Peringatan

Assalamualaikum…

Ads by AdGenta.com

Saudara pembaca yang dikasihi, baru-baru ini kita di gemparkan dengan berita yang mengejutkan dari Nasa, jika kebiasaan kita dengar “ Gunung berapi ” yang meletus kini bebola api yang meletus yakni “ Matahari”,  bagaimana fikiran anda..? Adakah ini hanya satu fenomena ataupun suatu pertanda mengingat-kan kepada kita tentang akhir zaman, Rasulullah S.A.W pernah bersabda suatu peristiwa ketika “ Isra’ dan Mi’raj ” bahwa Nabi S.A.W telah melihat bumi ini sudah tua, itu sewaktu zaman Nabi S.A.W, sudah berapa ribu tahun berlalu…bukankah  kita semua berada pada saat bila-bila masa sahaja “ KIAMAT ” ini akan berlaku. Saudara pembaca, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman dengan anda semua, mungkin ini jika di ceritakan  akan menimbulkan geli hati di kalangan saudara semua tetapi ini adalah pengalaman penulis sendiri.

Dua bulan yang lepas penulis bangkit dari tidur di pagi hari, telefon bimbit penulis tertera nombor seperti tahun “ 2014 ”, pada mulanya penulis buat tak tahu je..sekali bila di lihat nombor tu berada di mode skrin lock, penulis terfikir juga siapa yang tulis..dua kali waktu bangun pagi dan sekali waktu telefon dalam poket pun masih mode kunci, sehingga ke hingga hari ini nombor tu penulis simpan untuk memikirkan apakah sebenar-nya yang Allah nak tunjuk-kan. Nombor itu tertulis dalam keadaan skrin hadapan, bukan tempat dail. Dan pada hari ini penulis terbaca pula berita dari Nasa bahawa berlaku letusan bebola api yaitu “ Matahari ”. Pada fikiran penulis mungkin ini adalah suatu petanda apa yang Allah nak tunjuk-kan. Di dalam Al-Qur’an Allah juga telah berfirman:-

Pada hari waktu akan terjadinya kiamat matahari tidak lagi muncul, pada waktu itu siang dan malam sudah tidak ada bezanya lagi, antara siang dan malam sama sahaja, bagaimana keadaan waktu itu..? Semua umat manusia berada dalam keadaan tidak tentu arah, masing-masing ingin menyelamat-kan nyawa sendiri dan tidak lagi memikir-kan soal anak dan isteri. Inilah yang di katakan berada dalam keadaan “ sakaro ” yakni mabuk memikir-kan apakah yang akan terjadi ni..? Lihat gambar letusan:-

Inilah kita di sarankan wajib beriman kepada Allah, Malaikat, Rasul, Kitab, Qada’ dan Qadar dan hari Kiamat. Allah sudah menyusun baik mengikut acuan tuhan, pada mulanya beriman kepada kewujudan-nya yakni “ Qulhizat ” dan seluruh alam ciptaan-nya, kemudian beriman kepada malaikat-nya yang datang membawa wahyu kepada sekalian nabi-nabi, walaupun ada yang dapat wahyu secara langsung dari Allah S.W.T sendiri. Kemudian beriman kepada rasul yang membawa dan menyebar risalah Allah S.W.T kepada segenap umat manusia, kemudian termaktublah satu undang-undang mengikut syari’at Allah yakni “ Sembahyang ”, kerana solat itulah yang membentuk keperibadian umat manusia itu yang benar-benar beriman kepada Allah, malaikat dan rasul-nya.

Seterus-nya beriman kepada kitab Allah, yakni keterangan yang di bawa oleh nabi S.A.W tentang kisah sejak dari Nabi Adam a.s sehingga ke Nabi yang terakhir, dan tentang  halal haram, peradaban manusia, hukum-hakam syari’at  yang Allah tetapkan keatas setiap umat manusia, pada Allah tiada syari’at..,syari’at hanya di wajibkan keatas umat manusia dan jin,

(“ wama kholaqtul jinnawal insan illa liya’abudun, Tidak aku jadikan manusia dan melain-kan mengabdi-kan diri padaku ”)

Dan Beriman kepada Qada’ dan Qadar Allah, yakni ketetapan dan ketentuan Allah, semua ini sudah di susun sebelum wujud-nya manusia lagi, pada waktu itu hanya “ Zat ” dengan “ Sifat ” sahaja yang berwujud, belum ada lagi makhluk yang bernama manusia, kemudian tentang terjadi-nya hari kiamat dan bagaimana terjadi-nya hari yang di rahsia-kan itu kepada setiap umat manusia, wa ima kepada Nabi S.A.W sendiri pun Allah rahsiakan. Allahu subhanahu wa ta’ala telah berfirman di dalam surah ( Al-Zalzalah ) yang berbunyi:-

(“ Idza dzullzilatil ardhu dzildzaalaha, wa akhrojatil ardhu atsqoolaha, waqolal insyaa numaalaha, Apabila bumi di goncang dengan goncangan yang dahsyat, maka terkeluarlah segala isi perut-nya, dan manusia bertanya,  Apakah yang tejadi pada bumi ini..? yaumaizn tuhadditsu akhbaaroha, pada hari itu bumi telah menyampai-kan berita-nya.”)

Dan firman Allahu ta’ala lagi di dalam surah “ Al-Qori’ah ”  yang berbunyi:-

(“ Al qoori’ah, malqoori’ah, wama adhro kamalqoori’ah, yauma yakuu nunna tsukalfaro shil mabtshu tsah, wataku nuljiba lukal ihnil mangfush, Hari kiamat, apakah hari kiamat itu..? Pada hari itu manusia seperti kupu ber-terbangan, dan gunung-ganang seperti debu berhamburan ” )

Lihat-lah saudaraku..kita telah di beri peringatan awal-awal lagi, jika orang yang mahu mengambil peringatan dan pengajaran dari Al-qur’an, maka ia telah beriman kepada hari kiamat, apabila beriman kepada hari kiamat..maka ia telah beriman kepada Sang Pencipta hari kiamat. “ Marilah kita hitung diri kita dahulu sebelum kita di hitung-kan, Tinggal-kan dunia sebelum ia meninggal-kan kita, siap-kan kubur sebelum kita di kubur-kan, inilah orang yang benar-benar mengambil hanya yang haq di miliki-nya sahaja, seterus-nya ia meninggal-kan apa yang tidak mengenai dengan-nya. Nabi S.A.W sangat mengigin-kan kebaikan bagi kita tetapi, kita lupa untuk membalas keinginan Baginda  S.A.W kita, hanya perlu menjalan-kan apa yang telah Nabi S.A.W bawa, dan sebarkan salam dan berita gembira kepada sesama manusia, dan tegakkan tiang agama di kalangan umat manusia.

Nabi S.A.W solat malam sehingga bengkak kakinya bukan untuk dirinya sahaja tetapi, baginda tidak senang tidur memikirkan kesudahan umat- umatnya. Jika kita pasti tidur lena kerana kurang rasa tanggungjawab terhadap umat Muhammad dan am seluruh manusia sejagat. Bukan tanggungjawab kita hanya memberi mereka makan seperti pengemis, tetapi bertanggungjawab menyebarkan ajaran dan penghayatan yang Nabi S.A.W bawa, inilah yang perlu kita tunaikan sebagai membalas jasa Nabi S.A.W yang terulung dan yang membawa rahmat keseluruh alam. Bolehkah kita mengambil-alih tugas Nabi. S.A.W? Sedangkan sahabat baginda sendiri pun tidak mampu melakukan tugas Nabi seperti mana Nabi S.A.W lakukan, cukuplah dengan menyebarkan apa yang Nabi sebarkan dan tegakkan apa yang telah Nabi S.AW tegakkan  dan berselawatlah kita kepadanya dengan sebanyak-banyaknya. Semoga Nabi S.A.W beroleh “ Wasilah ” seperti yang di janjikan oleh Allah S.W.T yang akan di berikan hanya kepada seorang manusia sahaja, moga-moga Bagindalah manusia yang terpilih itu….. Ameen.. ya robbal alamin

Jangan lupa tinggalkan komen

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: