Kenali Allah Sebelum Solat (bhg4)

Assalamualaikum..

Saudara pembaca yang setia…untuk membincangkan bab kenali Allah sebelum solat ini saya agak berhati-hati dalam untuk menukilkan perbahasan saya ini, ini kerana mutu penyampaian itu amat penting, tetapi saya hanya insan biasa pasti akan ada kesilapan. komen dari andalah yang akan menambahkan lagi kualiti penyampaian saya.

Saudara pembaca yang di hormati..saya lebih suka memetik kisah Nabi Ibrahim a.s dimana semua keturunannya adalah nabi, ini adalah kerana didikannya sejak dari kecil lagi sudah diberi tunjuk-ajar supaya beriman kepada Allah. Di mana keturunan baginda ialah nabi : Ismail, Ishaq, Ya’qub, Yusuf, Ayyub, Dzulkifli, Syu’aib, Yunus, Musa, Harun, Ilyas, Ilyasa’, Daud, Sulaiman, Zakariya, Yahya, ‘Isa ‘Alahimu Salam, dan Nabi Muhammad SAW, beliau kesemuanya adalah nabi.

Kita pada hari bukanlah nak supaya anak kita menjadi seperti nabi..tetapi didikan awal itu lebih penting seawal umur tiga tahun lagi kita dedahkan mereka dengan mengenali Allah melalui Asma’nya, mengenali Rasulullah melalui ajarannya dan mukjizatnya iaitu Al-Qur’an nul qarim.Ini baru dikatakan kenal Allah sebelum solat. Mengenal allah itu wajib, jika tidak untuk siapakah segala amal dan ibadah kita, sebab kita di ciptakan adalah untuk mengenal dan beribadah kepadanya, firman Allahu subhanahu wa taala yang berbunyi :-

( Wama kholaqtul jinnawal insyan illa liya’buduun, Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan beribadat kepadaKU )

Perintah Solat

Nah barulah perintah solat di wajibkan keatas sekelian umat manusia dan jin, setelah sampai seruan dari Ilahi Rasul kita di jemput mengadap Allah S.W.T di dalam peristiwa Israk dan Mikraj. Maka sejak dari itulah kita berhubung secara langsung dengan Allah taala, tiada hijab di antara kita dengannya sepertimana RasuL mengadap Allah Taala bezanya terpulang kepada keikhlasan kita beramal di dalam mencari keredhaan dan rahmat dari Allah.

Sesungguhnya solat lima waktu itu ada rahsia di sebaliknya, hanya sebilangan orang yang mengetahuinya kenapa adanya solat lima waktu itu. Sebenarnya solat itu semenjak dari zaman Nabi Adam a.s lagi sudah ada hanya belum di wajibkan keatas sekelian umat manusia. Waktu itu bukan terletak pada masa, waktu juga tidak terletak pada azan, azan itu hanya memberitahu dan menyeru supaya kita hadir untuk solat berjemaah. Sebenarnya waktu telah terletak  pada diri kita sendiri.

Solat subuh itu di lakukan oleh Nabi Adam a.s ketika ia sampai kemuka bumi ini, raka’at pertama ialah memohon ampun kehadrat ilahi dengan doa nya iaitu :

Al haqqu la ilaha illallah muhammadar rasulullah, Robbana dzholamna angfusana wa illam taghfirlana watar hamna lanaku nanna minadzoolimin”

Manakala raka’at kedua pula ialah baginda bersyukur kehadrat ilahi kerana di ampunkan dosanya dan di jadikan khalifah di muka bumi Allah ini. Dan banyak lagi rahsianya yang tak dapat saya jelaskan kesemuanya di sini kerana apbila semua rahsia di ceritakan bukanlah lagi rahsia, apabila ia terimpan rapi baru di katakan rahsia, jika dapat di huraikan dengan kata-kata maka bukan lagi rahsia.

Saudara pembaca yang di kasihi..suatu pertanyaan dari saya daif ilmu ini kepada saudara pembaca semua, apakah kita “Apply ” membuat permohonan untuk kita di adakan ataupun di hidupkan di dunia ini..?  Apakah ada orang yang memohon untuk  di adakan ataupun di lahirkan kedunia ini..? Jika nak menjawab sila jawab di ruang komen yang di sediakan. Kita tak minta kita dilahirkan tapi kita di paksa..dipaksa hidup supaya mengenalinya, mati juga kita di paksa, mengapa saya di paksa..? Apabila tiba ajal kita tidak di beri tempoh cepat dan lambat walau sesaat pun, kenapa kita di paksa..? siapa yang memaksa kita..? Sudah tentulah yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta.

Sudahlah di ciptakan kita atas bukan kehendak kita tapi kita di beri pula layanan yang baik, di sediakan pula makan dan minum, di beri pakaian, disediakan pula tempat tinggal dan di beri rezeki yang melimpah ruah, di kurniakan pula pasangan hidup yang di jadikan dari jenis kita sendiri tujuan untuk mengenali pasangan kita sepertimana kita wajib mengenali  pencipta, beruntunglah orang-orang yang menghargai peluang ini dengan bijaksana.Hanya kita yang di beri kelebihan untuk mengenalinya.

Sesungguhnya Allah benar-benar ikhlas mencipta kita dan menjadi khalifah di muka bumi ini untuk menjalani kehidupan  serta melaksanakan segala titah perintahnya, dan kita juga perlu ikhlas dalam melaksanakan titah perintahnya, bukannya mempersoalkan ganjaran dan pahala dari Allah, sebaliknya itu sudah termaktub di sisi Allah Ta’ala hanya sanya kita perlu melaksanakan tanggungjawab kita terhadap diri kita sendiri seterusnya di tujukan khas untuk Allah (Zat), firman Allahu ta’ala di dalam hadis qudsi yang berunyi

 Al-insaanul sirruhu wa ana sirruhu, Manusia itu adalah rahsiaKU, dan Aku adalah rahsianya )

Nah saudara kita sebenarnya adalah di tugaskan satu tugasan yang amat berat untuk di pikul oleh manusia biasa, kecuali manusia seperti nabi kita, para wali-wali Allah yakni orang yang mempunyai hubungan rapat dengan Allah. Dimana tugasannya ialah mengenal akan dirinya yang Hakiki baru kita kenal diri kita bagaimana kit di ciptakan Untuk mengenal Allah bukan bererti bukannya kenal ia sepertimana kita kenal makhluknya yang mempunyai tangan kaki dan mata, kenalinya melalui sifat kejadiannya selami hakikat kewujudan alam maya ini, siapa di sebaliknya..?

Untuk lebih jelas kita mengenalinya ialah melalui mukjizat yang di kurniakan kepada Nabi S.A.W iaitu al-qur’an yang menerangkan siapa itu Allah, firmanya yang berbunyi :-

( Allahunnu russamaa wa tiwal ardh, Allahu itu cahaya di langit dan di bumi )

Di dalam untuk memperjelaskan lagi ialah dengan mempelajari ilmu sifat 20 iaitu pakar rujuk segala andaian terhadap Allah. Jika ada seseorang berkata Allah itu begitu, Allah itu begini maka tempat rujuknya ialah sifat 20, sedangkan Allah itu:-

Lai sa kamislihi syai’, allah itu tiada seumpanya dan tiada serupa dengan sesuatu”

Pesan saya kepada semua pembaca, jangan sesekali ada perasaan buruk sangka terhadap Allah walaupun sedikit, contohnya seperti kita dalam keadaan susah, dan di tambah dengan kesusahan, maka sedikit sebanyak hati kita akan berkata bahawa Allah tidak menolong aku walaupun aku telah banyak kali berdoa, dah susah di tambah lagi susah, tak kiralah macam mana pun persaan anda yang pasti jangan sampai buruk sangka terhadap Allah, kelak kita sendiri yang binasa.Baiklah, kembali pula pada bab solat,

Abdullah bin Mas’ud berkata:-

(Siapa yang ingin menghadap kepada Allah sebagai seorang muslim maka hendaklah menjaga sembahyang lima waktunya, tepat ketika mendengar suara azan, maka sesugguhnya Allah mensyariatkan sunna nul huda( syiar agama ) dan sembahyang jemaah tepat pada waktunya itu termasuk dari sunna nul huda ( syiar agama ), maka demi allah andaikan kamu sembahyang di rumah masing-masing sebagaimana orang-orang yang tidak sembahyang jemaah, bererti kamu telah meinggalkan sunnat  ( tuntunan ) Nabimu, dan andaikan kamu meninggalkan sunnah Nabimu nescaya kamu tersesat.

Sungguh kami telah mengalami masa di mana tidak ada seorang yang meninggalkan sembahyang jemaah kecualiorang munafik yang terang-terang dan adakalanya seorang dari di dukung oleh dua orang untuk di tegakkan dalam shaf. Dan tiada seorang yang wuduk dengan sempurna kemudian menuju ke masjid dan sembahyang melainkan Allah akan mencatat untuknya tiap langkahnya satu hasanat, dan di naikkan satu darjat dan di ampunkan satu dosa, sehingga kami dahulu memperpendek-kan langkah kai supaya tambah banyak hitungan langkahnya. Dan sembahyang jemaah itu lebih afdhal, lebih banyak pahalanya daripada sembahyang sendirian dua puluh lima darjat.( petikan dari kitab Tanbihul Ghafilin )

Anas bin Malik r.a berkata bahawa Nabi S.A.W pernah bersabda :-

( Siapa yang sembahyang lima waktu berjemaah selama empat puluh hari tidak pernah ketinggalan satu raka’at, maka Allah akan mencatat dua kebebasan baginya 1, Kebebasan dari api neraka 2, kebebasan dari nifaq )

Ubadah bin Asshamit berkata Bbahawa Rasulullah bersabda yang yang berbunyi:-

Siapa yang wuduk dan menyempurnakan wuduknya, lalu berdiri untuk sembahyang maka menyempurnakan rukuk dan sujudnya dan bacaannya sembahyang itu berkata , Semoga Allah memeliharamu sepertimana engkau memeliharaku, kemudian dibawa naik ke langit bersinar bercahaya maka di bukakan pintu-pintu langi sehingga sampai kepada Allah ta’ala, lalu memintakan ampun yang melakukan sembahyang itu).

Sebaliknya jika tidak sempurna rukuk, sujud dan bacaannya, maka sembahyang itu berkata: Semoga Allah mengabaikan engkau sebagaimana engkau mengabaikan aku, kemudian dibawa naik ke langit di liputi kegelapan sehingga sampai ke langit maka tertutuplah semua pintu-pintu langit baginya, kemudian di lipat sembahyang nya itu bagaikan baju yang kumal lalu di pukulkan kemuka orangnya.)

Ada seseorang yang ingin jadi seperti Iblis, dahulunya iblis boleh di lihat oleh sesiapa sahaja, maka ia bertanya kepada iblis : Hai Abu Murrah ( Iblis ) Bagaimana caranya saya ingin berbuat seperti engkau..? Maka iblis pun berkata : Celaka engkau tidak pernah ada seorang pun yang ingin menjadi seperti aku, maka bagaimana engkau minta itu..? Orang itu menjawab: Saya ingin seperti itu. Iblis pun berkata: Jika benar engkau ingin menjadi seperti aku, maka lalaikanlah terhadap sembahyang, jangan hirau segala sumpah benar dan dusta.

Lalu orang itu menjawab : Saya telah berjanji kepada Allah tidak akan meninggalkan sembahyang, dan tidak bersumpah selama hidup. Maka iblis berkata : Tidak seorang pun yang belajar kepadaku dengan tipuan sedemikian ini selain engkau, dan saya telah berjanji kepada Allah tidak akan memberi nasihat baik kepada anak Adam selamanya

Kesimpulan

Kesimpulan dari penyampaian saya ini adalah untuk memberitahu bahawa kita tidak ada qudrat untuk melawan iradat ilahi keatas sekelian makhluk ciptaan nya, janganlah nun jauh di dalam diri kita ada kata-kata yang tiada suara bahawa aku tak minta untuk di lahirkan, kita sangka kita berkata kepada orang tua kita, sebaliknya kita mengungkit terhadap kebijaksanaan dan kebesaran Allah. Oleh itu awaslah wahai anak Adam perhatikanlah setiap amalmu jangan sampai ada sifat ujub dan riak di dalam nya, sebaliknya sia-sia sahaja amalan kita.

Kerana di khuatiri setiap amal kita hilang ikhlas timbul sifat menunjuk-nunjuk, merasa ada kelebihan pada diri pun riak, bangga dengan diri pun riak, oleh itu berhati-hatilah di dalam mengerjakan segala amal ibadah agar terpelihara dari sifat-sifat mazmumah.

Ads by AdGenta.com

Jangan lupa tinggalkan komen

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: