Berhati-hati dalam Perkara Syubahat

Syubahat

Menjauhi atau mendekati..? Apakah jelas pada kita tentang suatu hal yang melibatkan syubhat dan jatuh kedalam haram.. ? Bagaimana hal yang di katakan terlibat dengan perkara syubhat..? Pentingkah..?

Rasulullah S.A.W bersabda :-

 ( Halal sudah jelas dan haram juga sudah jelas, dan antara keduanya ada perkara-perkara yang samar ( syubhat ) tidak di ketahui oleh kebanyakan orang, maka siapa yang menjaga diri dari syubhat maka bersih agama dan kehormatannya, dan siapa yang terjerumus dalam syubhat, terjerumus dalam haram seperti pengembala yang mengembala kambing di sekitar tempat terlarang kemungkinan terjerumus dalam larangan itu. Ingatlah tiap raja mempunyai larangan-larangan, dan larangan Allah iaitu yang diharamkan. Ingatlah bahawa dalam badan ada segumpal darah ( daging ) jika baik nescaya baik semua badan, dan bila rosak, rosaklah semua badan, iaitu jantung hati ). ( Tanbihul Ghafilin )

Sesuai dengan hadis diatas pada hari ini begitu ramai orang yang terlibat dengan  perkara syubhat apatah lagi yang haram, kita rasa menyimpan wang di bank jika diberi faedah katanya riba’..bagaimana pula dengan membeli sesuatu barang yang mahal harganya kita tak mampu nak bayar cash..? Sehingga kita terpaksa membuat pinjaman dengan pemberi pinjaman untuk mencapaikan cita-cita kita..? Contoh seperti kereta, rumah, peralatan rumah dan sebagainya yang melibatkan hutang.

Sedar tak sedar kita telahpun memberi riba’ kepada pihak peminjam, jika jarak masa pinjaman itu lama seperti tujuh tahun ke sembilan tahun , makin lama jarak masa pinjaman makin tinggi pula bunganya (interest),  bunga yang perlu kita bayar, bukankah ia satu saham riba’ yang besar kita tempah untuk  hari kebangkitan nanti..? Jika si peminjam tak kenakan bunga(interest) mana nak untung, sudah tentu mesti ada keuntungan, betul tak..? Jika menyimpan wang pula katanya agihan perkongsian keuntungan, lari sikit saja dari sebutan riba’, sedangkan terang-terangan itu riba’. Jika perdaganggan pelaburan kewangan itu lain pula, sebahagian Ulamak juga membenarkan. Yang pasti berhati-hatilah kerana ianya samar.

Yang pasti kata-kata yang timbul dari setiap dari kita semua adalah terpaksa , kalau tak, tak merasa nak pakai kereta mewah, tak dapat rumah cantik dan besar, tak bergaya, biar papa asal bergaya. Semua itu adalah termasuk dalam perkara syubhat dan haram, sedangkan rasuah itu haram, apakah pemberian yang melebihi dari jumlah sebenar yang dipinjam itu termasuk dalam perkara syubhat dan riba’..?

Sebenarnya saudara, tak kira dimana sahaja perkara syubhat dan haram ini wujud, baik ditempat kerja ke, melihat orang melakukan kemungkaran ke, jika ditempat kerja kita pasti jelas ada orang melakukan kesalahan dengan mengambil atau menjual barang hak milik syarikat, kemudian kita pun sama-sama ikut serta atau nampak buat macam tak nampak, katanya kubur masing-masing, masing-masing jawab sendiri, sedangkan itu satu perkara syubhat..! Walaupun kita tak buat tapi kita melihat perbuatan mereka kemudian kita diamkan aje, maka samalah kita dengan si pembuat, ini pun diketogerikan sebagai syubhat…saudara.

Mengambil harta atau barang hak milik syarikat yang boleh mendatangkan wang, ini lagi sudah pasti jelas syubhat dalam perkara haram, yang mengambil sudah pasti melakukan perkara haram, bagaimana pula yang melihat..? Adapun yang melihat juga ikut serta, ataupun sudah lihat tapi diamkan aje, lantaklah dia dia punya hal.. janji jangan kacau aku sudahlah..bagaimana fikiran saudara..? Ada tak sesiapa yang boleh jelaskan tentang hal ni..? Boleh kita sama-sama kongsi ilmu pengetahuan agar terhindar dari perkara syubhat dan haram. Membawa harta atau barang hak milik syarikat kerumah kita pun jelas haram..bagaimana pula yang mengambilnya tanpa rasa bersalah dan berdosa..?

Nabi S.A.W pernah bersabda ketika baginda berjalan-jalan dikota Mekah,

“ Sesungguhnya diantara banyak-banyak penghuni kota Mekah ini ada penghuni syurga, beliau bekerja di ladang tamar tapi walau sedikitpun  buah tamar majikannya  tidak diambil dan di bawa kerumah, walaupun pelepah tamar, inilah pekerja yang amanah dan jujur “

Abu Laits As- Samarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Anas bi malik r.a berkata, beliau mendengar Rasulullah S.A.W bersabda :-

( Terimalah dariku enam perkara, saya jamin kamu masuk syurga : Jika berbicara jangan dusta, dan jika berjanji jangan menyalahi, dan jika dipercaya ( diamanati ) jangan khianati, dan pejamkan matamu, dan jagalah kemaluanmu, dan jagalah tangan dan kakimu dari segala yang haram, nescaya pasti akan masuk syurga )

Al-hasan dari Imran bin Al-husin r.a berkata Nabi S.A.W bersabda :-

( Hamba-Ku kerjakan apa yang Aku wajibkan atasmu nescaya kamu menjadi manusia paling banyak beribadah. Dan tinggalkan apa yang Aku larang nescaya kamu menjadi manusia yang paling wara’. Dan terimalah apa yang Aku berikan kepadamu daripada rezeki, nescaya kamu menjadi sekaya-kaya manusia. ( manusia yang paling kaya ).

Begitu juga jika melihat orang melakukan maksiat atau kemungkaran..bukan nak di cegah tapi tumpang sekaki, siap rakam lagi perbuatan orang kemudian hebohkan pula kepada orang lain..dua dosa yang dia dapat, satu bersyubahat dan dua Ghibah, menyebut-nyebut keburukan orang lain, bagaimana pandangan saudar dalam hal ni..? Silakan berkongsi ilmu pengetahuan agar kita sama-sama menghindar dari perbuatan yang sia-sia.

Abdullah bin Rawaahah ketika berangkat ke perang Mu’tah berkata :

( Ya Rasulullah, berilah nasihat padaku. Sabda Baginda S.A.W : Engkau akan sampai ke tempat yang sedikit orang bersujud, maka perbanyaklah sujud. Ia berkata : Tambahlah untukku. Baginda S.A.W berkata : Berzikirlah pada Allah maka zikir itulah yang membantumu untuk mencapai keinginan dan hajatmu. Kemudian ia berangkat lalu kembali minta ditambah lagi. Baginda S.A.W bersabda : Berzikirlah pada Allah, maka Allah itu tunggal ( Witir ) suka kepada witir .Abdullah berkata: Tambahlah untukku. Jawab Nabi S.A.W : Jangan malas, jangan berasa lemah jika berbuat kesalahan sepuluh kali untuk berbuat kebaikan walau satu kali )

Sebenarnya lebih banyak lagi hal-hal yang berkaitan dengan perkara syubhat dan haram ini saudara yang dikasihi oleh Allah sekalian, cumanya kita sedar atau tak sedar aje, kerana ia adalah hal yang samar untuk kita fahami, sehingga boleh membawa kita kepada terjerumus dalam haram, maka dosalah yang dipikulnya.  Sebenarnya bab syubhat ini luas saudara..bukan apa yang tertulis diatas je..jika kita dalam situasi dimana kawan kita laki-laki yang berjumpa dengan kawan perempuan..andai waktu itu kita juga ada sekali ditempat ia berjumpa yang boleh mendatangkan syak..itu juga adalah bersyubahat, bersyubahat melakukan maksiat dan kemungkaran, maka hukumnya haram, apabila haram hukumnya dosa.

Abu Musa Al-Asy’ari  r.a berkata :-

( Tiap sesuatu ada batas, dan batas-batas islam ada empat : Wara’ ( berhati-hati dari segala yang ( Syubahat ), dan tawadduk ( merendah diri ), dan syukur, dan sabar. Maka wara’ adala sendi utama ( Kunci ) dari segala sesuatu,. Dan tawadduk bererti bebas dari kesombongan. Dan sabar menyelamatkan dari Api Neraka. Dan syukur mencapai syurga )

Tetapi awas jangan ada syak wasangka, firman Allah S.W.T di dalam surah al-Hujurat :-

“ Ijtanibu katsira minazhzhanni inna bad’dhadh dzanni itsmun, tinggalkan kebanyakan dari sangka-sangka kerana sebahagian syak wasangka itu dosa “

Sabda baginda S.A.W pula :-

“ Iyyakum wadh dhanna fainnahu akdzabul hadith, ( Awaslah kamu dari sangka-sangka, sebab sangka-sangka itu sedusta-dusta perbicaraan “

Diri manusia lain itu adalah “ Cermin ” yang  jelas bagi untuk dipandang, kerana bukan perangai diri kita yang kita lihat, sebaliknya perangai manusia lain yang kita nampak, dan dari cermin itulah untuk kita cerminkan pada diri kita pula, jika baik perangai manusia lain itu maka boleh di contohi, jika sebaliknya maka dihindari, ini yang dikatakan “ Uswatun hasanah “ contoh ikutan yang baik. Kadang-kadang perangai yang ada pada kita ada pada orang lain, apabila kita melihatnya kita terasa perangai dia ni tak eloklah.. tapi perangai itu juga ada pada diri kita, maka perangai itu harus ditinggalkan, itulah gunanya cermin untuk melihat dimana kekurangan dan kelemahan diri kita sendiri, sebab itu jangan menghina orang lain, sebabnya penghinaan itu melantun semula pada diri kita, jika lampu disuluh pada cermin sudah pasti cermin melantunkan semula cahayanya kearah kita dan terkena diri kita semula.

Marilah sama-sama kita renungkan dan fikirkan apakah hari esok atau sebelumnya kita pernah terlibat dalam perkara syubahat yang boleh menjatuhkan kita kedalam dosa..selidikilah..tiliklah rata-rata tentang kekurangan dan kelemahan diri kita agar kita sentiasa berada dalam keadaan dirahmati Allah sentiasa. Kebiasaan manusia tidak nampak akan kesalah pada dirinya, sebaliknya kesalahan orang lain amat jelas  dilihat, sedangkan manusia lainnya itu adalah cermin bagi diri kita, supaya tingkah-laku manusia lain itu dijadikan contoh dan tauladan bagi kita.

Jangan lupa tinggalkan komen

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: