Mengenal Allah (bhg4)

" Allahuma sholli a’ala syayidina muhammadin a’dadama ilmillahhis solatan da imatan bidawami mulkillah "

Ads by AdGenta.com

Mengenal Allah itu wajib jatuh pada fardhu a’in, maka kenali diri itu juga wajib, kenali diri termasuk aspek lahir dan batin, dan juga martabat nafsu kita. Mengenal tidak sama dengan kenal, kenal hanya solah-olah orang menyebut oohh.. aku kenal dia ni.. adakah ia benar-benar kenal akan orang yang dia sebut tadi..? Begitulah umpamanya orang yang mengenal, mengenali diri tujuan beribadat kepada Allah, kenapa kita di wajibkan solat..? Ini persoalan yang wajib di ketahui oleh segenap lapisan manusia yang beriman kepada Allah.

Di dalam diri manusia ada tujuhbelas sendi besar penghubung antara anggota, maka solat juga tujuhbelas raka’at sehari semalam, di dalam diri kita juga ada tigabelas urat nadi yang besar, maka solat itu juga ada tigabelas rukun, mengikut kiraan saintis dahulukala rambut kita ada tiga ratus enam puluh helai, maka setahun ada tiga ratus enam puluh hari untuk kita melaksanakan ibadat solat kita kepada Allah S.W.T.

Perkara utama dalam solat adalah mengabdikan diri pada Allah dengan seikhlasnya bukan sekadar mengharapkan balasan, perkara kedua adalah untuk  menggerak-kan kesemua sendi utama tadi supaya ianya juga tunduk kepada penciptanya yang Maha Agung dan dapat melakukan latihan pergerakan badan setiap pergerakan ruku’ dan sujud. Tigabelas urat yang besar tadi pula adalah untuk melancarkan peredaran darah kesegenap wilayah anggota badan agar  semua wilayah yang memerlukan darah tadi dapat berfungsi dengan baik ketika ruku’ dan sujud, dan di dalam sujud pula otak juga berfungsi dengan baik kerana otak mendapat oksigen.

Solat juga dapat menyembukan tigabelas jenis penyakit, ketika ruku’ dapat menyembuhkan penyakit di bahagian perut dan juga sendi tulang belakang, ketika sujud pula sangat banyak mafaatnya,  otak berfungsi dengan baik, memulihkan ingatan, oksigen dapat mengalir ke otak, darah turun ke kepala dan mengendurkan kesemua urat yang tegang kerana berkeadaan seperti bayi dalam kandungan.

Para saintis barat yang mengkaji tentang solat telah memeluk agama islam kerana teruja dengan kelebihan yang ada di dalam solat, Solat juga dapat mencegah dari perbuatan mungkar dan  khurafat, di sini kita akan masuk pula bab mengenali martabat  nafsu, syaitan jin dan iblis. Mana yang dikatakan bahagian nafsu, bahagian nafsu ialah berangan-angan ketika dalam mengerjakan solat, ketika sujud..sujud bersama nafsu mengadakan tuhan lain di samping Allahu ta’ala., ini amat hina…maka munculah syaitan pada ketika itu untuk menambahkan lagi lamunan di dalam solat.

Mana yang di katakan syaitan..? Bagaimana syaitan itu muncul..? Syaitan muncul atas sebab kita yang create dia supaya ia muncul, bagaimana fikiran pembaca semua..? Syaitan itu ada di mana sahaja manusia berada, jika di tambah dengan ciptaan dan khayalan kita maka bertambah rapat lagilah ia dengan kita, nafsu kita umpama sensor dan cctv kepada syaitan, jika sensor ini sensor alarm kereta jika kita hampir sahaja kepada kereta , maka alarm alarm kereta terus berbunyi, baru lalu tepinya sahaja, begitu juga nafsu kita sensor kepada syaitan.

Sebab makhluk yang bernama nafsu ini berkawan rapat dengan syaitan sejak dari alam jabarut lagi yakni sebelum penciptaan Adam a.s, Allahu ta’ala pernah memanggil nafsu dan bertanya kepadanya, siapakah tuhanmu..? Nafsu enggan mengaku bahawa Allah  adalah tuhannya yakni penciptanya, lihatlah betapa angkuhnya makhluk yang bernama nafsu ini. Nabi S.A.W pernah bersabda dan dalam tulisan saya yang sebelum ini juga saya pernah tulis sabda Rasulullah yang berbunyi:-

(“ Tuhan manusia yang paling hina di muka bumi ialah nafsu ”)

Mengapa Nabi S.AW bersabda demikian..? Kerana menusia sanggup melakukan apa saja demi untuk memuskan nafsunya, seterusnya dalam masa yang sama tanpa di sedari dia telah bertuhankan nafsunya, apabila bertuhankan nafsu maka bertuhankan juga pada syaitan, na’uzubullahi minzalik…inilah yang dikatakan syirik kahfi di dalam sembahyang, syirik ini tiada siapa yang dapat menegur saudara pembaca, kerana ianya qodim tak nampak dengan perbuatan, tetapi di dalam  penghayatan terhadap nafsunya na’uzubillahi minzalik…bukankah penghayatan itu di tujukan khas buat sang kholiq…bukan selain darinya. Harus berhati-hati di dalam menjalani ibadah agar terpelihara daripada sifat mazmuumah.

Mengapa ia di gelarkan syaitan..? Kerana tindak-tanduknya melebihi dari perbuatan jin yang jahat maka ia di gelarkan syaitan, Iblis pula keinginan nya lebih tinggi berbanding jin dan syaitan, jin itu konco syaitan dan syaitan itu suruhan iblis, lihatlah betapa ramainya bala tentera iblis untuk menyesatkan anak cucu cicik Adam.a.s kelembah kehinaan agar jauh dari redha Allah semata-mata irihati dan dengki, barangsiapa di antara kita mempunyai sifat irihati dan dengki maka ia tergolong dalam golongan jin syaitan dan iblis laknatulla, hanya berwajahkan manusia yang menutupi ciri-ciri golongan ini masya”Allah…tiliklah dirimu rata-rata, agar kamu kenal dirimu dengan nyata dan kenal tuhanmu dengan sempurna. Bertafakurlah walau sesaat demi untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Saya juga menyeru kepada diri saya dan saudara pembaca agar sama-sama kita menghijrahkan diri kita agar kita mencintai Allah dan Rasul dan agar di cintai pula oleh Allah dan Rasulnya, agar  beroleh keselamatan dunia dan akhirat, Abu laits As-Samarqandi meriwayatkan dari sanadnya dari Abu Ubaidah berkata: dan telah berkata Abdullah bin Mas’ud

(“ Annajaatu fisnataini, attaqwa wanniyat, walhalakufis nataini, alqunuuthu wali’jab,  keselamatan dalam dua macam: taqwa dan Niat, binasa juga dalam dua macam: putus harapan dan ujub ( Sombong )

Hadis di atas mengingatkan kita supaya mengenali I’tiqod dan nawaitu supaya tidak terjerumus kelembah kehinaan, untuk itu kita wajib mengetahui akan permusuhan syaitan dan mengenal tipu dayanya, Rasulullah S.A.W bersabda yang berbunyi:

(“ As-syaithoonu yajhri minbni aadam majrod dhami, Syaitan itu berjalan di dalam tubuh anak Adam mengikuti aliran darahnya ”)

Sanadnya dari Safiyah binti Jahsyi, Nabi S.A.W bersabda lagi yang berbunyi:-

(“ Bu’istu daai’yan wa muballighan walaisa ilayya minal hidayytai syai’un, wa khuliqo ibliisu muzayyinan walaisa ilahi dzhallalati syai’un, Aku diutuskan untuk berseru dan tabligh menampaikan ajaran, dan tidak ada padaku kekuasaan padaku untuk memberi hidayah wala sedikit pun. Dan Iblis pula di jadikan untuk merayu, berbisik dan memperhias dan tidak ada kuasa menyesatkan sedikit pun ”)

Jika di fahami hadis di atas iblis tidak ada kuasa untuk menyesatkan kita, bahkan kitalah yang tersesat dengan bujukan rayu dari iblis dan syaitan masya’Allah…renungilah saudaraku…bagaimana kita hendak mencapai mukmin yang sebenar jika ini tidak kita kenali manakah yang dikatakan tersesat dan menyesatkan…tabarokallah…

Jangan lupa tinggalkan komen

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: