Syahadat

 Salam persaudaraan dari saya buat semua para pembaca, hari ini saya ingin membincangkan soal syahadat, yakni kesaksian atau penyaksian kita terhadap kewujudan Allah dan kepada Penghulu sekelian Rasul yang menyampaikan Agama rasmi di kalangan umat manusia pada hari ini.

 

( Ash’hadu anllaa ilaha illalah, Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang di sembah melainkan Allah, wa ashadu anna muhammadar rasulullah, dan aku naik saksi bahawa muhammad itu pesuruh Allah )

Baiklah mari kita tanya pada diri kita sejauh manakah kesaksian atau penyaksian kita terhadap kewujudan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, sejauh manakah..? Apakah sudah cukup dengan hanya mengucap dua kalimah syahadat kesaksian atau penyaksian itu kita telah benar-benar tergolong dalam golongan orang yang benar-benar islam..? Islam itu bukan sekadar anutan..tetapi lebih dari itu.

Islam itu adalah Agama, anutan, penghayatan dan Akhlak dan syari’at sesungguhnya Nabi S.A.W pernah besabda :-

( Sesungguhnya Aku diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak),

seterusnya membina umat islam menjadi bersatupadu membina kekuatan jiwa dan rohani. Jangan hanya memandang  kekuatan yang nabi bina itu hanya semata-mata untuk berperang tetapi sebaliknya Baginda hendak membina kekuatan jiwa dan rohani umatnya supaya berpegang  teguh dengan syahadatnya.

Sejauh manakah penyaksian kita tentang kewujudan Allah…? Bagaimana untuk mengenali Allah..? Bagaimana kita hendak bersaksi bahawa Allah itu pencipta sekelian makhluk atas muka bumi ini..? Yang menciptakan alam barzakh, yang menciptakan alam akhirat, yang menciptakan syurga dan neraka dan yang akan memberi pembalasan keatas sekelian makhluk  pada hari kebangkitan kelak, jika amalnya baik maka baiklah yang di terimanya, jika buruk amalnya maka buruklah tempatnya.

Kita bersaksi bahawa kewujudan Allahu subhanahu wa ta’ala itu adalah melalui perantaraan Nabi Muhammad S.A.W yang membawa khabar berita gembira bagi umat zaman baginda, setelah baginda menerima wahyu pertama di gua hira’ yaitu tentang pengenalan pertama untuk mengenal Allah, kerana wahyu pertama yang baginda terima adalah:-

 ( Iqra’ bismi robbika ladzhi kholaq..Bacalah dengan nama tuhanmu yang menciptakanmu )

Nah saudara, Nabi S.A.W di beri pengenalan tentang kewujudan yang Maha Kuasa, dan di jemput untuk lebih mengenali sang pencipta, alangkah beruntungnya menjadi tetamu kehormat yang Maha Agung dan Maha dalam pengetahuan nya dan Maha pengatur segala urusan, bukankah itu kesaksian Nabi yang pertama terhadap Allah S.W.T..?

Seterusnya Nabi dijemput menjadi tetamu agung kepada yang Maha Agung di dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj membawa baginda dari alam zahir ke alam jabarut ( Sifat ) dan seterusnya ke alam lahut ( ketuhanan ) untuk menerima segala tugas untuk di sampaikan kepada seluruh umat baginda, seterusnya penyaksian baginda itu baginda sebarkan kesuluruh umatnya demi untuk mentarbiah dan membentuk keimanan dan akhlak umat manusia supaya beriman kepada Allah yang mana tiada tuhan yang di sembah selain Allah, itu rangkap pertama dalam syahadat. Jika Nabi S.A.W mi’raj dengan Allah S.W.T secara langsung bagaimana pula dengan kita..? Bagaimana kita mi’raj dengan Allah S.W.T..?

Mi’raj kita dengan Allahu subhanahu wa ta’ala adalah solat..kerana solat itu kita berhadapan dengan Allahu subhanahu wa ta’ala secara langsung tiada perantaraan yakni ( ROH ) kita yang menghadap kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Cahaya..jadi kita sentiasa tenggelam dan berada di dalam cahayanya, surah An-Nur.

Rangkap kedua pula ialah,

( Wa ashaduanna muhammadar rasulullah..Dan aku naik saksi muhammad itu pesuruh ( utusan ) Allah )

Apakah penyaksian kita terhadap baginda..? Bagaimana kita menjadi saksi kepada baginda..? Sehingga orang di Madinah mengalu-alukan kedatangan baginda dengan puisi dan syair yang indah, ( Thola’al badrul a’alaina, telah menjelma sudah bulan purnama ). Penyaksian kita terhadap baginda sangat mudah bagi orang yang ingin beriman kepadanya, genggamlah erat-erat rukun iman, simpulah ketat-ketat rukun islam sepertimana Nabi menyimpul tali buraq di tiang masjidil Al-Aqtso, dan beriman kepada khabar yang baginda bawa, dan kita menjadi saksi kepada baginda ialah baginda itu diangkat oleh Allah adalah dari kalangan manusia juga seperti kita.

Firman Allahu ta’ala di dalam surah At-Taubah yang berbunyi:-

( Laqodja akom rasuulum min angfusikum, Sesungguhnya telah datang seorang rasul dari kalangan kamu sendiri yaitu ( Nabi Muhammad S.A.W )

Bukan sekadar itu sahaja saudaraku…malah lebih dari itu untuk kita amalkan di dalam kehidupan seharian, seterusnya menyambung pula perjuangan baginda yang lebih besar yaitu berjihad melawan nafsu untuk meneguhkan jiwa dan rohani di samping memerangi kaum jahiliah. Apa yang kita dapat dari penyebaran khabar gembira dari Rasulullah…?

Perkara pertama ialah beriman kepada tuhan yang dimana Nabi juga beriman, yakni mengenal akan tuhan yang layak di sembah, kedua membina akhlak dan ketamadunan umat islam, membina penyatu-paduan di kalangan umat islam, mendidik manusia berpuasa supaya merasai bagaimana ni’mat menahan lapar dan dahaga, iaitu membina kekuatan dalaman ( Rohani ) dan membina kekuatan jasmani ( jiwa ), menahan hawa nafsu dari melakukan perkara yang boleh membatalkan syahadat, seterusnya mengerti akan kesusahan orang lain.

Kita juga wajib mengetahui perkara-perkara yang boleh membatalkan syahadat, seperti tidak yakin dengan ketentuan ilahi keatas diri kita, mengeluh akan nasib yang menimpa kita, sehingga ada yang berkata bahawa,

Aku sembahyang dah lama tapi tak dapat apa tuhan tak bantu pun aku..dah puas aku berdoa”..

Ini adalah pengalaman penulis sendiri yang mendegarnya apabila di tanya kepadanya tak sembahyang ke..? Inilah salah satu perkara yang membatalkan syahadat, seterusnya kita harus mengucapnya kembali, disini kita telah hilang penyaksian kita terhadap Nabi S.A.W yang membawa berita dari Allah, dan seterusnya hilang penyaksian kita terhadap Allah S.W.T yang menentukan segalanya. Jagalah lidah kita, perbuatan kita, pergaulan kita sesama jiran tetangga yang mana di dalam setiap perbuatan itu takut kalau-kalau boleh membatalkan syahadat kita. Waliyazubillah…

Jika untuk menceritakan semua disini tak mampu untuk saya menulis kesemuanya, pergilah ke kedai yang menjual buku-buku ataupun kitab, belilah dan baca untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan beli buku ataupun kitab mengenai ilmu Fiqoh, Bimbingan Mukmin karangan Imam Al-Ghozali, ilmu Tauhid dan sebagainya. Ilmu tidak akan datang sendiri melainkan kita berusaha untuk mencari dan memilikinya sepertimana kita ingin memiliki sebuah kereta mewah, kita sanggup bekerja keras untuk mencapai cita-cita kita, begitu juga ilmu pengetahuan yang jauh lebih berharga jika di bandingkan dengan kereta mewah. Jika nak di bandingkan dengan nilai maka tidak nilai yang boleh di samakan dengan ilmu.

Ilmu adalah penyuluh sama ada di dalam gelap mahupun terang untuk mancari bekal pulang untuk di serahkan kepada yang Maha Adil untuk menetukan amal baik buruk kita, tidak ada satu pun yang akan terlepas di hadapan Allah Azza Wajalla setiap amal perbuatan kita walau sebesar zarah sekalipun akan dibalas baik ataupun buruk. Dengan ilmu jugalah manusia mampu membezakan mana yang baik dan buruk, tetapi ada juga manusia yang mengerti tetapi tidak mahu mengerti, oleh itu harus di beri pengertian, mereka ini masih juga melakukan maksiat kepada Allah mengikut hawa nafsu nya, janganlah kita tergolong di dalam golongan orang-orang seperti ini, bila dah tua nanti baru nak taubat dan baru nak menyesali perbuatan nya.

Apakah umur kita ini berada dalam genggaman kita sendiri..? Apakah hidup kita ini kita yang aturkan sendiri..? Apakah nyawa kita ini berada dalam tangan kita sendiri..? Apakah kita ini tidak di ciptakan…? Apkah kita tahu bila nyawa kita akan tercabut..? Renungilah saudaraku bahawa tidak satu pun berkuasa keatas makhluk di muka bumi ini melainkan Allah Azza Wajalla, dan tidak ada manusia ataupun syaitan yang boleh menyesatkan manusia lainnya melainkan kita sendirilah yang tersesat. Seperti sabda baginda S.A.W yang berbunyi:-

( Sesungguhnya Aku diutuskan untuk menyeru umat manusia ke jalan terang dan benar tetapi aku tidak berkuasa untuk memberi hidayah, begitu juga iblis dia diutuskan untuk berseru kepada jalan kemungkaran tetapi tidak berkuasa untuk menyesatkan )

Masya’allah….berhati-hatilah saudaraku jangan sampai segala tindak tanduk kita boleh membawa kepada kemungkaran dan kesesatan dan boleh membawa kepada terbatalnya syahadat kita, jangan ingat sekali kita lafazkan syahadat maka tak perlu lagi mengulanginya, mengikut para ahli sufi sesaat terlupa akan Allah maka terbatal syahadatnya.

Masya’allah…sedangkan anti virus pun kena sentiasa kemaskini inikan pula syahadat yang di mana kita sentiasa lupa akan Allah, hanya ketika susah sahaja baru kita ingat tetapi di waktu lapang kita sibuk dengan hal dunia. Ya allah…lindungilah aku dari sifat tercela dan perbuatan mungkar yang boleh membawa aku maksiat kepadaMu ya Allah…jauhilah aku dari sifat kejelikan ya Allah…ya Allah bentengilah aku dengan keimananku kepadaMU dan RasulMU ya Allah…teguhkanlah akhlak dan peribadiku ya Allah… lindungilah aku dari azab kubur ya allah.. lindungilah aku dari fitnah Al-Masih waldajjal.. amiiin..ya Robbal  alaminn….

Jangan lupa tinggalkan komen

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: