Kerakusan Nafsu

Assalamualaikum…

Bagaimana pendapat saudara tentang  perhimpunan “ Bersih ”..? Apakah ia suatu pembaharuan pembentukan kerajaan baharu..? Ataupun hanya suatu tindakan di mana menunjukkan sikap tidak berpuashati  terhadap layanan kerajaan..? Mari kita fikirkan apakah wajar di Negara kita ada perarakan seperti  ini dimana terikut-ikut cara Yahudi memberontak terhadap pemerintah atau mengadakan agenda untuk kepentingan diri sendiri.

Nabi S.A.W pernah bersabda :-

( Ulamak itu sebagai orang yang memegang dan meneruskan amanat ( Tugas ) para rasul, selama mereka tidak campur dengan pemerintah (Penguasa ) dan tidak terjerumus dalam keduniaan, maka apabila mereka telah campur dengan pemerintah dan masuk dalam keduniaan, maka pasti mereka mengkhianati para  Rasul ( Yakni menyalahi ajaran-ajaran Rasul ), maka jika sedemikian jauhilah mereka dan berhati-hati dari mereka.

( Hadis petikan dari tanbihul ghafilin )

Jika di zaman Nabi Ibrahim a.s baginda menentag Raja yang zalim dengan kebijaksanaan, bukan dengan kelemahan diri, baginda tidak memberontak sepertimana kita memberontak tehadap pemerintah seperti yang berlaku baru-baru ini. Baginda menghadapi pemerintah yang zalim pada ketika itu dengan sendiri bukan mengajak umatnya ikut serta dalam reformasi baginda, sebaliknya baginda menghadapi sendiri dengan kebijaksanaan dan pengorbanan yang tinggi demi untuk umatnya.

Saya di sini bukan untuk membuat cerita untuk menarik perhatian pembaca dengan mereka-reka cerita tetapi adalah untuk sama-sama kita fikirkan bagaimana untuk kita menghadapi dunia pada hari ini yang penuh dengan kerakusan nafsu mengejar keuntungan dunia, sebaliknya Akhiratlah yang kekal abadi selamanya.

Sabda Nabi S.A.W lagi yang berbunyi :-

( Tiada seorang yang bertambah dekat kepada pemerintah ( Penguasa ) melainkan bertambah jauh dari Allah, dan tiada seorang bertambah banyak pengikut melainkan banyak pula syaitannya, dan tidak bertambah banyak hartanya melainkan berat hisabnya (Perhitungannya ). Yakni mungkin menjilat kepada penguasa bererti bertambah jauh dari dari tuntunan ajaran yang di redhai oleh Allah S.W.T ).

Memberontak atau mengadakan agenda tertentu terhadap pemerintah ( Penguasa ) adalah di tegas di dalam islam, ajaran para Walisongo amat menentang keras mengadakan pemberontakan terhadap penguasa, kerana penguasa adalah Umarak yakni pemimpin, walau macam manapun ia tetap pemimpin. Sebaliknya berunding mencari jalan penyelesaian bukan bertindak tanpa berfikir panjang, akibatnya orang sendiri akan memandang kepada kita bahawa segala tindak tanduk kita benar ataupun tidak, hari demi hari umat manusia lebih bijak berfikir, bukan bertindak tanpa berfikir.

Saat demi saat, hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun pemikiran kita sentiasa di pengaruhi oleh anasir  yahudi, apakah kita sedar akan jarum pemikiran yahudi yang telah menusuk ke dalam dada dan pemikiran kita..? Ada di antara kita yang sedar dan ada yang tidak kerana tenggelam dalam agenda yang sama, iaitu meraih keuntungan dunia semata-mata. Amat jarang kita dengar orang berani menyeru ke jalan yang di radhai Allah, kerana tindakan itu kadang-kadang kekal, kadang-kadang bersifat  hanya sementara.

Jika perkara yang bathil amat mudah untuk di contohi dan di ikuti, jika perkara yang haq amat sukar untuk di contohi dan di ikuti kenapa..? Kerana kita jarang di dedahkan dengan mengenai hal ini, kebanyakan orang hanya sibuk mengejar kekayaan, kehormatan dan kedudukan untuk di kenali ramai kerana nya, bukan kealimannya, maka terhapuslah tujuan sebenarnya kita di hantar kedunia ini. Sedangkan Allah S.W.T telah berfirman yang berbunyi :-

( Wa quljaa alhaaqu wazahaqol baathil, innal bahathila kaana zahuqo, Apabila telah datang yang haq maka terhapuslah yang bathil, sesungguhnya yang bathil itu akan lenyap apabila datangnya yang haq )

Jika kita memilih untuk menjadi masyhur di dunia maka masyhurlah kita, jika kita memilih untuk masyhur di sisi Allah maka jalan mukmin yang perlu kita ikuti, untuk menjadi seorang mukmin ada tiga perkara :-

1.) Tinggalkan dunia sebelum kita meninggalkan dunia, maksud  ambil hanya yang menjadi keperluan selebihnya di tinggalkan, yang menjadi keperluan utama ialah tiga :-

1.) Makan dan minum

2.) Pakaian

 3.) Tempat tinggal

2.) Hitung amalan sebelum di hitungkan, yang di waktu pagi dan petang sentiasa memikirkan bagaimana kesudahan kita apabila sudah tamat tempoh berkelana di bumi Allah ini, apakah sudah cukupkah bekalan kita.

3.) Siapkan kubur sebelum kita di kuburkan, yakni mempersiapkan bekal untuk menghadapinya sewaktu di alam Barzakh iaitu “ Checkpoint “ sebelum menuju ke jambatan sirath dan seterusnya ke syurga Allah. Adapun empat perkara untuk menghadapinya :-

1.) Solat, sewaktu malaikat Mungkar dan Nangkir datang dari arah kepala, jika baik solat kita maka solat akan menahan dan berkata ianya menjaga solatnya.

2.) Zakat, malaikat Mungkar dan Nangkir datang dari arah kanan maka zakatnya menolak dan berkata, ia banyak mengeluarkan zakat tanpa mengharapkan pulangan.

3.) Bakti, bakti kepada kedua ibubapa, manakala ia datang dari arah kedua kaki dan bakti menolaknya dan berkata, sesungguhnya ia berbakti kepada orang tuanya tanpa mengeluh dan berkira.

4.) Sedekah, manakala ianya datang dari arah kiri kita dan sedekahnya menolak dan berkata, ia banyak mengeluarkan sedekah dan sedekah nya sempurna, yakni tanpa di ketahui ramai orang.

Saudara..untuk mendirikan sebuah Negara Islam mestilah berlandaskan ajaran yang Rasulullah bawa, yakni berlandaskan Kitab Al-Qur’an serta mengikuti segala hukum-hakam yang terkandung di dalamnya, jika kita gagal mematuhi hukumnya, maka kita gagal untuk mendirikan sebuah Negara Islam, contohnya  Solat, jika kita gagal mennyempurkan solat maka kita gagal menegakkan agama kita, ianya berkait rapat dengan soal kehidupan kita. Negara Islam di dirikan atas dasar hukum hakam dan keperluan masyarakat umum yang di utamakan, bukan atas dasar memenuhi kehendak nafsu sendiri seterusnya merobohkan satu tiang utama dan yang lain akan ikut roboh serentak.

Seharusnya perkara ini tidak berlaku di dalam Negara kita. Negara kita adalah contoh kepada negara-negara islam dan yang lain am nya. Kebanyakan negara luar memandang dan menghormati dasar perlembagaan kita, bukankah negara kita  seharusnya  menjadi contoh ?  bukan dengan menunjukkan sifat-sifat yahudi yang ada dalam diri seorang islam …? saya rasa agama lain pun tidak mengajar kita untuk membuat sesuatu dengan menyusahkan orang lain dan sekelilingnya.  Dengan berdemonstrasi kononnya dapat apa  yang dihasratkan tanpa  memikirkan orang lain dan mempunyai sifat.. pedulilah apa orang lain nak kata ini hak kita……maka ini suatu kebodohan yang kita tidak sedari dimana kita juga bertindak tanpa menggunakan akal yang waras. Sebaliknya kita akan rugi dan menyesal, untuk jangka masa yang panjang….apakah kesudahannya..?

Ini adalah termasuk dalam hal menzalimi diri sendiri dan saudaranya, Sabda Rasulullah S.A.W  yang berbunyi:-

( Siapa yang berasa berbuat zalim pada saudaranya berupa kehormatan dan harta, hendaklah ia meminta halal sekarang juga, sebelum di tuntut pada hari yang tidak ada dinar atau dirham ( Wang emas atau perak ) maka jika ia mempunyai amal soleh diambil menurut kadar kezalimannya, dan bila tidak mempunyai amal soleh, maka diambil dari kejahatan orang itu untuk dipikulkan keatasnya )

( Sanadnya dari Abu Laits As-Samarqandi, Tanbihul Ghafilin )

Ayuhlah saudara-saudaraku sama-sama kita bina perpaduan di kalangan sesama umat islam amnya, bukan persengketaan yang kita cari, bukan kekayaan yang kita kumpul, bukan kedudukan yang kita kejar, tetapi perpaduan di kalangan umat islam itu sendiri yang perlu kita titik beratkan, jika tiada perpaduan di kalangan sesama kita maka amat senang untuk orang menindas kita dengan jalan mudah mereka menghasut kita supaya berpecahbelah sesama kita. Apabila hati kita tidak lagi bersatu di antara dengan yang lain, maka ini adalah peluang bagi orang untuk mengetahui akan kelemahan kita. Fikir fikirkan lah…

Jika taat setia kita kepada Raja yang memerintah Negara sudah tidak ada dalam setiap individu rakyat Malaysia khasnya orang islam…..bagaimana kita nak membina sebuah Negara Islam yang berdaulat..? Sedangkan Sultan yang memiliki kerajaan di Malaysia sebagai pemerintah dan ketua agama, kita sebagai rakyat sepatutnya  hanya mengikutnya apa yang telah termaktub…bukan menentangnya…jika ada ketidak puasan hati maka di bawa bicara,  bukan mengadakan demonstrasi, ini ke ciri-ciri orang islam yang kita nak tunjuk kepada mata dunia.. saudara-saudaraku sedar atau tidak… titik-titik kemusnahan Negara Islam yang berdaulat akan berlaku sekira perkara seperti ini berterusan….jadi apa yang hendak kita wariskan ke generasi selepas kita ?  Apa bekalan yang kita bawa untuk kesana….dan apa yang kita tinggalkan untuk anak cucu kita..untuk menjadi ikut-ikutan yang baik…….

Saya menulis bukan atas dasar tujuan nak berpolitik tetapi mengajak saudara menghindar dari perkara yang bathil yang boleh menjerumuskan kita kepada perkara shubahat  yang melibatkan keruntuhan moral dan akhlak yang Rasulullah tonjolkan. Sabda Rasulullah S.A.W  yang berbunyi :-

( Terimalah daripadaku enam, saya jamin kamu masuk syurga,  Jika berbicara jangan dusta, jika berjanji jangan menyalahi, dan jika di percaya ( diamanati ) jangan khianat, dan pejamkan matamu, dan jagalah kemaluanmu dan jagalah tangan dan kakimu dari segala yang haram, nescaya pasti akan masuk kedalam syurga tuhanmu )

Akhir kata saya mohon maaf andai bicara saya ini kurang di senangi oleh pembaca tujuan saya tidak lain dan tidak bukan hanya berdakwah ke jalan kebaikan kerana yang baik itu datang dari Allah dan yang tak baik itu juga datang dari Allah hanya untuk menguji sifat kehambaan dan kelemahan kita di sisinya. Wallahua’lam……

Ads by AdGenta

Jangan lupa tinggalkan komen

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: