Kewajiban Mengaminkan Doa’

41712961Salamun ‘alaikum, saya ingin berbicara sedikit bab mengenai mengaminkan doa’, ini masalah orang melayu kita ketika bersembahyang juma’at sangat susah untuk saya mendengar para jema’ah mengaminkan doa’ imam ketika doa’ di bacakan setelah usai (Selesai) solat juma’at, mengapa jadi begini..? Sedangkan doa’ itu wajib di aminkan oleh para jema’ah, tetapi itu tidak berlaku, di mana muafakat kita dalam berjema’ah..? Sedangkan rasulullah meng-aminkan doa malaikat Jibril, Apakah kekurangan pendedehan dan didikan agama  dalam bidang fiqah yang membuatkan masyarakat hari ini tidak faham samada doa’ itu wajib di aminkan ataupun tidak..? Jika ada kekurangan pendedahan dalam soal ini maka saya menyeru kepada pihak yang berwajib atau pendakwah-pendakwah samada bebas atau berdaftar memberi pendedahan mengenai hal ini kepada masyarakat agar mereka lebih memahami akan sesebuah doa’ itu wajib di aminkan, doa’ yang membawa kepada kebaikan, bukan membawa kepada kejahatan.

Doa’ dialunkan oleh imam yang mempunyai jema’ah melebihi 40 orang, tetapi doa’ itu tidak di aminkan oleh jema’ah, apakah guna-nya jema’ah yang jumlah-nya melebihi 40 orang tadi..? Bagaimana sesebuah doa’ itu mempunyai kekuatan sedangkan tidak ada jema’ah yang meng-aminkan-nya, (Membenarkan). Sedangkan hampir setiap doa’ rasulullah S.A.W  di aminkan oleh sahabat dan para malaikat, jika kita manusia biasa yang tidak bisa (Boleh) menembusi demensi malaikat cukuplah jema’ah-jema’ah yang ada meng-aminkan doa’ tersebut. Apakah doa’ yang menguntungkan diri sendiri baru hendak di aminkan..? Berhijrah-lah wahai saudaraku se-bangsa dan se-agama kearah kemajuan tamadun bangsa (Kaum) dan tamadun agama iaitu (Islam). Janganlah menjadi orang yang bisu hanya mendengar alunan doa’ tetapi tidak ada yang mahu meng-alunkan “AA MIIIN“, umpama imam seorang saja yang ada pada ketika itu, tetapi apabila keluar dari masjid kelihatan seperti lautan manusia berpusu-pusu meninggalkan masjid, tetapi jika lagu-lagu kegemaran di alunkan maka secara spontan lagu itu di ikuti oleh para penggemar-nya, maaf…bicara-nya agak lantang sedikit menyuarakan apa yang tersirat di hati.

Bangkit-lah wahai umat manusia ( Ya ayyuhannas, hayya ‘alal falah, Ya ayyuhannas, hayya ‘alal jannah, Ya ayyuhannas, hayya ‘alal muafakath ). Bangkit-lah wahai saudara-ku demi kesejahteraan ummah serta meneruskan kehidupan sepertimana yang telah di asuh dan di didik oleh rasulullah S.A.W, bukan bereti zaman rasulullah zaman belum ada kemajuan bererti kita tidak boleh ikut cara hidup rasulullah, kemajuan yang ada hari ialah kemajuan untuk keduniaan, cara hidup rasulullah ialah kemajuan untuk akhirat. Kemajuan dunia yang kita kecapi tidak semesti-nya kita meninggal-kan cara hidup kesederhanaan yang rasulullah bawa dan ajarkan kepada kita semua. Renungkan-lah dan sebarkan-lah……

About these ads

Jangan lupa tinggalkan komen

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 832 other followers

%d bloggers like this: