Ramadhan Al-mubarak

Assalamualaikum….


Sebelum datangnya Ramadhan al-mubarak terlebih dahulu kita menyambut kedatangan bulan Rejab  seterusnya bulan Sya’aban , apakah keistimewaan bulan rejab saudara..? Bulan Rejab adalah bulah Allah. Barangsiapa berpuasa satu hari di bulan rejab akan mendapat keredhaan yang besar dari Allah, jika berpuasa dua hari akan mendapat kemuliaan dari Allah, jika tiga hari akan di selamatkan Allah dari bahaya di dunia dan siksa di akhirat, penyakit gila fitnah syaitan dan dajjal.

Sya’aban

Apakah kelebihan malam nisfu sya’aban pula saudara..? Kebanyakan orang mengatakan hidupkan malamnya dengan membaca surah yassin sebanyak tiga kali,  amalan ini di katakan bercanggah pendapat dengan ulamak, kadang-kadang kita juga kena guna pakai juga pendapat ulamak, sebab ulamak itu ialah penyambung warisan perjuangan nabi, Rasulullah juga pernah bersabda:

Barangsiapa bersalaman dengan ulamak seolah-olah ia  bersalaman denganku

tapi terpulanglah kepada kita yang penting jangan di I’tiqodkan bahawa malam ini pasti kena baca yassin sebanyak tiga kali.

Sebenarnya pada bila-bila masa sahaja boleh di lakukan asalkan mampu jangan di paksa, apabila terpaksa hilang keikhlasan timbul kepenatan, sedangkan keikhlasan itu yang lebih penting dalam segala amal ibadat, jika tidak hancur segala amalan. Jika amalan yang nabi tak buat jika kita buat ada-adakan maka bida’ah namanya, kita ingat nak cari pahala tapi dapatnya sakit kepala kerana banyak sangat amalan yang nak di buat. Keistimewaan yang saya nak sebut di sini ialah malam di tutupkan buku amalan yang lama dan di buka buku amalan yang baru.

Dan pada malam itu juga menjadi malam perayaan bagi malaikat terutamanya malaikat yang mencatit segala amalan kita iaitu “ Raqib dan Atid ” , dan apakata nabi pada hari tersebut..? Aku lebih suka jika amalanku di angkat aku dalam keadaan beribadah kepada Allah. Sesungguhnya kata-kata nabi itu motivasi kepada kita saudara, jangan kita kata dia nabi lainlah…kita siapa…sebenarnya contoh tauladan yang nabi bawa dan tunjuk itulah yang harus kita ikuti. Jika bukan akhlak dan sunnah nabi yang kita ikuti maka siapa lagi..? Bukankah kita beriman kepada keRasulan nya..? Dan pada siang hari kita di sunatkan berpuasa.

Ramadhan

Bulan ramadhan adalah bulan menngejar  Rahmat dan maghfirah ( pengampunan ), bagaimana nak mendapatkan rahmat dan maghfirah..? Sebenarnya bulan ini adalah bulan untuk kita merantai segala kerakusan nafsu  kita terhadap kehendak nafsu syhahwat, dan memperbanyakkan membaca Al-Qur’an, banyakkan bersedekah dan menahan sabar, paling utama jaga lidah. Kurangkan berbicara hal-hal yang tidak berfaedah banyakkan zikrullah dan solat malam dan perbanyakkan doa, lebih-lebih lagi doa yang diajar oleh Rasulullah S.A.W, apa doa’nya saudara..?

“ Robbana aatina fiddunnya hasanath, wa fil aakhirathi hasanath, wa qina ‘azaab bannar, Ya Allah kurniakan aku kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan jauhilah aku dari azab seksa api nerakamu ya Allah ”.

Inilah doa’ yang nabi minta supaya kita perbanyakkan di dalam doa’ kita, yang penting kita tahu membezakan mana yang wajib untuk di amalkan dan mana yang sunat, yang wajib adalah puasa..kerana jika tertinggal dengan sengaja atau uzur, ataupun perempuan yang kedatangan haidh wajib menggantikan atau meng-qodhokan nya semula, lihat saudara betapa mulianya bulan ramadhan sehingga Allah mewajibkan keatas kita supaya menggantikan nya semula, sebaliknya solat jika kita uzur atau teramat penat sehingga tertidur nyeyak tak perlu qodho’ dan perempuan yang kedatangan haidh juga tak perlu qodho’.

Abu laits As-Samarqandi meriwayatkan dari sanadnya Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda Allah telah berfirman :-

“ Ya Ridhwan bukalah pintu-pintu syurga untuk orang-orang yang berpuasa dari umat Muhammad dan menyuruh malaikat malik menutupkan pintu-pintu neraka jahim dari orang-orang yang puasa dari umat Muhammad, dan berfirman kepada malaikat Jibril, Ya Jibril..turunlah ke bumi dan ikatlah syaitan-syaitan yang jahat dan rantai mereka kemudian buanglah mereka ke dalam laut supaya tidak menggangu ( Merosak ) puasa umat Muhammad S.A.W..dan tiap bulan Ramadhan Allah berseru sebanyak tiga kali :- Siapa yang minta akanKu beri permintaanya, siapa yang taubat dan Aku terima taubatnya, siapa yang minta ampun maka akanKu ampunkan,

Dan pada malam LailatulqadarAllah menyuruh Malaikat Jibril dengan kumpulan para malaikat turun ke bumi dengan membawa panji hijau yang di letakkan di atas Ka’abah, dan ia mempunyai enam ratus saya, di antaranya dua sayap yang tidak di hampar kecuali pada malam Lailatul qadar, maka di hampar sehingga meliputi hujung timur hingga hujung barat. Lalu malaikat Jibril mengutuskan malaikat pergi kepada umat Muhammad untuk memberi salam pada tiap-tiap orang yang sedang berdiri dan duduk, sembahyang atau berzikir dan menjabat tangan mereka serta mengaminkan doa’ mereka sehingga terbit fajar maka Jibril berseru :-

Hai para malaikat segera kembali, kembali, lalu malaikat bertanya : Bagaimana hajat kaum mukminin dari umat Muhammad..? Jawab Jibril : Allah melihat empat macam:

  1. Pemabuk ( peminum khamar )
  2. Penderhaka terhadap kedua ayahbundanya ( Ibubapa )
  3. Memutuskan hubungan keluarga
  4. Orang yang memboikot tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari tiga hari.

Abu Hurairah r.a berkata bahwa Rasulullah S.A.W bersabda :-

Umat-Ku di beri oleh Allah tiap bulan Ramadhan lima macam yang tidak di berikan kepada umat-umat yang sebelumnya :-

  1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau misik ( kasturi )
  2. Malaikat mintakan ampun bagi orang yang berpuasa hingga berbuka
  3. Penjahat-penjahat syaitan di belenggu sehingga mereka tidak berleluasa sebagaimana biasanya
  4. Allah menghiaskan syurga tiap hari, dan berfirman : Hampir para hamba-Ku yang soleh bebas dari keberatan dan gangguan dan kembali kepadamu
  5. Allah mengampunkan mereka pada akhir malam Ramadhan.

Rasulullah di tanya : Rasulullah apakah malam Lailatulqadar..? Jawab baginda : Bukan, tetapi seorang buruh di bayar upahnya bila  telah selesai pekerjaannya.

Saudara saya sering terdengar kebanyakan orang berkata, kata syaitan di belenggu..kenapa masih ada orang yang melakukan dosa dan maksiat..? Apa pendapat saudara..? Saudara..syaitan yang di belenggu itu adalah yang tersurat di firmankan Allah dalam Al-Qur’an untuk sekelian umat Muhammad, tetapi jangan kita hanya memandang kepada yang tersurat..sebaliknya koreklah  juga yang tersirat. Kerana yang tersirat itu adalah lebih besar maknanya, Allah kan suka memberi gambaran dan kiasan supaya kita berfikir menggunakan akal kita yang sihat agar dapat memangfaatkan segala nikmat yang Allah Ta’ala berikan.

Yang tersirat adalah pada diri kita sendiri, bukankah Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa syaitan itu masuk kedalam tubuh anak Adam a.s melalui darah dan terus mengalir ke qolbunya, bermakna syaitan itu di dalam diri kita..sebab di dalam diri kita ada unsur Api..kebiasaan orang yang melakukan dosa dan maksiat di bulan ramadhan adalah oarng yang tak puasa, jika ia berpuasa sekalipun puasanya itu hanya dapat lapar dan dahaga semata-mata, penat sajalah..sebab keikhlasan dalam melaksanakan itu penting saudara. Yang tersirat adalah bagi orang menjalani Puasa adalah ia menahan dan mengikat segala hawa nafsu jahatnya agar tidak merosak segala ibadah puasa kita.

Dan perbanyakkanlah memohon keampunan kepada Allah supaya kita di jauhi dari seksa azab api Neraka Jahannam, dalam Al-qur’an Allah telah menerangkan bahawa Neraka Saqar mohon kepada Allah agar di jauhi dari Neraka Jahannam lalu Allah bertanya kepada Neraka Saqar, mengapa demikian itu..? Sesungguhnya aku tidak sanggup berada bersebelahan dengannya kerana ianya lebih panas, lebih dasyhat dan lebih busuk dari sekelian Neraka.

Itu Neraka saudara yang mohon dengan Allah supaya ia di jauhkan, bagaimana pula dengan kita..? Apakah kita kebal dari seksaan azab Allah..? Apakah dengan amalan kita yang sedikit boleh membentengi kita dari azab Allah yang amat pedih..? Ingatlah saudara jika kita sombong kepada Allah maka Allah itu lebih sombong ( Mutakabbir ) dari kita. Kita hidup di dunia ini kena dengar dan gunapakai segala perintah Allah yang telah di sampaikan melalui Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kepada kita.

Saudara…jangan ingat bahawa Al-qur’an itu hanya di turunkan kepada “Muhammad” sahaja..bahkan untuk seluruh umat yang mahu beriman kepadanya, satu contoh yang dapat saya kongsikan bersama, bukan niat saya untuk mengubah ayat-ayat Allah, tapi saudara lihat dan renungilah sendiri.

Contoh ( Qulhuwallahu ahad, apakah ada bacaan yang lain selain dari itu, seperti  ” Qul ya Muhammad Allahu ahad “..? Ada..? Tidak ada bukan..? Ini menandakan Nabi S.A.W adalah mentor dan kita adalah proteginya, kita wajib bersyukur ke hadrat Ilahi kerana di kurniakan seorang Rasul yang mana mukjizatnya turun-temurun kepada kita semua sehingga akhir zaman. Malah ayat-ayatnya pula jika di baca kepada orang yang sakit dengan izin dari Allah maka dapat menyembuhkan si pesakit itu.

Al-qur’an tidak berguna jikalau  di simpan di dalam almari hanya sekadar di jadikan koleksi..tetapi jika ayatnya di baca baru ayat itu menjadi hidup, dan di hayati maknanya untuk di jadikan panduan di amalkan dalam kehidupan seharian. Saudara Allahu subhanahu wa ta’ala telah berfirman di dalam surah al-hasyr yang berbunyi :-

( Lau angzalna haazal qur’ana ‘ala jabalinla roaitahu khoosyi’an mutha tsoddi’an min khosyiyatillah, Sekiranya kami turunkan Al-Qur’an ini keatas sebuah gunung nescaya engkau melihat gunung itu khusyu’ serta pecah belah kerana takut kepada Allah )

Saya memohon maaf andai penyampaian saya begitu ringkas tetapi saya hanya sekadar insan biasa hanya untuk berkogsi ilmu pengetahuan dengan pembaca semua.  Tidak ada maksud lain..tujuannya ialah untuk dakwah, tidak kira di mana saja kita boleh berdakwah asalkan tidak menyusahkan mana-mana pihak. Wallahua’lam….

Jangan lupa tinggalkan komen

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: