Cara Hidup Beragama

Hidup Cara lslam Atau hidup Cara Budaya Bangsa

Apa yang saya ingin sampaikan disini ialah bukan untuk merendahkan martabat bangsa atau budaya mana-mana bangsa, tetapi  apa yang ingin saya sampaikan ialah tuntutan hidup dalam Islam, andai terdapat kepincangan atau kelemahan dan kekurangan di dalam penyampaian saya harap diberi teguran.

Bismillahi Rahmani rahim,” Islam adalah agamaku, al-Qur’an adalah kitabku, Muhammad adalah Rasulku, Allah adalah tuhanku, suatu pertanyaan yang bakal akan disoal oleh setiap Malaikat kepada setiap umat manusia yang telah dipanggil pulang dan direhatkan di alam Barzakh untuk suatu tempoh masa yang telah di tetapkan oleh Allah S.W.T, namun sejauh mana kita mengayati  kata-kata jawapan jawapan diatas yang bakal kita jawab di alam Barzakh nanti. Kekurangan pendedahan tentang penting-nya berilmu dan menghayati membuatkan keruntuhan moral dan akhlak seseorang kerana hanya sekadar berilmu tetapi tidak menghayati-nya.

( Taraktu fiikum tsaqolaini  lan tadhillu maa tamassaktum bihaa kitabullahi wa sunnati, (Aku meninggalkan padamu dua macam   yang berat, pasti kamu tidak akan tersesat selama kamu berpegang dengan keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnahku ).

Manusia hidup harus beragama, jika tidak beragama sudah tentu tiada beza antara kita dengan hayawan, namun kita harus pilih mana satu agama yang harus kita ikuti, apakah agama yang direstui atas muka bumi Allah ini pada hari ini..? Sudah tentu agama itulah yag perlu kita ikuti yakni Islam. Mengapa Islam..? Kerana Islam adalah agama yang tidak ada kekurangan dan kelemahan didalam-nya yang Allah Ta’ala ciptakan buat kekasih-nya yang bakal menghuni bumi ini.

Baik mari kita lihat bagaimana cara kehidupan dengan beragama, iaitu hidup cara Islam atau hidup cara budaya bangsa, setelah kita bersaksi bahawa:

Tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah )maka manusia itu sudah beragama yakni agama Islam, namun persoalan-nya sejauh mana kita hidup mengikut cara agama Islam, Islam mengajar kita hidup yang cukup sempurna sehingga dari segi “ soal ibadah, pergaulan, cara berpakaian, adab sesama insan dan sesama makhluk Allah, cara berniaga, cara hidup berumah-tangga, cara  bermuamalat, adab berjiran, munakahat, adab menghormati sesam muslim dan bukan muslim, adab tutur bicara dan amalan dalam kehidupan seharian dan banyak lagi ).

Mari kita lihat apakah tuntutan hidup bagi orang yang beragama yang dikatakan Islam adalah agamaku, apakah peraturan yang wajib kita ikuti setelah beragama..? Sudah tentulah mendirikan sholat itu adalah perkara utama, setelah itu bertebaranlah kamu diatas muka bumi mencari rezeki, rezeki yang macam mana..? Adakah semuanya boleh disapu ke asalkan rezeki..? Tidak..itu bukan cara Islam, Islam mengajar kita menyelidiki dengan sahih apakah sumber rezeki yang bakal kita perolehi bukan setelah memperolehi-nya, kerana sesuatu yang samar itu boleh menjerumuskan seseorang kedalam lembah kehinaan kerana kejahilan diri kerana apa..? Kerana hidup cara budaya bangsa bukan hidup cara Islam.

Cara hidup Islam menganjurkan kita mencari rezeki yang halal lagi “ Toyyibah “ manakala cara hidup budaya bangsa mencari rezeki main sapu je asalkan rezeki, inilah perbezaan hidup cara islam dengan cara hidup budaya bangsa. Ramai umat manusia pada hari umum-nya Muslim yang beragama Islam hidup dengan cara hidup budaya bangsa bukan cara Islam, cara hidup Islam itu suci dan murni jika diamalkan menjadi suatu ikrar dalam diri setiap umat manusia yang beragama Islam namun dicemari kesucian-nya kerana terpengaruh dengan kehidupan bukan cara Islam, sedangkan agama Islam itu tidak tercemar tapi yang tercemar adalah manusia itu sendiri yang merosakkan bangsanya dan nama suci agama suci yang di junjung-nya, seterusnya agama Islam dipandang sebagai perosak kepada anak muda masa kini, kerana apa..? Kerana rata-rata ada yang menjadi “ Mat rempit, Minah rempit, buang bayi, dadah, mencuri, merogol anak sendiri, menipu, pecah amanah, rasuah, riba’, cara berpakaian, pergaulan, lari dari rumah dan sebagainya.

Begitu juga dalam masalah pergaulan sesama manusia, umat Islam dilarang memboikot sesama umat Islam yang lain lebih dari tiga hari, sesuai dengan sabda baginda S.A.W  yang berbunyi :

( La yahillu limuslimi an yahjaru akhohu fauqo tsalatsin yaltaqiyani fayu’ridhu ha zha biwajhihi wa khoiru humalladzhi yabda u bissalam,Tidak dihalalkan bagi seseorang muslim memboikot sesama muslim lebih dari tiga hari, sehingga jika bertemu dijalan yang satu memalingkan muka dari kawannya. Dan yang terbaik diantara keduanya iaitu yang mendahului memberi salam ).

Ini yang dikatakan perosak bangsa yang menganut agama Islam, sebaliknya agama yang disalahkan, contoh negara Jepun sediri yang maju dengan kecanggihan teknologinya kerana bangsanya memahami kehendak alam, salah satu bangsa yang menepati piawaian alam, jika berjanji janji ditepati, jika berikrar ikrar dijunjung, namun oleh kerana itu semata-mata nak menunjuk kekuatan bangsa maka Allah ta’ala hancurkan Jepun dengan gempa bumi dan Tsunami yang dasyhat, kenapa..? Mereka ini menjalankan sunnatullah tetapi tidak menjalankan syaria’atullah. Rata-rata setiap tahun ramai rakyat Jepun mati kerana bunuh diri, sebab apa..? Sebab mereka maju tapi mereka mengalami kekosongan jiwa yang melampau, seolah-olah mereka dapat segala kemewahan dunia tapi mereka tidak memiliki ketenangan jiwa, mereka beragama tapi tidak ikut cara hidup beragama.

Bagaimana pula bangsa kita..? Bangsa kita lebih advance..kalau bangsa jepun menyembah berhala bangsa kita menyembah syetan,  “ puja kubur “,” puja tok bomoh “, mengadakan yang bida’ah, menokok tambah didalam beribadah, Abu Laits As-Samarqandi meriwayatkan dari sanadnya Al-Hasan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :-

( Amalun qolilun fii sunnatin khairum min amalin katsirin fi bida’atin, wa kulu bida’tin dholalatun wa kulu dholilati finnar, Amal perbuatan yang sedikit benar-benar menurut sunnaturrasul lebih baik daripada amal yang banyak tetapi bida’ah, dan tiap-tiap yang bida’ah yang tidak menurut sunnaturrasul pasti sesat, dan tiap-tiap kesesatan itu di dalam neraka )

Abdullah Bin Mas’ud r.a berkata : ( Sederhana dalam melakukan amal menurut sunnaturrasul lebih baik daripada banyak-banyak dalam bida’ah ).

Al-Hasan berkata : (Tidak baik dalam perkataan kecuali dengan amal, dan tidak baik perkataan dan perbuatan kecuali dengan niat, dan tidak baik perkataan dan perbuatan dan niat kecuali dengan sunnaturrasul ( yakni kecuali jika tepat sesuai dengan sunnaturrasul S.A.W )

Sabda Rasulullah S.A.W : ( Dua macam dari umatku yang tidak mencapai syafa’atku: 1. Imam ( Pimpinan ) yang zalim. 2. Dan orang yang berlebih-lebihan dalam agama sehingga terkeluar dari sunnaturrasul ).

Sabda baginda lagi yang berbunyi : ( Bani Israel telah terpecah tujuh puluh partai, dan umat ini akan terpecah hingga tujuh puluh dua partai ( golongan ), tujuh puluh satu daripadanya di dalam neraka, dan satu di dalam syurga. Mereka bertanya : Siapakah yang itu ya Rasulullah..? Jawab baginda S.A.W  mereka ( ahlus sunnah wal jamaah ) mereka yang benar-benar mengerti sunnaturrasul dan persatuan kaum muslimin).

Baiklah mari kita ambil sedikit kesimpulan hadis diatas, apa yang di maksudkan dengan bidaah..? Seperti kita sedia maklum bahawa perbuatan bida’ah ni adalah menokok tambah di dalam ibadah, contoh: Mengadakan kenduri tahlil bagi sesebuah kematian, kerana mengharikan tahlil, mesti kena buat tujuh hari, empat puluh hari, seratus hari, ini yang dikatakan bida’ah, kerana menetapkan pada yang bukan-nya menjadi hukum, apabila ia tidak termasuk dalam hukum maka ia tidak wajib, apabila tidak wajib maka ia harus, dan apabila diadakan seolah seperti wajib maka bida’ah, bida’ah akidah, taksub atau fanatik dengan fahaman budaya bangsa tapi bukan hidup cara Islam sebenar.

Lebih-lebih lagi di zaman sekarang terdedah dengan pelbagai fahaman, ada fahaman syi’ah, fahaman wahabiyyah, fahaman qodiani dan berbagai-bagai lagi, ini yang dikatakan bida’ah kerana mengadakan yang tidak ada dalam sunnaturrasul, maka ia menjadi sesat, yang lebih menyesatkan lagi ialah seseoarng itu terlampau fanatik dengan ajaran itu dan juga kepada gurunya yang membawa ajaran tersebut. Rasulullah tidak mengajar kita menjadi fanatik kepadanya, sebaliknya cintai baginda, cintai segala akhlak baginda dan sunnaturrasul yang telah dibawa oleh baginda S.A.W.

Bangsa atau suku kaum atau puak Allah ciptakan adalah untuk menunjukkan kebesaran Allah dan keagungan-nya, seterusnya kita boleh mengenali  sesama bangsa yang lain, bukan hanya satu bangsa sahaja Allah ciptakan, bertepatan pula dengan firman Allah:

 ( Bahawa aku ciptakan manusia itu berpuak-puak dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenali antara satu sama lain ).

Saya menyeru kepada diri saya sendiri dan juga sahabat sekalian marilah sama-sama kita melihat balik kepada diri kita sama ada bangsa Melayu, Jawa, Banjar, Bidayuh ke Minang ke hidup kita pada hari ini adakah kita hidup cara Islam atau hidup cara budaya bangsa, bangsa itu keturunan agama Islam itu anutan dan pegangan hidup kita, jika kita orang Islam maka hidup mestilah ikut cara hidup Islam jangan ikut cara hidup budaya bangsa, ramai anak muda kita pada hari terikut cara hidup budaya barat, terikut cara budaya bangsa barat, mula-mula budaya, lama-lama agama, lepas tu murtad. Pada pandangan zahir bangsa mereka ini memang bangsa yang maju dari segi sunnatullah, tapi dari segi syaria’atullah mereka hancur, maka tiadalah keberkatan hidup dan jauh dari redha Allah S.W.T.

Siapakah yang wajib bertanggung-jawab dalam perkara ini untuk membetulkan akidah orang kita..? Adakah terletak dibahu Ulamak..? Adakah Ulamak yang bersalah..? Sebenarnya diri kita sendiri yang menjauhkan diri dari Ulamak, hidup cara Ulamak tak moden, hidup cara saya baru moden, moden dari segi tingkah-laku dan berpakaian, seterusnya lupa akan bangsa dan keturunan sendiri, terpedaya dengan bangsa dan budaya barat, tapi bukan dari segi cara hidup agama Islam. Kebiasannya masalah ini bermula dari bawah bumbung rumah sendiri lagi, setengah-dari Ibu Bapa membiarkan saja sambil melihat anak-anak mereka berpakaian dan bergaul bebas dengan bukan sesama muhrim, apa alasannya..? Alah..biarlah dia nak pakai apa pun besok dia besar fahamlah dia..maka budaya hidup yang seperti inilah lama-kelamaan merosak anak kita sendiri, didikan dan asuhan sejak dari kecil lagi kita telah dedahkan dengan budaya hidup bebas budaya bangsa barat, bukan budaya hidup cara Islam.

Tapi Ulamak juga ada dua golongan, seperti kata-kata Isa  a.s Ibni Maryam:

( Ya ma’syarol ulama’ tzi’tum anit thoriq, wa  ahbab tumu dunniya fakama an ulmuka tarokul hikmata indakum fatturuku mulkahum ‘alaihim,  ( Hai para ulama’, kamu telah menyeleweng dari jalan yang lurus, dan kamu telah cinta pada dunia, maka sebagaimana raja-raja penguasa-penguasa itutelah meninggalkan hikmat, maka tinggalkan dunia untuk mereka ( Yakni kerana tidak berhajatpada hikmatmu, maka kamu jangan berhajat pada dunia mereka ).

Jikalau kita hidup mengikut cara Islam sudah tentu berpandukan kitab al-qur’an, maka bacalah dan fahamilah tuntutan hidup dalam beragama, kerana didalam kitab itu ada garis panduan  hidup sebagai seorang muslim yang beragama, seterusnya ta’atlah pada Rasul Allah yang mengajak manusia daripada kegelapan kepada kecerahan dan cintailah baginda serta keturunan-nya, dan ta’atlah pada Allah di dalam setiap gerak-geri dan tingkah-laku kerana kita sentiasa diawasi dan di perhatikan walau dalam keadaan apa sekalipun, walaupun ribut badai melanda dunia ini kita tetap tidak terlepas dari pandangan dan pengawasan Allah.

Bagaimana untuk meningkatkan kesedaran pada mereka yang seperti ini..? Yang telah sejak kecil lagi hidup mengamalkan cara hidup budaya bangsa lain, sedangkan budaya bangsa barat itu tidak mengikut tuntutan agama mereka, mereka memutar-belitkan fakta supaya mengasihi pelacur dan sebagainya, mengadakan hari sambutan kekasih dengan melakukan maksiat, sedangkan agama mereka sendiri melarang perbuatan sedemikian, mengapa pula kita yang terpengaruh dengan cara hidup mereka..? Ini masalah yang perlu dibendung, seperti contoh hari sambutan kekasih yang telah lepas pihak Jakim telah mengadakan kempen kesedaran dengan menyebarkan risalah tentang bahayanya taksub dengan sambutan hari kekasih, semua itu adalah kerana paderi yang menyebarkan ajaran sesat pada waktu itu untuk mengadakan hari kekasih baginya sempena kematian-nya, namun kita pula terikut-ikut cara hidup mereka demi keseronokan yang sementara seterus-nya mengundang  bala dan sengsara.

Saya berpendapat bahawa pihak berwajib atau badan yang berdaftar harus mengadakan kempen kesedaran dikalangan muda-mudi kita dan juga IbuBapa bagi meningkatkan lagi kesedaran diantara mereka, jika kita adakan kempen hanya untuk yang muda sahaja pun tak jadi harus kesemuanya, baru ada sampai menyampai dan nasihat menasihati, kalau Ibubapa saja pun tak jadi, bila di nasihat anaknya mungkin akan berkata saya tak pernah dengar pun, kalau anak muda sahaja pun tak jadi mak bapak kata mak tak pernah dengar pun, jadi kena semua satu isi keluarga, itu yang terbaik, yang dah tua mungkin susah sikit untuk diberi kesedaran tapi sekurang-kurangnya semuanya mendengar dan mengikuti program kesedaran. Adakan satu program kesedaran yang mana ia menjadi minat semua gologan seterusnya dalam masa yang sama adakan satu program ( Brain Wash ) bagi untuk meningkatkan kesedaran diantara mereka.

Akhir kalam dari saya bagi para cendekiawan yang bijaksana lagi arif tentang kongsep hidup dalam Islam andai terbaca artikel saya harap diberi teguran yang membina agar sama-sama kita boleh menyelesaikan masalah konflik yang perlu dipandang serius bagi meningkatkan mutu cara hidup beragama bukan hidup cara budaya, tetapi bukan bererti membuang budaya dan adat tetapi utamakan yang lebih utama yakni tuntutan cara hidup dalam Islam. Wallahu”alam….

Jangan lupa tinggalkan komen

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 833 other followers

%d bloggers like this: