bukan..akan tetapi Allah sudah menerangkan di dalam Al-Qur’an akan hari kebangkitan semula setiap manusia setelah di rehatkan untuk tempoh yang telah ditetapkan oleh Allah.

 “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Nabi Muhammad SAW. Jibril a.s. akan datang kepadanya bersama seekor Buraq, Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersama pakaian-pakaian syurga.” Jibril a.s. akan menyeru: “Wahai dunia..! Di mana kubur Muhammad SAW..?” Bumi akan berkata: ” Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu di mana kubur Muhammad SAW” Rasulullah SAW bersabda:

” Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit, maka, empat malaikat berada di atas kubur.” Israfil bersuara: ” Wahai roh yang baik..! Kembalilah ke tubuh yang baik!” Maka, kubur terbelah dua, pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar, pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda.  Baginda SAW melihat ke kanan dan kiir,. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi. Jibril as berkata kepadanya: ” Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di tempat yang luas.

” Baginda SAW bertanya, ” Kekasihku Jibril! Hari apakah ini..?” Jibril a.s. menjawab: “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat, Inilah hari kerugian dan penyesalan, inilah hari pembentangan Allah Taala.” Baginda SAW bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!” Jibril as. berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu..?” Baginda SAW bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku. ” Jibril a.s. berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu..?

” Baginda SAW bersabda: ” Bukan itu maksud pertanyaanku, Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana umatku..?   Dimana perjanjian mereka..?” Jibril a.s. berkata: ” Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelum mu..? Lihatlah saudara yang budiman.. soalan yang pertama setelah baginda dibangkitkan ialah bertanya tentang umatnya,  bertanya tentang kita , begitu baginda kasihkan umatnya setelah dibangkitkan semula pun tetap bertanyakan tentang umatnya. Dimanakah umatku..? Bagaimanakah keadaan umatku..?

Setelah Malaikat Israfil diperintahkan meniupkan sangkakala untuk  membangkitkan sekelian manusia di dalam kubur, lalu,” Malaikat Israfil a.s. menjerit: ” Wahai roh-roh ! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu yang telah hancur. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam.” Allah Taala berfirman: ” Demi keagungan dan ketinggianKu..! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya! ” Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat.

Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan tujuhpuluh umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW merupakan satu umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan. Jibril as menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala.” Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya:

“Di mana umatku..?” Jibril a.s. berkata: ” Wahai Muhammad..! Umatmu adalah umat yang terakhir.” Apabila nabi Isa a.s. datang, Jibril a.s. menyeru: ” Tempatmu!” Maka Nabi Isa a.s. dan Jibril a.s. menangis. Nabi Muhammad SAW berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.” Jibril a.s. berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad..?” Nabi Muhammad bertanya: “Di mana umatku..?” Jibril a.s. berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.” Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya:

“Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa..?” Jibril a.s. berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!” Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah Taala muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW juga gembira terhadap mereka. Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru:

 “Wahai Muhammad!” Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis. Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah Taala seruan yang menyeru: “Di mana Jibril..?” Jibril a.s. berkata: “Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam.” Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: “Di mana umat Muhammad SAW..?” Jibril a.s. berkata:

“Mereka adalah sebaik umat.” Allah Taala berfirman: “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.” Jibril a.s. kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala.” Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.” Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala.

Nabi Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman: ” Wahai hambaKu..! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!” Hamba-hamba Allah Taala terdiam. Allah Taala berfirman:

“Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril..! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!” Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: ” Wahai Malik..! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.” Malik bertanya: “Apakah hari ini..?” Jibril menjawab:

 “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.” Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk..?” Jibril menjawab: “Ya!” Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya..?” Jibril berkata: “Di hadapan Allah Taala!” Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah..?” Jibril berkata: “Aku tidak tahu!

” Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan, Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya, Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis). Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut, ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, Rasulullah SAW membela Umatnya di padang mahsyar orang yang mula-mula berusaha ialah Nabi Ibrahim a.s.

Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: ” TuhanKu dan Penguasaku! Aku adalah khalilMu Ibrahim, kasihanilah kedudukanku pada hari ini! Aku tidak meminta kejayaan Ishak dan anakku pada hari ini.” Allah Taala berfirman: ” Wahai Ibrahim..! Adakah kamu melihat Kekasih mengazab kekasihnya.” Nabi Musa as datang, Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: “Aku adalah KalamMu, Aku tidak meminta kepadaMu melainkan diriku, Aku tidak meminta saudaraku Harun. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam..!” Isa as datang di dalam keadaan menangis.

Baginda bergantung dengan Arsy lalu menyeru: “Tuhanku… Penguasaku.. Penciptaku..! Isa Roh Allah. Aku tidak meminta melainkan diriku, selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam..!” Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad SAW menyeru: ” Tuhanku.. Penguasaku.. Penghuluku..! Aku tidak meminta untuk diriku, sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu..!” Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru: “Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya..?” Neraka pula berseru:

“Wahai Tuhanku… Penguasaku.. dan Penghuluku..! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya..! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku..! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan.” Malaikat Zabaniah menolaknya sehingga terdampar di kiri Arsy. Neraka sujud di hadapan Tuhannya. Allah Taala berfirman: “Di mana matahari..?” Maka, matahari dibawa mengadap Allah Taala. Ia berhenti di hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman kepadanya:

 “Kamu..! Kamu telah memerintahkan hambaKu untuk sujud kepada kamu..?” Matahari menjawab. ” Tuhanku..! Maha Suci diriMu..! Bagaimana aku harus memerintahkan mereka berbuat demikian sedangkan aku adalah hamba yang halus..?” Allah Taala berfirman: “Aku percaya..!” Allah Taala telah menambahkan cahaya dan kepanasannya sebanyak tujuhpuluh kali ganda, ia telah dihampirkan dengan kepala makhluk.” Ibnu Abbas r.a. berkata: ” Peluh manusia bertiti dan sehingga mereka berenang di dalamnya. Otak-otak kepala mereka menggeleggak seperti periuk yang sedang panas.

Perut mereka menjadi seperti jalan yang sempit, air mata mengalir seperti air mengalir, suara ratap umat-umat manusia semakin kuat. Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi sedih, air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, baginda SAW sujud di hadapan Arsy dan sekali lagi, baginda SAW rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya. Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. Mereka berkata: “Maha Suci Allah..! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat hal keadaan umatnya.

Bagaimana pula keadaan kita kepada baginda saudara..? Jika baginda kasihkan umatnya baginda merayu kepada Allah agar dapat memberi syafaat kepada umatnya, bahkan menunggu diatas sirath agar umatnya melepasi titian sirath, malahan Baginda bersabda kepada Malik penjaga Neraka agar memalingkan mukanya supaya umatnya dapat melepasinya, jika tidak umatku tidak akan lepas kerana gerun melihat mukamu.

Saudara yang budiman jika kita kasih Rasul Allah, cintakan Rasul Allah, saya merayu bagi diri saya dan saudara marilah sama-sama kita menunaikan kewajipan kita terhadap Allah apa yang telah disampaikan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita. Pelihara solat lima waktu kita, hidupkan sunnahnya, berdoa untuk kesejahteraan bagi umat Muhammad, menyebarkan dakwah sepertimana yang baginda lakukan. Saudara yang budiman..saya menyeru kepada diri saya dan saudara semua agar kedatangan Ramadhan pada kali ini biarlah ramadhan yang penuh makna.

Ramadhan yang membawa perubahan dan penghijrahan  kepada diri kita pada tahun ini, tanamkan azam dalam diri kita bahawa ramadhan pada kali ini ialah untuk kita melaksanakan segala titah perintah Allah keatas diri kita berpandukan As-Sunnah dan Al-Qur’an. Fikirkanlah saudara, adakah manusia semulia ini pada zaman selepas kewafatan Baginda hingga sekarang..? Apakah ada orang ingin mengambil berat akan hal-hal orang lain..? Apakah dikala kita susah ada orang dengan senang menghulurkan bantuan..? Jika ada ..manusia itu cukup mulia saudara.

Fikirkanlah saudara yang budiman dan bijaksana, bagaimana kita boleh membalas segala jasa dan pengorbanan Baginda terhadap kita sebagai umatnya dan umatnya yang lain..? Walaupun ia tidak minta untuk dibalas, Anda semua tentu memahaminya. Baginda menjadi pembela kepada umatnya bukan kerana Wang ringgit, baginda ikhlas membela nasib umatnya, tidakkah kita juga mahu menjadi pembela kepada agamanya..?

Jangan lupa tinggalkan komen

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: