Akidah “Peribadi Cemerlang”

Bismillahil aaliyyil adzhim la hau lawala quwwata illa billah… Assalamulaikum..

Baru-baru ini saya berjumpa dengan sekeluarga yang mempunyai masaalah gangguan di dalam kehidupan,  masaalah itu datang adalah dengan kehendak Allah jua, yang pasti ada hikmah di sebaliknya. Sebab setiap manusia di ciptakan adalah untuk menyelesaikan masaalah, bukan lari dari masaalah. Setiap ujian yang datang pasti ada sebab dan musababnya, Kerana Allah nak mengingatkan kita sama ada  waktu itu kita sedar ataupun tidak. Tajamkanlah asahlah minda anda supaya sentiasa peka akan musibah atau ujian yang datang adalah untuk mengingatkan kita dan menguji kita sama ada kita berada dalam keadaan sedar ataupun tidak, ramai orang yang tidak sedar akan hal ini kerana kita tidak dapat memintas ruang waktu yang sentiasa berjalan nampak perlahan padahal ia berlalu meninggalkan kita.

Setelah saya bermusyawarah dengan hamba Allah ini, terbukalah satu kisah dimana ada orang berkata kepada beliau bahawa Nabi “ Muhammad “ S.A.W  itu penipu besar… nabi S.A.W  tak ajar semua kepada kita apa yang nabi S.A.W tahu. Dan lagi katanya barangsiapa tahu akan nama Allah yang ke seratus tak perlu solat kerana di jamin masuk syurga na’uzubillahi minzalik…saudaraku…dan katanya lagi sebenarnya solat ini tidak ada kerana Muhammad yang reka Allahu Akhbar…kenapa agaknya..? Dunia ini  hendak kiamat  ke atau apa sebenarnya..?

Saya bertanya kepadanya…mana satu dalil yang mengatakan Muhammad itu penipu..? Mana satu dalil yang mengatakan tahu nama Allah yang ke seratus di jamin masuk syurga..? Dan mana satu dalil yang mengatakan kita tak perlu solat..? Saya juga bertanya kepadanya jika Muhammad itu penipu maka kita semua penipu ke..? Kenapa barang yang sudah terang lagi mahu bersuluh..? Saya  juga berkata kepadanya kalau mahu ingkar kepada Allah boleh..tapi boleh tak jangan duduk dan berpijak di bumi  Allah..? Dan jangan makan dari rezeki pemberian Allah..?

Masya’Allah kemana perginya sifat kehambaan kita kepada Allah..? Kemana perginya keimanan kita kepada Allah dan Rasulnya..? Tidak takutkah kita kepada ancaman dan azab seksaan Allah yang tidak terperi azabnya..? Bukankah Allah selalu mengingatkan kita tentang ancaman dan azab seksanya di dalam kita Al-qur’an yang sering kita baca dan mendengarnya. Allah telah mengingatkan kita di dalam hadis Qudsi yang berbunyi :-

” Andai engkau taat beribadah kepadaku.. sekalipun itu tidak menambahkan kekuasaanKU, jika engkau ingkar kepadaku.. sekalipun itu tidak mengurangkan kekuasaanKU “

Bukankah kita yang teramat rugi saudaraku..orang yang semacam ini kebiasaan nya tidak memahami dan mengetahui secara mendalam tentang ” Hakikat Muhammad ” di dalam kehidupan kita seharian, Nabi S.A.W pernah bersabda bahawa :-

” Aku pernah di turunkan ke dalam jasad Adam, aku pernah di turunkan ke dalam jasad nabi Idris, aku pernah di turunkan ke dalam jasad nabi Nuh, dan aku juga pernah di turunkan ke dalam jasad nabi Sulaiman “

Baginda juga pernah berkata Aku adalah dari Hussin, dan hussin adalah dariKU. Fahamilah saudaraku..saya rasa tak perlu saya jelaskan dengan panjang lebar bab ini kerana anda tentu semua sudah faham akan maksud dari kata-kata di atas. Baginda amat risaukan keadaan kita di akhir zaman, baginda solat malam sehingga bengkak kakinya memohon kehadrat Ilahi supaya di beri kasih dan sayang kepada umatnya, Allah juga kasih dan sayang kepada hambanya.

Itu sebabnya apa maksiat, mungkar dan kezaliman yang kita lakukan di beri tangguhkan balasan nya tetapi, persiapkanlah wahai anak Adam ketika engkau di bangkitkan untuk di hisab amalan nya di padang mahsyar kelak, di sana tidak sesiapa pun yang dapat terlepas walau barang sebesar zarah sekalipun, bagaimana mungkin boleh terlepas kerana Allah itu ” Maha Cahaya ” di antara cahaya dan” Maha Ghaib ” di antara yang ghaib. Janganlah rosak kan iktiqod dan keimanan kita dengan pemahaman yang salah, janganlah jadikan diri kita yahudi, kelak kita yang binasa sendiri, itu sebabnya kita di suruh beriman kepada Allah dan Rasulnya.

Bukankah terang dan jelas di dalam Al-qur’an  Allah mengatakan,

Laqodjaa akum rasuulum min angfusikum, Bukankah Aku telah mengutuskan seorang rasul dari kalangan kamu “

Paling asas sekali bukankah rukun iman menyuruh kita beriman kepada rasul…mereka masih beriman bahawa beroleh syurga andai mengetahui nama Allah yang ke seratus..tetapi mengapa pula tidak beriman kepada rasul utusan Allah yang membawa risalah Allah..? Tetapi beliau masih waras lagi untuk memikirkan mana yang betul dan tak betul untuk di ikuti. Penulis cuba beri sepatah dua kata kepadanya mana yang saya tahu atas kurnian Allah untuk memperbetulkan keadaan agar beliau tidak terus terfikir jalan manakah untuk di ikuti. Beliau juga pening katanya orang ni cakap tak perlu solat..sedangkan dah beribu tahun dahulu dah wujud…beliau ada mengatakan beliau keliru…

Saya juga kasihan melihat mereka dalam keadaan keliru,  saya  menerangkan kepada mereka tentang perintah solat yang di sebarkan oleh rasulullah adalah ketika berlakunya peristiwa israk dan mikraj, ketika nabi S.A.W mikraj kelangit naik ke ” Sidratul Muntaha” seterusnya mengadap Allah S.W.T untuk menerima perintah solat daripada lima puluh waktu menjadi lima waktu tetapi tetap di kira sebagai lima puluh waktu juga fadhilatnya. Seterusnya saya terus menyambung lagi perbualan dengan mereka untuk mengetahui apakah selanjutnya bermain dalam benak fikiran mereka.

Saya menerangkan kepada mereka kenapa kita perlu solat, dan kepada siapa kita sembah kepada siapa kita sujud..? Kita perlu solat adalah kerana ia suatu perintah wajib dari Sang Pencipta yang mampu memberi mudharat kepada kita dengan azab seksanya  andai kita ingkar kepadaNya. Mengapa perlu solat..? Sebab solat itu adalah untuk mencegah diri kita dari perbuatan mungkar, syirik, khurafat, bida’ah dan murtad. Sebab itu kita sentiasa di seru lima kali sehari semalam untuk melaksanakan solat  meninggalkan sementara aktiviti atau pekerjaan yang kita lakukan seharian.

Dan  lagi saya menerangkan kepadanya bahawa di dalam Al-qur’an Allah telah menjelaskan bahawa sembahlah “ Zat “ tuhanmu sebagai untuk mengingati Aku, jadi solat yang kita dirikan adalah sembah kepada Zat kenapa..? Apa itu Zat..? Zat itu adalah diri Allah yang hakiki dan zat itulah yang berkuasa, jadi sudah pasti kita akan tunduk dan sembah kepada yang Maha Kuasa.

Seterusnya kita sujud kepada Af’aarullah yakni “ ADAM “ a.s di mana Allah menerangkan dengan jelas di dalam surah Al-Baqarah di mana Allah menyuruh Iblis sujud tetapi iblis ingkar. Bukankah terang dan jelas dalil Allah Ta’ala memberitahu kepada kita, mengapa kita tidak guna dan hayati di dalam kehidupan dan amalan kita..? Ini adalah hakikatnya solat..Persoalan ini telah saya tuliskan dalam perbincangan saya yang telah lepas mengenai kenali Allah sebelum solat.

Sebab solat hanya syari’at tanpa hakikat tidak sempurna..hakikat tanpa syari’at tidak sah..jadi kedua-duanya perlu seperti dimana ada nama “ Allah ” di situ ada nama “ Muhammad ”. Berhati-hatilah saudaraku kepada orang yang seperti ini, di sangkakan orang kafir yang hendak menyesatkan orang islam..ini orang kita sendiri yang asalnya beragama islam.

Mereka ini sangat pandai dan arif dalam memanipulasikan pemikiran kita kerana mereka ini kadang-kadang orang yang terpelajar, hujahnya itu boleh membuat seseorang terikut dengan kata-katanya yang berseni bagi orang yang meringankan solat. Mereka ini tidak lain dan tidak bukan hanya mencari keuntungan dunia semata-mata sanggup mempengaruhi orang lain dengan mengajak orang supaya tak payah solat, mana yang lemah dan keliru seterusnya termakan pujuk rayu sehingga membawa kepada kesesatan yang nyata.

Dunia pada hari ini amat ramai konco-konco iblis dan syaitan dari kalangan manusia yang mengajak manusia kepada kehancuran, jika di kampung saya kebiasaan mereka ini yang mempelajari ilmu ketuhanan tetapi tidak mencapai apa yang mereka cari, maka inilah padahnya jika ingin berfikir sendiri tidak mahu merujuk kepada guru akhirnya, dia memutar belitkan hadis dan menyebarkan hal-hal yang bertentangan dengan hadis dan sunnah dan juga Ahlul sunnah Waljamaah. Mereka terasa seolah-olah tidak di beritahu kesemuanya dan banyak yang guru rahsiakan seterusnya menimbulkan suatu pemikiran untuk mengelirukan orang lain dengan pemikiran jahatnya.

Awas!!! Orang seperti ini bijak berbicara tetapi buruk sifatnya, umpama ayam jantan yang berkokok di atas para menunjukan kejantanan nya tetapi di duburnya penuh dengan najis. Ingat pesanan dan kata-kata rasulullah bahawa sesungguhnya aku di utuskan adalah untuk menyempurnakan akidah. Inilah yang dikatakan fitnah terbesar di akhir zaman iaitu fitnah Al-Masih Al-Dajjal. Perbanyakanlah wahai saudaraku membaca doa’ pelindung dan menghindar dari fitnah Dajjal ketika selesai solat subuh setiap hari, itulah salah satu permintaan baginda selepas peristiwa “ Israk dan Mikraj “.

Sebab itu kita di galakkan  menghafal sedikit sebanyak hadis Rasulullah untuk di jadikan panduan dan pedoman hidup, sekurang-kurangnya hadis empat puluh. Andai timbul suatu khabar yang berupa menghasut atau menyesatkan maka rujukan nya adalah hadis , jika orang berbicara tentang Allah begitu Allah begini maka rujukan nya adalah kitab Qur’an dan Sifat dua puluh.

Firman Allahu subhanahu Wa Ta’ala yang berbunyi :-

( Innasyaithaana lakum aduwwun fatta khidzuhu aduwwa, Sesungguhnya syaitan itu musuh bagimu, maka perlakukan ia seperti musuh, dan jangan menmurut kepadanya meskipun ia bersumpah memberi nasihat padamu, Maka seseorang yang berakal dapat membezakan keterangan dari lawan, maka mengikut kawan dan meninggalkan lawan)

Dan tanda orang yang bodoh itu empat :-

( 1) Marah tanpa alasan, 2) Menurutkan hawa nafsu dalam bathil, 3) Memboros harta tanpa kepentingan, 4) Kurang ( Tidak ) dapat membezakan kawan dari lawan, sehingga banyak mengikut kepada lawan iaitu syaitan )

Firman Allah lagi yang berbunyi :-

( Afa tattakhidzhuunahu wadzurriyatahu auliya’a min duuni wahum lakum aduwwun, bi’sa lidh dzhalimiina badala, Apakah kamu menjadi syaitan dan anak cucunya itu sebagai Walimu (Pimpinanmu) selain dari Aku..? padahal syitan itu bagi kamu sebagai musuh, sungguh sebusuk-busuk ganti bagi orang-orang yang zalim )( Al-Kahfi  ayat 50 )

Dan tanda orang yang berakal itu ada empat :-

( 1) Sabar menghadapi kebodohan, 2) Menahan nafsu dari yang bathil, 3) Mengeluarkan harta pada tempatnya, 4) Dan dapat membezakan antara kawan dengan lawan )

Di dalam surah Al-A’raf ayat 27 yang berbunyi :-

( Ya bani Adam laa yaftinannakum as-syaithaanu kamaa akhraja abwaikum minal jannati, Hai anak Adam janganlah terkena fitnah dan godaan syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan ayah bundamu  dari syurga )

Sebagai seorang muslim atau mukmin wajib memohon pertolongan bantuan dari Allah untuk menghadapi semua musuh-musuh itu sebab bilah telah dapat hidayah dan petunjuk  yang berupa pertolongan Allah maka ringanlah menghadapi semua musuh itu.

Shalih meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdurrahman bin ziyaad berkata :-

Ketika nabi  Musa a.s sedang duduk , tiba-tiba Iblis datang dengan memakai songkok yang berwarna –warni macam-macam, dan ketika dekat kepada nabi Musa a.s Iblis membuka topi dan nabi Musa a.s bertanya siapakah kamu..? Jawabnya aku Ibis, mengapa kamu datang kemari..? Jawabnya memeberi salam kerana kedudukanmu di sisi Allah, Untuk apakah topi itu..? Jawabnya untuk mencuri dan menawan hati anak Adam a.s , Nabi musa a.s berkata..beritakan kepadaku dosa apakah yang jika di lakukan oleh anak Adam kamu dapat menguasainya..?

( “ Idzha a’jabathu nafsuhu wastakhsaro amalahu wanasiya dzanbahu istahwaztu ‘alaihi, Jika ia ujub berasa bangga diri, dan telah berasa banyak amalnya, dan lupa dosanya, maka di situ aku berkuasa padanya “)   Masya’Allah…..

Contohi Akhlak Rasulullah

Jangan lupa tinggalkan komen

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: