Mengenal Allah (bhg2)

Di dalam isi kandungan kalimah La ilaha illallah sudah tertera perkataan “LA ILLAHA ILLA”, La itu jatuh kepada martabat ZAT yakni Wujud yang hakiki tetapi, tiada dapat di capai dengan pancaindera  kita,

(“Laisa  kamislihi syai’, Allah itu tidak seumpama  tiada berupa dan tiada berbagai-bagai”).

 Illaha itu jatuh pada  martabat sifat yakni yang dapat di rasai tetapi, tiada juga di lihat dengan pancaindera, yakni nafas kita, Illa itu jatuh pada martabat afa’al yakni yang maujud yang dapat di lihat dan di rasai, dan yang bersalahan dengan Allahhu subhanahu wata’ala, yakni Muqhollafatuhu ta’ala lilhawaadith rujuk pada sifat 20. Apa yang terkandung di dalam isi kandungan Kalimah La illaha illallah itu ialah (“ ZAT, SIFAT, ASMA’, AFA’AL”) adalah semuanya milik Allah, tiada kita melainkan wujud nya Allah lah yang nampak di lihat dengan jelas. Ini adalah kemuncak nya pengenalan kita kepada Allah, kenal sifat kejadian nya dan tahu akan asma’ nya dan bersyukur di atas pengurniaan af’al nya, kenapa saya kata bersyukur di atas pengurniaan Af’al nya..? ini kerana dengan Af’al nya lah kita di beri peluang untuk turun ke muka bumi ini dan mengenali akan pencipta yang Maha Agung dan pengasih ini, seterus nya membawa kepada pengenalan diri kita sendiri, dan dengan Zat Allah itu lah yang membuat kita boleh hidup berdiri dan mengabdi kan diri kita pada Allah.

Di sini lah kebanyakan orang sudah lupa akan asal usul nya datang, kerana masih banyak orang menolak syaria’at yang telah di tetap kan ke atas umat manusia dan jin bagi yang sihat akal nya, kerana jasad ini yang menjadi tempat kediaman “ROH yang mengenderai jasad sementara di jemput pulang, jika bukan kerana jasad yang menjadi tempat Roh bermastautin ini, maka kita tidak akan mencapai taraf seorang Insan yang mengenali Hakikat Insan. Roh adalah umpama cermin untuk kita mengenal Allah. Kebanyakan orang tidak mempercayai kehidupan sesudah kematian..ini membuatkan juga ramai orang tidak percaya akan kewujudan tuhan..saya ingin berkongsi satu buah fikiran dengan anda..kenapa sampai hari ini saintis tidak dapat mengesah kan bagaimana proses terjadinya persenyawaan sperm lelaki dan wanita..? bagaimana air hujan yang banyak dapat berada di atas kita..? Bukan kah air itu berat..? Bagaimana..? Bukankah itu semua adalah urusan Allah..? Adakah kita dapat mencapai martabat ini setelah kita mengenal Allah..? Allah telah berfirman yang berbunyi:-

Bercerainya  nyawamu dari badan maka, baru kamu ketahui akan kebijaksanaan KU“.

Bagaimana pula soal urusan rezeki kita..? Ramai orang akan berkata itu adalah berkat usaha gigihku..memang benar atas usaha kita..tetapi ianya telah di tetap kan Allah soal urusan rezeki itu, hanya kita yang perlu berusaha dan mengadakan nya, sedang rezeki itu datang nya dari langit dan bumi.

Sungguh beruntung bagi orang yang telah mengenal Allah dan yang telah mengenal diri nya tetapi, harus ingat suatu perkara..jangan di kaji akan Zat Allah.. kaji lah sifat kejadian nya, Rasulullah S.A.W juga ada bersabsda pada sahabat nya, andai kalian ingin mengenal Allah..kenal lah sifat kejadiaan nya..jangan kamu kaji akan Zat nya..nescaya kamu jadi akan jadi gila, kerana Zat itu tiada dapat di jangkau oleh akal manusia. Nah dari sini jangan lah kita berlaku syirik kepada Allah di dalam mengenali nya, kerana yang ini tiada siapa dapat menegur dan memperbaiki nya, oleh kerana ia adalah yang di namakan syirik kahfi, syirik yang tidak dapat di lihat dengan perbuatan, masya Allah..jangan lah kita tergolong dalam golongan ini.  Di sangka ia sudah kenal dengan Allah akan tetapi, ia bermain dengan fikiran dan khayalan nya semata-mata. Jangan lah kita tertipu dengan hasutan akal kita sendiri dan hasutan Syaitan yang sentiasa mengintai peluang mencari kelemahan kita,

Ingat lah andai ada yang mengakui bahawa dia telah benar-benar kenal Allah maka tanya lah pada diri kita, adakah ia juga telah tahu akan tarikh kematian nya dan juga dalam keadaan apa dia akan meninggal..? Penulis tidak lah begitu Arif soal ini tetapi setahu penulis orang telah benar-benar kenal akan Allah maka ia boleh mengetahui akan suatu hal yang belum terjadi dan bakal terjadi, ini adalah kerana anugerah dari Allah yang Maha pemberi Hikmah dan kebijaksanaan, jika sudah di beri Hikmah dan Kebijaksanaan maka ia juga akan tahu tanda-tanda kematian nya, dan dia juga akan tahu bagaimana kesudahan nya. Ini adalah suatu anugerah yang tidak ternilai selepas anugerah nikmat keatas kita. Marilah sama-sama kita renungi dalam-dalam kedalam diri kita ini. Apakah kita telah benar-benar kenal atau khayalan kita semata-mata. Wallahua’alam….

Kenal Allah bukan hanya setakat kenal sifatnya, kenal kejadian nya tetapi, harus juga mengenali perangainya, salah satu perangai Allah adalah tidak terburu, dan Allah Maha teliti..contoh apabila kita berdoa’ kepada Allah, adakalanya doa’itu terus di kabulkan, dan adakala nya ia di tangguhkan, yang di tangguhkan inilah yang di katakan perangai yang tidak terburu-buru, manakala doa’ yang di tangguhkan itu Allah meneliti dahulu tentang permohonan yang di pohonkan kepada nya, samada itu benar-benar keperluan atau untuk masa akan datang, atau sebalik nya, ini yang di katakan perangai yang Maha teliti, Asma’ Allah itu melambangkan perangai nya, pelajari lah perangai Allah dan Rasulullah.

Bukan bererti apabila telah kenal sifat Allah, kejadian allah dan perangai Allah, maka kita telah kenal kepadanya, masih jauh lagi perjalanan yang harus di tempuhi dan di terokai, kerana ilmu Allah ta’ala sangat luas tidak terbatas hanya pada apa yang kita lihat, ianya lebih dalam dan lebih jauh untuk kita menyelami Hakikat yang sebenar. penulis teringat satu pesanan dari arwah guru penulis, Ilmu bukan untuk tujuan menyombong kan diri, hendak lah di sebarkan tetapi, rahsia tetap rahsia. Penulis rasa ini bukan lah suatu rahsia yang untuk di sembunyikan, ini adalah perkongsian ilmu pengetahuan bersama dengan para pembaca, Rahsia tetap rahsia dan ia tersimpan rapi di tempat namanya Maqam rahsia, yakni Maqam “SIRRI” yang berada di sebelah kiri dada kita. Rahsia tiada siapa yang boleh mengajarkan nya, wa ima guru Mursyid sekalipun, kerana ia adalah anugerah Allah, setiap rahsia yang dimiliki oleh setiap para pencari tuhan tidak sama tetapi, jalan dan tujuan nya sama..hanya berbeza rahsia yang di miliki nya, Rahsia yang di miliki oleh setiap para yang terpilih umpama mutiara atau Batu Marjan di tengah lautan.

Kenalilah sifat Allah, pelajarilah perangai Allah kenalilah nama-namanya dan jalankan lah syaria’atnya teguhkanlah tarekatnya, tauhidlah akan ke “ESA” an nya dan bertasawwuf lah kita dalam menuju kepadanya. Hendak lah kita menempuh jalan menuju kepadanya dengan sabar, kerana orang hendak menuju kepada keredhaan nya akan sentiasa di uji untuk membuktikan bulatnya I’tiqod kita di dalam meraih keredhaan dan Rahmat nya. Marilah kita bertafakur sejenak memikirkan tentang diri kita, di manakah  letak nya diri kita pada waktu dan ketika ini.

Sabda Rasulullah S.A.W yang berbunyi:-

(“ Orang yang berfikir sesaat tidak sama dengan orang yang menjalankant ibadat sunat selama tujuh puluh tahun”)

 Bertafakur sejenak boleh memberikan kita ketenangan yang maksimal, dari itu selamilah diri kita dengan sedalam-dalam nya, zahirkanlah kewujudan Allah dengan maujudnya kita, Insya’Allah akan beroleh kejayaan dunia dan Akhirat. Tiada siapa yang dapat memberi nikmat ini melainkan kita meraihnya dari pencipta kita sendiri. Ramai orang tertanya-tanya dimana Allah..? Di dalam Al_Qur’an Allah telah berfirman didalam surah (“An-Nur”) yang berbunyi:-

(“ Allahun nuruus tsama waatiwal ardh, Allah itu cahaya di langit dan di bumi”)

 Jadi kemana sahaja kita pergi kita sentiasa tenggelam di dalam cahaya nya, dan juga firman Allah lagi yang berbunyi:-

(“ Manusia itu hidup di dalam liputanku, tetapi aku tidak berada di dalam diri mereka”)

 Jika cahaya sentiasa menerangi kita, maka kita sentiasa di perhatikan setiap gerak geri kita, apakah kita boleh terlepas dari perbuatan kita..? Renung-renungkan lah…Terang itu cahaya gelap itu juga cahaya yakni cahaya kegelapan. Apakah jika kita telah mencapai kesemua martabat diatas, maka kita telah menjadi orang yang sempurna..? Tidak wahai saudaraku, jawapan kepada kesempurnaan adalah kematian, sebab kematian itu telah memutuskan segala nafsu duniawi. Zuhudlah apa yang ada di bumi, nescaya di kasihi Allah, zuhudlah apa yang ada pada manusia, nescaya di kasihi oleh manusia.

One response to this post.

  1. Posted by samanthacousins on 28 February 2013 at 04:02

    Hi there just wanted to give you a quick heads up. The words in your post seem to be running off the screen in Chrome.
    I’m not sure if this is a formatting issue or something to do with browser compatibility but I thought I’d post to let
    you know. The design and style look great though! Hope you get the problem solved soon.
    Kudos

    Reply

Jangan lupa tinggalkan komen

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: