Al-Qur’an Dan Iman

Assalamualaikum wrb…

Alhamdulillah…syukur saya kehadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan kepada saya untuk menulis sepatah dua kata dari pengetahuan yang terbatas ini. Sudah agak lama juga rasanya saya tidak menulis, Artikal saya kali ini ialah saya ingin mengajak saudara saudari membincangkan suatu masalah mengenai, sejauh manakah manusia pada hari ini benar-benar beriman kepada Allah yang berhak disembah dengan sebenarnya dan beriman kepada Rasul yang diutuskanNYA, dan sejauh manakah pula manusia beriman kepada kitab Al-Qur’an yang diturunkan Allah untuk sekelian umat manusia sebagai panduan hidup dan hujah, hujah keatas dirinya sendiri atau keatas orang lain.

Berapa ramai pula manusia pada hari ini yang membaca Al-Qur’an..? Dan berapa ramai pula manusia pada hari ini yang benar-benar baca dan mengkaji Al-Qur’an..? Al-Qur’an pada hari ini seakan-akan patung berhala didalam setiap rumah jika ia disimpan kalau tak dibaca, ayat itu tidak akan hidup jika tidak dibaca, ianya hidup jika dibaca. Soalnya, berapa ramai pula yang menghayati isi kandungan-nya, seterusnya diamalkan dalam kehidupan kta setiap hari. Jika ia benar-benar diamalkan dalam kehidupan setiap umat manusia pada hari ini, pasti tidak akan berlaku perkara-perkara yang bathil dan mungkar dan juga pelbagai gejala sosial yang di resapkan oleh bangasa lain dan agama lain bertujuan untuk memesongkan akidah bangsa Melayu yang beragama Islam atau bangsa lain yang beragama Islam juga.

“ Waquljaa alhaqqu wazahaqol baathil, innal baathila kaana zahuuqo, Apabila yang HAQ telah turun, maka lenyaplah yang bathil, sesungguhnya yang bathil itu akan leyap apabila telah turun kebenaran “

Jika Al-kitab atau novel cinta Allah kepada manusia ini dibaca dihayati dan diamalkan dalam kehidupan manusia setiap hari..sudah tentu perkara bathil dan mungkar dapat dikurangan atau mungkin tidak akan berlaku perkara yang bathil dan mungkar, kes pecah amanah contohnya, rogol, mencuri, mabuk, judi, buang bayi, menipu, hisap dadah dan sebagainya. Sebab jika manusia benar-benar beriman kepada Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim, dan beriman kepada kebenaran isi kandungan kitab Al-Qur’an..sudah pasti manusia itu takut kepada Allah S.W.T, tidak takut selain dari Allah, pasti manusia yang ingin melakukan kemungkaran teringat akan bahawa Allah sentiasa memerhatikannya.

Kerana dalam novel cinta Allah kepada Rasulullah dan seluruh umat manusia itu, tertera undang-undang yang wajib manusia patuhi dan ikuti, jika sebaliknya ancaman Allah begitu keras bagi orang-orang yang ingkar. Orang yang ingkar ini pula tergolong dalam golongan Iblis, Allah telah berfirman kepada manusia dalam surah al-Baqoroh yang berbunyi:-

“ Wa izqulna lil Malaikatis judu li Adama pasajadu illa iblis, aba wastakh barowaka na minal kafirin, dan ingatlah, tatkala Allah berifman kepada Malaikat sujud (tunduk hormat ) kepada Adam, maka para Malaikat sujud kecuali, Iblis..( Bapak sekelian Jin ), ia ingkar..dan menyombongkan diri, dan jadilah ia dari sebahagian orang-rang yang kafir “

Barangsiapa mengatakan bahawa hukum tuhan tidak sesuai di zaman ini kerana manusia berbilang kaum bangsa dan agama, maka dia telah tergolong dalam golongan Iblis, kerana ingkar hukum yang Allah kehendaki keatas umat manusia itu sendiri, maka kafirlah ia menurut ayat yang Allah terangkan diatas. Cuba kita renung kembali kisah Rasulullah S.A.W melaksanakan undang-undang Allah yang termaktub dalam Al-Qur’an kitabuLLAH..pada zaman jahiliah dahulu, yang mana terdapat pelbagai kaum bangsa dan agama..tidak ada tentangan dari kalangan orang yang orang Islam pada masa itu.

Bahkan umat lain atau bangsa lain dari kalangan Ugama lain juga pada ketika menjadi gerun terhadap orang Islam dan sama-sama mengikutinya pada ketika itu. Masalah dalaman orang Islam itu sendiri yang menggoyangkan Agama Islam, kerana Islam hanya pada ikutan..tapi bukan amalan dan penghayatan dalam kehidupan kita sendiri. Seorang pengkaji kitab yang beragama Kristian mengkaji kesemua kitab termasuk Taurath, dan Injil, mereka keliru, apabila mereka mengkaji Al-Qur’an mereka katakan tidak ada sebarang kecacatan kekurangan atau kesilapan sedikit pun di dalamnya, bahkan mereka katakan semuanya ada persamaan dengan sains perubatan yang mereka agungkan sehingga ke hari ini, dan kebanyakan dari mereka yang mengkaji kitab Qur’an akhirnya memeluk agama Islam, masya’Allah…

Janganlah kita tergolong dalam golongan orang yang ingkar, ingkar nikmat Allah, ingkar suruhan Allah, ingkar tuntutan Allah nescaya kita tergolong dalam golongan Iblis.Orang yang seperti ini hanya memiliki iman pinjam-pinjaman bukan iman yang hakiki. Inilah yang perlu kita fikirkan..bukan sekadar hanya untuk hidup di dunia ini sahaja, bahkan ada penghidupan yang abadi sedang menanti di Akhirat kelak, sesudah di bangkitkan semula..dan di hitungkan segala perbuatan dan amal kita, janganlah kita merasa selesa dengan amal yang bertimbun, kerana ia juga tidak terlepas dari hisab. Keikhlasan dan tawaduk itu lebih penting dari amal yang bertimbun.

Suatu peristiwa yang berlaku kepada Imam Al-Ghazali kita sedang mengarang sebuah kitab, tiba-tiba datang seekor lalat lalu hinggap tempat dimana ada air yang berisi dakwat, kemudian lalat itu minum air tadi dan sambil di perhatikan oleh Imam Al-Ghazali, kemudian lalat itu terbang semula entah kemana, dan pada suatu malam Imam Al-Ghazali bermimpi bertemu dengan Allah S.W.T, Allah bertanya kepada Imam Al-Ghazali:-

“ Apakah yang menyebabkan engkau masuk kedalam syurgaKU..? Lalu imam Al-Ghazali menjawab:-mungkin kerana amalanku..Allah kata tidak..imam Ghazali berkata lagi, mungkin kerana puasaku.. Allah kata tidak..imam Ghazali berkata lagi mungkin kerana zakatku..Allah kata tidak wahai hambaKU..ini ialah kerana engkau membiarkan lalat itu minum air tadi “

Mari sama-sama kita fikirkan apakah maksud di sebalik peristiwa ini, dan marilah sama-sama kita melaksanakan semua tuntutan Allah keatas kita dan mematuhi semua kehendak dan hukum yang Allah telah tetapkan nescaya kita tergolong dalam golongan orang-orang mukmin dan di kasihi oleh Allah. Allah tidak menjadikan kita ini dengan sia-sia,

“ Apha hasyibtum annama kholaqnaakum a’basha, wa annakum ilaina la turjau’un, Apakah kamu fikir kami ini menciptakan kamu itu dengan sia-sia, dan apakah kamu fikir kamu itu tidak di kembalikan semula kepada kami “

Allah tidak mencipta kita dengan tidak ada sebarang tujuan melainkan menjadi khalifah dimuka bumi ini dan mentadbir bumi ini berpandukan kitab Al-Qur’an yang Allah turunkan bagi sekelian umat manusia yang beriman dan mahu beriman kepadanya tanpa sebarang syak dan keraguan terhadapnya. Ya Allah ulHaq..

“ Peliharalah umat Muhammad, afiatkanlah umat Muhammad, peliharalah kemaluan sekelian umat Muhammad, ampunkanlah sekelian umat Muhammad dan selama mana orang yang mempercayai kepadanya Rasulullah.” Ameen…

2 thoughts on “Al-Qur’an Dan Iman

  1. Assalamualaikum. Artikel yang membuat fikiran terhenti seketika. Terpana.

    “ Apakah yang menyebabkan engkau masuk kedalam syurgaKU..? Lalu imam Al-Ghazali menjawab:-mungkin kerana amalanku..Allah kata tidak..imam Ghazali berkata lagi, mungkin kerana puasaku.. Allah kata tidak..imam Ghazali berkata lagi mungkin kerana zakatku..Allah kata tidak wahai hambaKU..ini ialah kerana engkau membiarkan lalat itu minum air tadi “

    Adakah ibrahnya di situ bahawa seseorang itu masuk syurga kerana Rahmat Allah?
    Atas perbuatannya yang sekecil itu tapi penuh ikhlas lalu mengundang Rahmat Allah dia masuk syurga. Begitukah ustaz.

    • Wa alaikum musalam…

      Benar saudara/saudari..walau setinggi mana ilmu pengetahuan kita..walau sebanyak mana amalan kita…namun jikalau tiada keikhlasan yang tinggi..takkan kemana..hanya terpedaya dengan amalan sendiri..sedangkan disisi Allah umpama debu berterbangan kerana mengharapkan balasan dari Allah, sedangkan Allah sudah tetapkan segala hadiah bagi orang yang melaksanakan-nya..hanya kita perlu melakukan-nya dengan penuh keikhlasan dan ketaqwaan..dengan rahmat Allah jualah yang menentukan kita ke RUMAH yang kekal abadi..didunia kita tidak ada Rumah..tetapi yang ada hanya tempat tinggal sementara.. Terima kasih..

Musyawarah

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s