Jiwa Yang Tenang

Tafakur

Di dalam Al-Qur’an Allah S.W.T telah berfirman di dalam surah Al-Fajr ayat 27 dan 28 yang berbunyi:-

( “Yaa ayyatuhan nafsul muthmainnah, irji’i ila robbiki roodhiatam mardhiah, Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kamu kepada tuhan penciptamu dengan redha lagi diredhai “)

Bagaimana untuk kita  mencapai tahap jiwa yang tenang ini saudara..? Apakah ada jalan untuk mencapai tahap ketenangan ini..? Sudah tentu ada jalan nya, setelah mengimani bahawa Tuhanlah yang layak di sembah dan menjalani syari’at yang wajib, maka untuk mencapai jiwa yang tenang ini kita juga perlu menjalani tarekat juga. Dengan jalan tarekat baru kita boleh mencapai jiwa yang tenang, contoh tarekat yang perlu di amalkan ialah seperti tarekat naqsyabandiah, tarekat syatariah dan banyak lagi, penulis sendiri mengamalkan tarekat naqsyabandi ajaran Sheikh Bahaudin Al-Naqsyabandi.

Untuk menjalani sesuatu tarekat perlulah kita merujuk kepada guru yang Mursyid atau yang disahkan boleh mengajar kepada orang lain, kerana terlalu banyak orang yang terpesong mengikuti sesuatu tarekat tanpa hujung pangkal, bagi mereka mengamalkan tarekat adalah memohon sesuatu daripada Allah S.W.T, permohonan pula yang pelik-pelik sehingga boleh bercanggah dengan akidah ahli sunnah waljamaah, akibat terlampau taksub dengan memuja nafsu dan asyik dengan zikir yang dialunkan sehingga membawa kepada kesyirikan, na’uzubillahi minzalik…

Saudara…berzikir adalah memuji keagungan dan kebesaran Allah…bukan untuk meminta-minta, tanya pada diri kita apakah layak untuk kita meminta-minta kepada Allah sedangkan suruhan nya dan seruan Rasulullah masih lagi terumbang-ambing untuk kita menunaikan nya, inikan pula untuk meminta-minta. Memang benar saudara.. kata Allah S.W.T di dalam firman nya:-

(“Ud’uni astajiblakum, mintalah kepadaku nescaya akan ku kabulkan permintaan kalian“)

Tetapi lihatlah dengan cara apa kita memohon, memohon sesuatu hajat dan keinginan adalah dengan cara berdoa’..bukan di dalam zikrullah..zikrullah adalah tempat untuk memuji kepada sang yang Maha Bijaksana dan Maha Cahaya…perbetulkan I’tiqod kita di dalam menjani sesuatu ibadah pasti mendapat keredhaan dan naungan rahmat dari Allah S.W.T subhanallah….inilah yang perlu kita mencarinya..bukannya sibuk dengan memuja nafsu kita semata-mata, apabila berzikir dengan tujuan untuk memohon sesuatu

hajat maka kita sanggup untuk berzikir sehingga berpuluh-puluh ribu tanpa rasa penat, jika hajat tidak tercapai maka kecewa dan terus meninggalkan nya tanpa ada rasa sifat rendah diri dan sifat kehambaan terhadap Allah subhanahu wata’ala.

Inilah yang di katakan memuja kepada nafsu sendiri seterusnya membawa kepada syirik yang tersembunyi, na’uzubillah…selain dengan cara berzikir ada juga dengan cara bertafakur di dalam untuk mendekatkan diri kita kepada Allah subhanahu wa ta’ala, iaitu mencari diri yang hakiki dan meraih “Karomah Diri” seterusnya membawa kepada Daya Rasa dan keinginan untuk kita mencapai ketahap jiwa yang tenang. Bartafakur sekurang-kurang nya lima belas minit atau dua puluh minit pasti kita akan rasa apa yang kita cari sebelum ini, bertafakur dengan cara pengolahan pernafasan sama halnya ketika kita berzikir sesetengah zikir memerlukan olahan pernafasan untuk mencapai zauk dan masyuk  ketika menjalani  ibadah di dalam untuk mencari keredhaan Allah.

Setelah kita menjalani proses tafakur yakni latihan olahan pernafasan kita akan mengetahui dimanakah diri kita yang sebenarnya, seterusnya membawa kepada Daya Rahsia pengenalan yang di luar adab kemanusiaan ( Khowariqul a‘adah ) yakni rahsia yang orang lain tidak akan memperolehinya dengan cara selain dari proses tafakur, proses tafakur atau di kenali dengan sebutan meditasi ini memerlukan tunjuk ajar dari orang yang di iktiraf juga sepertimana juga menjalani tarekat, kerana jika tidak melalui guru maka berguru dengan syaitanlah jawabnya.

Jika ingin bertarekat memerlukan guru untuk pengijazahan maka begitu juga dengan tafakur ataupun olahan pernafasan juga memerlukan pengijazahan dari guru juga oleh itu wajib mencari guru untuk bab ini, setelah kita menjalani proses olahan pernafasan ini kita sendiri yang akan rasa apa itu rahsia di sebalik tafakur ataupun olahan pernafasan ini, tidak ada sesiapa yang boleh menceritakan pengalaman menjalani ibadah ini kerana ia memerlukan penghayatan di dalam tatalaku nya.

Begitu juga solat yang khusyuk…siapakah yang boleh menceriterakan perihal solat khusyuk ataupun tidak…adakah selepas solat ada orang menceritakan..oh!!!aku betul-betul khusyuk dalam solat tadi…ada tak..? Tiada kan, begitu juga dengan latihan penghayatan olahan pernafasan ini anda sendiri yang akan melaluinya apakah rahsia yang anda akan miliki bergantung niat dan tujuan. Ini penulis sendiri mengamalkan nya, tujuan nya adalah bukan untuk mempromosikan keilmuan di sini, tetapi untuk berbagi ilmu pengetahuan sama-sama kita menghayati dan lalui pengalaman yang mungkin orang lain tidak milikinya dan sungguh beruntung bagi orang yang memilikinya. Sekali lagi saya ingatkan di sini bukan bertujuan untuk mempromosikan keilmuan, tetapi adalah untuk berkogsi apa yang saya lalui dan hayatinya, dan supaya anda juga lalui apa yang saya hayatinya.

Untuk mengetahuinya lebih lanjut bolehlah saudara/i menghubungi saya melalui email untuk keterangan lanjut berhubung tafakur atau latihan olahan pernafasan, ini kerana supaya anda benar-benar faham akan maksud dan tujuan, berfikir sesaat itu lebih baik dari ibadah sunat selama tujuh puluh tahun. Sesuatu rahsia tidak akan datang kecuali kita mencari dan menemuinya kemudian menghayati… itulah rahsia di dalam rahsia, baru mencapai maksud yang di katakan jiwa yang tenang apabila telah mengenal yang di dalam rahsia itu melalui rahsia juga, tetapi keilmuan ini bukan lagi rahsia…hampir seluruh pelusuk negara yang mengetahuinya.

Jika berminat sila berhubung dengan saya mengenai latihan olahan pernafasan atau tafakur ini dan hantarkan pertanyaan anda ke alamat email saya:-

perjalananmukmin@gmail.com

One response to this post.

  1. Posted by Farid Noruzi on 31 March 2015 at 22:48

    ada typo untuk ayat quran tu. should be “Ya Ayyatuhann”

    Reply

Jangan lupa tinggalkan komen

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: