Israk Mikraj

Tsollallahu robbuna alanuril amin..Ahmadan mustofa syayidil mursalin..wa aala alihi watsohbihi ajmain..

 

Sempena  kedatangan hari ( Israk dan Mikraj ) ini saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan yang hanya umpama air di hujung jarum, tentu anda semua ingat akan apakah itu peristiwa israk dan mikraj yang berlaku kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W manusia paling istimewa di kalangan manusia banyak. Apakah pengertian dan hakikat dari peristiwa tersebut..? Itu yang perlu kita ambil perhatian sedalam-dalamnya, bukan sekadar mengetahui cerita yang tersurat tetapi harus mengerti akan yang tersurat.

 Di dalam  Al-Qur’an Allahu subhanahu wa ta’ala telah berfirman:-

( Sesungguhnya aku turunkan Al-Qur’an itu menjadi dua bahagian, satu bahagian adalah muhkamat dan satu bahagian lagi adalah mutasyabihat ),

Muhkamat yakni terang dan jelas dan mutasyabihat bersifat samar sehingga ada sebahagian Ulamak berbeza pendapat kerananya, sehingga ke hari ini kitab qur’an masih belum habis lagi di kaji  kerana setiap kali di kaji pasti ada sahaja perkara baru yang timbul,  sedangkan hal itu sudah beribu tahun berlalu di zaman Rasulullah.

Baiklah apa yang cuba saya ingin kongsikan di sini ialah, apa yang nabi nak kita terus melakukan nya sehingga akhir zaman,  perkara utama adalah nabi nak kita terus jaga adalah ( Solat ) kerana dalam peristiwa mikraj ialah nabi menerima perintah solat dari lima puluh waktu turun sampai hanya lima waktu sahaja, tetapi fadhilatnya tetap lima puluh waktu yang kita dapat, subhanallah….Maha Pemurah Mu ya Allah…

Jika nabi S.A.W mikraj dengan Allah S.W.T secara langsung dengan Roh dan Jasad…bagaimana pula dengan kita…? Bagaimana kita mikraj dengan Allah S.W.T..? Mikraj antara kita dengan Allah S.W.T adalah ketika solat, kerana kita berhadapan dengan Allah secara langsung pada waktu kita sedang solat dan tidak ada perantaraan, oleh sebab itulah kita perlu menjaga solat sepertimana yang rasulullah mahu, kerana solat itu mempunyai Roh nya tersendiri, nabi S.A.W bersabda:-

( Setiap seorang dari kamu apabila selesai solat maka roh solat akan naik mengadap ke hadrat Allah S.W.T mempersembahkan solat setiap dari orang yang mengerjakan nya, andai kita lalai di dalam solat atau lalai dari mengerjakan nya maka roh solat akan mengadu kepada Allah, ya Allah sesungguhnya dia melalaikan aku maka engkau lalaikanlah ia ya Allah, masyallah…andai kita di lalaikan oleh Allah maka terputuslah rahmat dari Allah, mahukah kita di lalaikan oleh Allah…)

Perkara kedua yang rasulullah mahu ialah, apabila mendengar laungan muadzin atau azan wajib kita menjawabnya, kerana barangsiapa menjawab azan maka seolah-olah umpama ia sedang azan, jika muadzin melaungkan azan seberapa jauh kedengaran suara azan maka selagi itulah setiap makhluk Allah memohon ampun bagi orang yang melaungkan azan termasuklah ulat dalam batu dan kayu tabarokallah….

Jika ada di antara kita yang mendengar azan tetapi tidak menjawabnya, maka inilah yang dikatakan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran orang-orang yang bisu dan tuli, kerana mendengar tetapi pura-pura tak dengar, maka inilah orang tergolong dalam golongan orang-orang yang membutakan matahati mereka dan tidak mahu menerima seruan perintah agama. Didiklah hati dan anak isteri kita supaya mengikuti segala seruan rasulullah seperti diatas supaya diri dan anak isteri kita beroleh rahmat dari Allah sepanjang masa, kalau kita nak berdakwah..dakwahlah diri kita dahulu, baru anak dan isteri kita, seterusnya ahli keluarga kita barulah orang lain.

Perkara ketiga yang nabi S.A.W mahu kita lakukan ialah memohon Wasilah baginya agar daripada wasilah ini baginda dapat menyelesaikan masaalah umatnya ketika hari Yaumul Mahsyar nanti kelak. Bagaimana memohon wasilah keatas baginda..? Setiap selepas selesai azan bacalah doa’ selesai azan dari mula sampailah di mana anda menyebut ( Aati sayyidina muhammadanil wasiilatawal fadhilat ), saya rasa tak perlulah saya terangkan semuanya mengenai doa’ selepas azan ini, bukankah kita selalu dengar TV yang baca doa’ selesai azan ini,  bukankah Allah S.W.T telah berjanji akan memberi wasilah hanya kepada seorang manusia yang terpilih sahaja, mudah-mudahan bagindalah manusia yang terpilih itu.

Perkara keempat yang nabi S.A.W nak kita lakukan ialah lakukan solat sunat sehari semalam sebanyak dua belas raka’at jika mampu, solat sunat yang di maksudkan ialah selepas maghrib dua raka’at sebelum isyak dua raka’at selepas isyak dua raka’at sebelum subuh dua raka’at selepas zohor dua raka’at dan sebelum asar dua raka’at, kalau tak mampu sekalipun sekurang-kurangnya dua raka’at sunat dhuha dan tiga raka’at witir, kerana Allah amat suka kepada witir yakni ( Ganjil ).

Pesanan nabi S.A.W yang kelima ialah membaca doa setiap selepas selesai subuh, apakah doa’ itu saudara..? Doa’ supaya di lindungi dari fitnah Al-Masih Al-Dajjal, Bagaimana doa’nya..? Saya ringkaskan sedikit doa’ yang berbunyi:-

( Allahuma inni aa’uzibikamin ‘azaab bilqobri, Allahuma inni aa’uuzubikaminal kufri walfakri, Allahum inni aa’uzukamin fitnathil masiihi dajjal, wa aa’uzubikamin fitnathil mahya wa fitnathi mahaathi )

Mohon ilmuan perbetulkan jika ada salah penyampaian saya mengenai doa’ diatas.

Mengapa rasulullah mahu kita membaca doa’ ini setiap hari…? Kerana kita semua akan berdepan dengan fitnah dajjal yang terbesar di antara fitnah-fitnah yang ada, sehingga golongan-golongan Ulamak yang terpedaya dengan fitnahnya dajjal ini.

Ram,ai orang mengatakan bahawa dajjal muncul nanti dengan mata satu, bukan mata satu..dia adalah seperti manusia biasa juga seperti kita, bak kata nabi S.A.W orangnya bermata sepet berambut kerinting dan kulitnya putih seperti kita juga bermata dua dan di dahinya tertulis kaf fa ro yakni kafir. Pesan nabi S.A.W apabila berjumpa dengan orang seperti ini maka bacalah doa’ pelindung dari fitnahnya dajjal.

Bagaimana dikatakan dajjal itu bermata satu..? Yang di maksudkan dengan mata satu ialah kedatangan nya hanyalah satu iaitu kemusnahan dunia, ini yang di katakan mata satu, jika hendak di cerikan kisah kemunculah dajjal ini sungguh panjang dan tak mampu untuk saya terangkan kesemuanya, Wallahua’lam….

Israk pula adalah sebuah perjalanan yang terjadi kepada rasulullah menaiki kenderaan yang telah di sediakan oleh Allah untuk kekasihnya lebih laju dari roket atau teknologi moden zaman ini, mana tidaknya malam itu pergi malam itu juga balik, kenderaan yang baginda naiki ialah hanya haiwan ciptaan Allah iaitu Buraq atau di kenali dengan nama Baghal. Setibanya di masjidil Al-Aqstso nabi menambat tali buraq tadi di tiang masjidil Al-Aqtso kenapa..? Sedangkan kalau nabi tak tambat talipun haiwan itu takkan lari…mengapa..?

Perjalanan itu ialah suatu perubahan atau pembaharuan di dalam kehidupan manusia, yakni penghijrahan diri dari kufur menjadi syukur, dari ingkar menjadi taat, dari sombong mnejadi mulia, dari bakhil menjadi pemurah, dari sesat menjadi lurus, dari pemabuk penjudi menjadi berguna dan dari kafir menjadi beriman, dan tali buraq yang nabi S.A.W tambat pada tiang itu ialah jika semua perubahan itu berjaya kita lakukan maka ikatlah ketat-ketat dan ikatlah kuat-kuat nafsu kita dari melakukan semula perbuatan yang telah kita  tinggalkan.

Kesimpulan:-

Dari apa yang nabi inginkan ialah tidak lain dan tidak bukan melainkan nabi nak kita menjadi manusia berpegangan taat dan beriman, dan menjaga semua amanah yang di berikan, seterusnya membawa perubahan di dalam diri kita semua. Rasul itu utusan Allah, yang memikul adalah muhammad, muhammad awal muhammad akhir, muhammad zahir muhammad batin, zahir dia batin pun dia, awal pun dia akhir pun dia, jadi mana muhammad batin dan mana muhammad awal sama-sama kita mencari Hakikatnya Muhammad.

One response to this post.

  1. Ilmu yg sgt bermanfaat…terima kasih share ilmu tuan

    Reply

Jangan lupa tinggalkan komen

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: