Mengenal Allah (bhg3)

Mengenal Allah Dan Rasul

Mengenal Allah dan Rasul adalah suatu perkara yang terkandung di dalam fardhu a’in, maka setiap umat muslim wajib mempelajari-nya bukan meremehkan-nya. Banyak orang salah anggapan tentang mempelajari ilmu mengenal Allah dan mengenal diri ini, kesudahan-nya ramai yang tak sembahyang, kenapa..? Kerana kebanyakan mereka menganggap bahawa mereka sudah mencapai “ Insannul Kamil ”, untuk mencapai tahap insan kamil bukan senang saudara saudari.., Hanya orang yang pertama mencapai tahap ini adalah tidak lain dan tidak bukan melainkan Rasulullah s.a.w, seterus-nya barulah turun kepada;

Sahabat-sahabat, tabi’in-tabi’in, wattaabi’in, walmursalin, para Auliya, para Ulama’, para Sufi dan wali-wali Allah, para siddikin dan para syuhada’.

Nak kenal Allah kena ada tingkatan-nya, bukan boleh main ambil satu bab yang lain ditinggalkan,  kita juga harus mengenal Rasul yang tersenarai dalam dua puluh lima Rasul yang mengajak manusia kepada beriman kepada Allah s.w.t bukan beriman kepada selain Allah.

Mengenal rasul pula adalah supaya kita kenal akan siapa utusan Allah yang berada di tengah-tengah kita, Firman Allahu Ta’ala di dalam surah At-Taubah ayat 28 yang berbunyi:-

“ Laqodjaa akom rasuulum min angfusikum aadzhidzhun aalahima anittum hariisun aalaikum bilmu’miniina rouufur rahim, faintawallau fakulhasbiyallah, La ialaha illa huwa aalaihi tawakkaltu wahuwa robbul aarshil aadzhim,:- Sesungguh-nya telah datang kepadamu seorang rasul dari kalangan golongan kamu sendiri ( Nabi Muhammad s.a.w ) yang menjadi sangat berat kepadan-nya sebarang kesusahan yang di tanggung oleh kamu, yang sangat lobakan  ( inginkan ) kebaikan bagi kamu, ( dan ) ia pula menumpahkan kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah  ( wahai Muhammad ) :- cukuplah Allah bagiku ( yang menolong dan memeliharaku ), tiada tuhan yang ( berhak di sembah melainkan ) Dia, kepadanya aku berserah diri, dan dialah yang mempunyai Arasy yang agung.”

Barangsiapa kasihkan Rasul dan ta’at kepadanya maka ia wajib menyebar-kan syiar islam dan menegak-kan tiang Agama yang telah Nabi s.a.w bawa keseluruh alam ini, menyebarkan syiar islam dan menegak-kan tiang agama tiada sama dengan kerja nabi, jika kerja nabi begitu banyak, mampukah kita melakukan-nya..? Pergi ke pasar-pasar bergaul mesra bersama para peniaga, bermain dengan kanak-kanak, bergurau senda dengan isteri dan berkawan baik bersama sahabat-handai, menyampaikan hadis kepada sahabat-sahabat, membantu orang dalam  kesusahan, berniaga, banyak berlapar, mencuci pakaian sendiri, memasak, makan bersama tetamu, menyampai-kan risalah Allah setelah wahyu yang di terimanya dan sebagainya.

Jika menyebar-kan islam dan menegak-kan tiang agama itu adalah suatu Amanah dan Tanggungjawab dan suatu tugas berat yang wajib di pikul oleh setiap umat manusia yang ingin berdakwah, bukan sekadar mengajak ke masjid-masjid untuk solat berjemaah, malah menerapkan keimanan ke dalam dada setiap umat manusia agar beriman kepada Allah, Rasul, Malaikat, Kitab-Kitab, Qada’ dan Qadar dan hari kebangkitan semula. Hendaklah mengadakan tazkirah dan musyawarah di antara mereka, agar mereka ini tidak merasa bosan dengan dakwah yang hendak kita sampaikan. Bukankah di dalam islam tidak ada paksaan..? Maka pelajarilah perangai Nabi dan perangai tuhan. Seperti yang kita maklum perangai tuhan adalah bersifat As-Tsobar ” yang Maha sabarAl-Latifyang “ Maha lembut dan Tegas. Sabar adalah perkara utama jika kita ingin menyambung tugasan Nabi menyebar dan menegak-kan syair islam dan tiang agama, di sinilah terlihat akhlak Nabi yang mulia yang membuatkan orang senang kepadanya dan teringat-ingat kepada-nya.

Akhlak dan tingkah laku inilah yang mencerminkan keperibadian seseorang muslim yang benar-benar beriman kepada Allah dan hari Akhirat, sembahyang berjemaah dimana-mana saja boleh di lakukan, asalkan mahu melakukan-nya tetapi, ilmu pengetahuan dan pengertian tentang beragama itu masih ramai lagi yang keliru, sehingga ada yang berkata, mana satu yang nak pakai ni.., orang ni cakap macam ni, orang tu cakap macam tu,  sudahnya orang ramai yang keliru. Untuk mencapai matlamat yang ingin di sampaikan setiap umat manusia haruslah di dalam diri mereka sekurang-kurangny ada sedikit sebanyak tentang hadis Arba’in ( hadis 40 ), Lebih-lebih lagi karangan Imam An-Nawawi. Dan seterus-nya membina perpaduan di kalangan umat muslim dan menjalin-kan hubungan kemesraan dengan orang yang bukan muslim, kerana ini adalah untuk menunjuk-kan kelembutan dan kehalusan sifat orang yang beragama islam. Bukan kekasaran bahasa, bukan tingkahlaku yang kurang sopan untuk kita pamerkan, sebalik-nya kehalusan dan dan kelembutan dan kemurnian akhlak-lah yang hendak di tonjol-kan.

Saudara pembaca sekelian, saya bukan nak mengatakan orang itu tak baik, orang ini tak baik dan nak menunjuk-kan bahawa saya yang terbaik tetapi, ini adalah lahir dari hati saya sendiri untuk sama-sama kita berdakwah menyampai-kan amanah, menegak-kan tiang agama dan menyebar-kan syiar islam dan sama-sama memahami pengertian di sebalik tugas yang Nabi s.a.w pikul. Islam itu suatu pegangan dan kekangan bukan semata-mata anutan, jika semata-mata anutan maka ini yang membuat-kan ramai orang yang hanya menyempurna-kan solat lima waktu sahaja, dan yang lain di remeh-kan, terkadang-kadang solat lima waktu juga di remeh-remeh-kan. Jika agama islam itu suatu pegangan yang kukuh di dalam dirinya, maka zahirlah kekangan keatas nafsu-nya, kekangan kepada perkara yang membawa kepada maksiat, kekangan yang membawa kepada kemungkaran, kekangan yang membawa kepada perkara yang subhat, kekangan yang membawa kepada kemusnahan jiwa umat islam seluruh-nya.

Abu Laits As-Samarqandi meriwayat-kan dari sanad-nya, dari Anas Bin Malik r.a berkata Rasulullah s.a.w bersabda mafhum-nya:-

(“ Taqobbalu minni shitta adhmanu lakumul jannah, izha haddastum fala takhzibu waizha wa’adtum fala takhlufu, waizha i’ tuminthum fala takhuunu waghoddhu abshoorokum, wahfadzhu furuujakum, wakuffuu aidiikum wa arjulakum a’anilharami tadhkhulu jannata robbikum”, Terimalah daripadaku enam, saya jamin untuk kamu masuk syurga: Jika bicara jangan dusta, dan jika berjanji jangan menyalahi, dan jika di percayai ( diamanati ) jangan khianat, dan pejamkan matamu, dan jagalah kemaluanmu, dan jagalah tangan dan kakimu dari segala yang haram, nescaya akan masuk ke syurga tuhanmu”)

Syaidina Umar Al-khatab r.a berkata:

(“ Kunna nad u’tisaa’ta a’syarin minal halali mukhoofata an naqoa’ fiis tshubhati aufilharam, Kami meninggal-kan sembilan puluh persen dari yang halal, kerana khuatir syubhat atau masuk dalam haram,”)  juga masu’d  r.a berkata:

Seorang Hakim berkata:

“ Keadaan dunia ini semua ajaib tetapi saya hairan pada anak Adam yang tertipu dalam lima perkara: 1. Saya takjub terhadap orang yang memiliki kelebihan dunia, mengapa tidak di gunakan-nya masa-masa keperluan hidup-nya. 2. Saya takjub dari orang yang pandai bercakap bagaimana ia hanya menurut-kan hawa nafsu dan mengabai-kan peringatan Allah dan tidak membaca Al-Qur’an. 3. Saya takjub dari orang yang sihat tidak sibuk mengapa ia tidak puasa sebulan tiga hari, bagaimana ia tidak memperhati-kan pahala dan kesan dari puasa itu, jika nanti telah menyambut-nya. 4. Saya takjub pada orang yang sentiasa tidur sehingga pagi, mengapa ia tidak memperhati-kan pahala sembahyang dua raka’at di tengah malam. 5  Saya takjub terhadap orang yang berani melanggar larangan Allah, padahal ia mengetahui bahawa Allah akan mengabaikan-nya pada hari kiamat, bagaimana ia tidak memikirkan akibat dari perbuatan itu.

( Hadis petikan dari Kitab Tanbihul Ghafilin, Peringatan bagi yang lupa )

Jangan lupa tinggalkan komen

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: