Merdeka

Bismillahir rohmanir rohim…

 

Setahu  saya anda semua tentu ingat akan suatu tarikh keramat di dalam Negara kita, iaitu pada tanggal 31 Aug 1957 di mana Negara kita merdeka bebas daripada cengkaman penjajah.  Sempena kedatangan bulan merdeka saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan yang daif dari saya yang kerdil ini, pada 31 Aug 1957 negara kita telah bebas dari cengkaman penjajah hidup kita menjadi bebas tidak perlu risau lagi akan ancaman dari dari komunis ataupun penjajah.

Namun yang perlu di risaukan adalah penjajah minda anak muda kita pada hari ini, tidak kira muda mahupun dewasa juga turut terjajah dek kerana pengaruh yang begitu mendesak untuk kemajuan nafsu. Sebetulnya bukanlah teknologi yang moden..akan tetapi nafsu yang moden..dari nafsu lahirlah suatu teknologi moden, jajahan minda ini sangat halus sehinggakan kita sendiri tidak perasan bahawa diri kita telah di jajah. Bagaimana fikiran anda semua..? Sedarkah bahawa minda kita telah di jajah atau di racuni sedikit demi sedikit hari demi hari kita tenggelam dalam arus kemodenan.

Fahamilah benar-benar akan maksud merdeka, ianya tidak jauh dengan perjalanan sirah nabi S.A.W yang berlaku ketika peristiwa Israk dan Mikraj.  Peristiwa israk dan mikraj berlaku memang tetap berlaku dan tercatit di dalam kitab suci Al-Qur’anul karim tetapi pengertian dari israk dan mikraj itu yang kita perlukan, jangan hanya kita memandang kepada kisahnya sahaja tetapi pandanglah pada hakikat dan pengertian nya.

Kisah yang berlaku ketika peristiwa israk dan mikraj kepada baginda S.A.W beribu tahun dahulu tetapi hakikatnya sampailah hingga ke hari ini berlaku di dalam masyarakat kita, Contoh seperti orang yang sedang memikul beban di atas bahunya, sudah tidak mampu tetapi masih ingin menambahkan lagi beban nya, inilah kesan hakikatnya terasa hingga ke hari ini. Sesuatu amanah yang di amanahkan kepada kita namun kita tidak menjaga amanah itu dengan sepenuhnya, sebaliknya  amanah itu kita serahkan  pula pada orang yang bukan layak menerima amanah itu, inilah dia hakikat dari kisah peristiwa israk dan mikraj itu.

Sudahlah ianya tak mampu memikul amanah itu namun ia tetap juga untuk memikul amanah tersebut, sudah ada beban di atas bahu tetapi mahu lagi di tambah beban itu untuk menunjuk bahawa ianya mampu memikul tanggungjawab tersebut, sudahnya beban itu sendiri menghempapnya pula. Ukurlah dengan kemampuan diri jangan di bebani dengan beban tanggungjawab yang kita tidak mampu menanggung nya, pakai baju ukurlah badan sendiri.

Sangat jelas hakikatnya yang boleh di lihat pada hari ini tentang peristiwa di atas, ianya telahpun berlaku dalam koloni kita pada hari ini. Saya ingin menyentuh sedikit bab mengenai Dajjal, inilah yang di katakana kita perlu membaca doa’ menjauhi daripada fitnah Al-Masih iaitu Dajjal. Fitnah dajjal telah pun berlaku dalam  kehidupan kita pada hari ini saudara, bagaimana kita boleh mengenal fitnah nya dajjal..?  Mungkin senang mungkin susah bagi sesetengah orang untuk mengenali fitnah dajjal kerana ianya berasaskan logik pada fikiran sehingga kita sendiri tidak sedar apakah itu fitnah ataupun realiti.

Jika kita boleh mengenal pasti mana dia yang dikatakan benar ataupun tidak maka jiwa kita akan bebas daripada penjajah, dan inilah yang dikatakan “ Merdeka ” , Merdeka jiwa dan raga merdeka Negara. Jika fikiran kita masih di jajah bagaimana kita hendak merdekakan Negara..? Jika pemikiran kita bebas dari penjajah barulah Negara tercinta kita ini merdeka dalam erti kata yang sebenarnya. Belum tentu lagi orang yang berlilit serban atau berjubah itu telah bebas dari jajahan minda, kerana apa yang kita lihat hanyalah luaran nya tapi apakah kita tahu bagaimana pemikiran nya pula..? Sangat sukar saudaraku..

ramai orang yang mengaji al-qur’an tetapi berapa ramai pula orang  yang ikut hukum hakam dalam al-qur’an..?  Al-Qur’an bukan sekadar bahan bacaan tetapi hendaklah di amalkan dalam kehidupan seharian.

Fahamilah benar-benar wahai saudaraku akan maksud sebenar merdeka..janganlah jadikan diri kita ini orang yang tiada pedoman hidup, selamilah hakikat merdeka…bukan menyambutnya dengan pelbagai  maksiat dan kemungkaran..itu bukan dinamakan merdeka tetapi mungkar…orang makin maju kita makin mundur. Sebaliknya bukan itu caranya menyambut kemerdekaan…sebaliknya lakukan penyediaan  perubahan dan penghijrahan diri kita sebelum datangnya bulan merdeka.

Begitulah yang berlaku keatas nabi S.A.W  ketika peristiwa israk dan mikraj iaitu perubahan perjalanan hidup sebelum menerima satu amanah yang begitu besar untuk di sampaikan kepada umatnya, seterusnya perubahan itu di teruskan semenjak perintah solat itu di terima hinggalah ke hari ini, inilah baru di katakan merdeka. Lihat saudaraku sebenarnya nabi S.A.W dulu yang merdeka sebelum kita…tetapi lihatlah bagaimana nabi S.A.W  melakukan perubahan  perjalanan hidup setelah di merdekakan..Nabi S.A.W terus melakukan perubahan perjalanan hidup umatnya dengan menyebarkan risalah dari Robbnya demi menyampaikan amanah Allah keatas umat manusia. Ini yang di perlukan untuk menyambut kemerdekaan bukan nya dengan menunjukan kemunduran diri.

Sabda Baginda S.A.W yang berbunyi:-

“ Muru bil ma’arufi wainlam ta’malu bihi wanhau anilmungkar, wa inlam tantahu anhu, Anjurkanlah kebaikan itu meskipun kamu belum dapat mengerjakan nya, dan cegahlah segala yang mungkar meskipun kamu belum menghentikan nya ”

Anas r.a berkata baginda bersabda lagi yang berbunyi:-

“ Sesungguhnya di antara itu ada yang menjadi pembuka untuk kebaikan dan penutup kepada dari kejahatan, dan ada juga manusia yang  menjadi pembuka kejahatan dan penutup kebaikan, maka sungguh untung bagi orang yang di jadikan Allah sebagai pembuka kebaikan, dan binasalah bagi orang yang dijadikan Allah pembuka kejahatan itu di tangan nya, Ertinya orang yang menganjurkan kebaikan dan mencegah kemungkaranitulah pembuka kebaikan dan penutup dari kejahatan, dan ia termasuk sebagaimana Firman Allah:-

( Walmukminuuna wal mukminaatu ba’dhuhum auliya’u ba’dhi, ya muruuna bil makruufi wayanhau na anil mungkar, Orang-orang mukmin lelaki dan perempuan sesetengahnya menjadi wali pembantu pada setengahnya, menganjurkan kebaikan dan mencegah dari mungkar )

”Hadis petikan dari kitab  tanbihul ghafilin”

Merdeka jiwa..merdeka raga..merdeka fikiran..bebas dari pengaruh jajahan nafsu barulah dikatakan merdeka..merdeka..merdeka..merdeka..merdeka…

2 responses to this post.

  1. Very good write-up. I certainly appreciate this
    site. Keep writing!

    Reply

Jangan lupa tinggalkan komen

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: