Apa erti solat

gerakan-sholatSalam ‘alaikum, ramai orang bertanya apa erti solat..? Apa itu solat..? Rata-rata jawapanya ialah kewajipan mengabdikan diri pada Allah, aku mengatakan ianya betul, tapi maukah engkau tahu lebih sikit dari jawapan yang ada..? Mereka menjawab iya..aku lanjutkan perbicaraan ku, solat adalah merupakan perhubungan, erti kata lain “Connection“, perhubungan yang bagaimana..?

Menghubungkan antara hati dengan Tuhan, kalau smartfon ya mau dihubungkan ke ibu sawat yang membekalkan line tersebut, barulah ada connection, begitu juga dengan solat, mestilah dihubungkan antara hati dengan Tuhan, baru sampai matlamat dan tujuan, jika tidak dihubungkan hati kepada Tuhan ini yang membuatkan adanya cross line, apabila berlaku begini hubungan akan terputus Continue reading

Gerhana

Ilustrasi-Gerhana-matahari-Front-RollSalam ‘alaikum, salam ceria buat anda semua, moga di limpahkan kurniaan rahmat dari Tuhan semesta alam, semoga sentiasa dalam limpahan rahmat-Nya, hari ini dunia kita di gemparkan dengan berita “gerhana matahari”, ramai umat manusia digalakan melakukan solat sunat “kusuf”, tak kurang juga masih ada umat manusia yang leka dengan keindahan duniawi, apapun ianya menunjukan kekuasaan Allah S.W.T, Dia lah yang mengaturkan segala apa yang di langit dan di bumi, sesuai dengan dalil dibawah ini.

Jika berlaku gerhana matahari dizaman Rasulullah S.A.W, baginda amat risau jika berlaku nya gerhana matahari, sehingga baginda menggalakan umat nya pada ketika itu melakukan solat sunat agar di jauhkan mara bahaya, betapa baginda teramat-amat risaukan umat-nya, tapi….bagaimana dengan kita..? Apakah ada tanda kasih kita pada baginda..? Kalau ada bagaimana..? Continue reading

Kisah Tiga Bayi

Bayi dlm kandungan*Kisah tiga bayi yang  boleh berkata-kata*

Dari Abu Hurairah, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau telah bersabda: “Tidak ada bayi yang dapat berbicara ketika masih berada dalam buaian kecuali tiga bayi: Bayi (yakni) Isa  bin Maryam, dan bayi dalam perkara Juraij.” Juraij adalah seorang laki-laki yang rajin beribadah. Ia membangun tempat peribadatan dan sentiasa beribadah di tempat itu. Ketika sedang melaksanakan solat sunat, tiba-tiba ibunya datang dan memanggilnya; ‘Hai Juraij!’  Continue reading

Solat Tapi Munafik

Awam

Salam alaikum, agak lama juga saya tidak memuatkan artikel baru ke dalam blog saya ini, dan pada ketika ini saya dapat satu ilham untuk menulis mengenai “Solat Tapi Munafik“, agak nya macam mana yang dikatakan solat tapi munafik ya..? Mari kita bincang sedikit mengenai-nya bagaimana.  Seperti sedia maklum di dalam solat pada tahiyat awal dan akhir kita bersaksi dengan mengucap dua kalimah syahadat, “asyhadu anlla ilaha illallah” wa asyhadu anna muhammada rasulullah“, Bersaksi bahawa tidak ada tuhan lain yang layak di sembah, melainkan hanya Allah semata-mata, dan bersaksi pula bahawa benar-benar muhammad adalah pesuruh Allah.

Berpandukan pada penyaksian di atas selayak nya manusia itu berada dalam keadaan kondisi yang bagaimana..? Adakah penyaksian itu hanya dalam solat sahaja..? Tak perlu dalam tingkahlaku seharian..? Menurut hemat saya kalau sudah bersumpah Continue reading

Asyik atau Fana’

muka_tanda_soalSalamun alaikum, apkhabar semua para pengunjung “perjalanan mukmin”..? Diharap anda sentiasa dalam limpahan rahmatNya. Alhamdulillah di kesempatan ini saya ingin membicarakan sedikit mengenai “Asyik atau Fana“,  bagi mereka yang betul-betul telah mencapai zauk tentu akan melalui jalan ini iaitu samada asyik ataupun fana’, dalam istilah ini bagaimana yang dikatakan asyik dan bagaimana pula yang dikatakan fana’.

Jika mereka yang benar-benar telah mencapai asyik ianya merupakan satu anugerah yang tak terhingga, kerana bukan semua dapat meraihnya melainkan dengan dengan rahmatNya jua, jangan anda berfikir kerana setelah apa Continue reading

Tafakur Nafas Sutera

tafakurSalam sejahtera, atas permintaan ramai maka disini saya cuba menjelaskan sedikit mengenai bab “bertafakur melalui olahan pernafasan serta meraih karomah diri”, baiklah adapun yang dimaksudkan dengan bertafakur melalui olahan pernafasan ialah nafas tenang “nafas sutera”, nafas ini hendaklah diatur dengan baik agar seluruh jiwa dan raga kita menjadi tenang, jika nafas tidak tenang buat apa pun takkan jadi tenang, contoh nak solat, kalau buat dalam keadaan tergesa-gesa, adakah ia menjadi tenang..? Tidak..ini harus di perhatikan ia menjadi punca utama untuk mencapai matlamat dalam tafakur, kerana para sufi dan auliya Allah sentiasa bertafakur mencari ketenangan batin dalam menghalakan seluruh jiwa dan raganya kepada Allah semata-mata. Continue reading

Lailatul Al-Qadr

malam lailatul qadrSalamun ‘alaikum semua, diharap anda semua sukses dengan urusan harian anda, dan jangan lupa pula urusan yang paling penting iaitu “urusan akhirat” anda, in sya Allah….

Dalam mencari keredhaan Allah S.W.T di dalam bulan ramadhan ini lebih-lebih lagi di malam sepuluh terakhir ramadhan iaitu mencari “Lailatul Qadar”..lail al- qadr..ramai diantara kita masing-masing sibuk mencari tanda lail-al-qadr, tapi apakah itu lail al-qadr..?

Ada yang mencari tanda malam ni angin tak ada, bulan kurang terang, kemudian besoknya matahari tak betul-betul panas, pokok kayu semua tunduk, dan masing-masing sibuk berlumba-lumba memperbanyakkan amalan sehingga melesukan anggota jasadnya, sedangkan jasadnya itu untuk digunak pula esok hari untuk melakukan kerja rutin. Harus di ingat, walau banyak mana sekali pun amalan kita namun jika ada syirik di dalam-nya maka ianya tak kemana, sia-sia sahaja. Continue reading

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,940 other followers

%d bloggers like this: