Kenal Allah Sebelum Solat (bhg2)

Solat sesudah Beriman

Di dalam Al-Qur’an Allahu subhanahu wa ta’ala telah berfirman yang berbunyi:-

(” Waizqo larobbukalil malaa ikati inni jaai’lung  filardhi kholiifah, dan ( ingatlah ) ketika tuhanmu berfirman kepada para Malaikat, ” Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi” )

Khalifah ini ialah orang yang akan memegang amanah Allah mentadbir bumi dan memimpin umat manusia yang Allahu Ta’ala ciptakan dari diri nabi Adam sendiri sehinggalah kepada umat manusia pada hari ini, yakni umat nabi ” Muhammad S.A.W “. Memimpin umat manusia kejalan Allah yakni beriman kepada Allah bukan selain dari Allah, seterusnya mengenal siapa penciptanya, semenjak daripada zaman baginda Nabi Adam a.s manusia sudah di tuntun supaya beriman dan kenal akan siapa tuhan yang layak di sembah dan mana yang tak layak di sembah, awal-awal lagi nabi Adam sudah di ajar supaya beriman kepada Allah, sehingga sampailah kepada baginda Nabi Musa dan Nabi Ibrahim a.s. Nabi Musa a.s telah di beri oleh Allah S.W.T  keistimewaan berdialog dengan Allah secara langsung namun, nabi Musa masih lagi belum benar-benar yakin akan kewujudan Allah S.W.T, sehingga nabi Musa  berkata kepada Allah.

Jika benar engkau tuhanku wujud maka tunjukanlah dirimu, Allah bertanya pula kepada nabi Musa a.s, apakah engkau belum yakin dan beriman atas kewujudanku..? Lantas nabi Musa menjawab bukan begitu, akan tetapi untuk menambah lagi keimananku padamu. Jika benar engkau ingin melihatku maka lihatlah bukit yang ada di depanmu, andai bukit itu tidak hancur maka engkau akan lihat wajahku, jika bukit yang ada depanmu hancur maka engkau tidak sekali-kali akan nampak wajahku.

Tak kala Allah hendak menjelmakan diri di hadapan nabi Musa maka bukit yang ada di depan nabi Musa a.s hancur menjadi debu yang berterbangan dengan keagungan dan kekuasaan Allah yang Maha Gagah dan Maha Halus, apabila nabi Musa a.s terlihat bukit di depannya hancur, lalu pengsanlah nabi Musa a.s kerana takut, dan keimanannya sudah pun berada di tahap kemuncak yang tidak akan tergugat lagi, lalu di tuntun umatnya seraya mengajak beriman kepada tuhan yang Maha berkuasa atas setiap makhluk.

Di ketika zaman baginda nabi Ibrahim a.s pula, baginda tercari-cari akan tuhan yang sebenar-benar tuhan, apabila terbit matahari maka nabi Ibrahim a.s berkata, inilah tuhanku, apabila tenggelam matahari dek waktu maka nabi Ibrahim berkata, tidak ini bukan tuhanku, tuhanku tidak hilang dan tidak mati.. tuhanku maha hidup,

( Ya Hayyum Ya Qoyyum ).

Apabila nampak pula bulan muncul nabi Ibrahim pun berkata hal yang sama, apabila di lihat bulan muncul, nabi Ibrahim juga berkata hal yang sama, sehingga Allah berfirman kepada nabi Ibrahim a.s, ambilah seekor burung lalu engkau cerai-beraikanlah satu persatu anggota badannya, kemudian engkau tanamlah ia diatas bukit, kemudian engkau serulah supaya ia datang kepadamu, atas izin Allah maka burung tadi datang kepada nabi Ibrahim, lantas itu jugalah nabi Ibrahim di beri keimanan yang tinggi sehingga berani bertindak merobohkan berhala-berhala yang ada di mekah pada ketika itu, dan pegertian pengorbanannya di guna pakai sehingga ke hari ini.

Apabila sampai ke zaman nabi Isa a.s baginda di tugaskan menuntun umat manusia supaya beriman kepada Allah dan Rasulnya, menghalalkan yang halal dan mengharamkan yang haram, larangan berzina, berjudi, merompak, menipu, melacur dan minum arak. Dan juga kitab yang di turunkan kepada baginda pada ketika itu yakni ( Injil ) Allah menegaskan di dalam kitab injil akan kedatangan   seorang nabi dan seorang rasul yang  membawa rahmat keseluruh alam, yakni Nabi “ MUHAMMAD ” s.a.w, seterusnya melengkapkan segala nabi dan rasul yang sebelumnya, dan baginda juga di tuntun beriman dahulu kepada Allah dengan kedatangan firman Allah yang pertama yang berbunyi:

(“ Iqra’ bismi robbika ladzi kholaq, kholaqol ingshaa namin aalaq, bacalah dengan ( Menyebut ) nama tuhanmu yang telah menciptakan manusia  dari segumpal darah”)

 

Inilah proses permulaan kepada pengenalan dan keimanan baginda di  turunkan kedalam dada baginda, setelah melalui pelbagai proses termasuklah “ISRA” dan “MIKRAJ” dari situlah turunnya perintah solat keatas setiap umat manusia dan hukum hakam yang wajib di patuhi, inilah yang dikatakan kenal dan beriman dahulu sebelum solat. Lengkaplah segala urusan para nabi dan rasul sebelum Baginda S.A.W mengajak umat manusia beriman seterusnya membawa kepada pengabdian diri kita kepada yang Mahakuasa, lengkaplah seorang manusia yang bergelar insan yang beriman kepada Allah dan hari akhirat.

One response to this post.

  1. Please let me know if you’re looking for a author for your blog. You have some really good articles and I think I would be a good asset. If you ever want to take some of the load off, I’d really like to write some content for
    your blog in exchange for a link back to mine. Please shoot me an e-mail
    if interested. Cheers!

    Reply

Jangan lupa tinggalkan komen

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: