Pengertian Ibadah Puasa


Puasa

Assalamualaikum pembaca budiman semua, selamat menjalani ibadah puasa diucapkan kepada saudara pembaca semua. Saudara dan saudari pembaca semua tentu faham akan yang dimaksudkan dengan puasa..puasa bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja, tetapi ia lebih dari itu. Pengertian tentang puasa itu yang  perlu kita ambil pengertian, diantaranya ialah pengertian tentang menahan lapar dan dahaga. Pada pandangan kita iannya hanya ibadah zahir sahaja kerana apa yang kita dapat hanya lapar dan dahaga sahaja.

Menahan lapar dan dahaga adalah suatu syarat puasa zahir untuk menuju kepada puasa yang sebenar ( Hakikat ) puasa, dengan puasa zahirlah kita akan mencapai kepada puasa yang hakiki. Tak ada syari’at tak ada hakikat, ada syari’at ada hakikat dua-dua perlu, ada Allah ada Muhammad. Janganlah penat seharian berpuasa hanya penat menahan lapar dan dahaga sahaja, tapi tiada mencapai hakikat sebenar puasa, Demi masa manusia sentiasa dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman.

Adapun jika kita tidak berpuasa bermula dari menahan lapar dan dahaga, dan hanya sekadar ingin memiliki hakikat puasa maka tidak akan tercapai, jika dalam keadaan lapar dan dahaga kita akan sentiasa ingat bahawasanya kita sedang dalam keadaan berpuasa, sebab itu di wajibkan berpuasa menahan lapar dan dahaga justru itu baru kita sedar bahawa kita sedang dalam keadaan berpuasa. Ikatlah kuat-kuat nafsu kita, rantailah kuat-kuat hati dan lidah kita nescaya terikat dan terantailah jin syaitan dan iblis yang menganggu qolbu setiap pejuang yang berjuang memerangi hawa nafsunya, mujahadatun nafsu dan jihadatun nafsu demi untuk mencapai matlamat sebenar puasa.

Pengertian tentang menahan lapar ialah menahan diri dari nafsu syahwat, kerana lapar ini seumpama kehendak yang lazimnya tak boleh di kawal oleh sebahagian umat manusia. Menahan nafsu syahwat ini bukan hanya semata-mata kehendak nafsu jima’, ianya merangkumi pelbagai aspek zahir dan batin antaranya ialah memelihara lidah dan hati. Lidah ini sangat berbisa dan tajamnya lebih tajam dari mata pedang. Dan dengan lidah ini juga manusia boleh terjerumus kedalam kehinaan dan keseksaan.

Dengan lidah juga boleh menghilangkan segala amal kebajikan kita terhadap Allah S.W.T. Diantara fitnah terbesar yang pernah berlaku dalam agama Islam ialah dari lidah, fitnahnya Dajjal juga dari lidah, perhatikanlah saudara saudari tentang perbuatan lidah, ianya boleh meruntuhkan bangunan amal yang kita bina, boleh merobohkan tiang agama yang kita tegakkan, boleh memutuskan perhubungan kita dengan Allah kerana terputusnya hubungan silatur rahim dengan keluarga dan juga sesama umat muslim yang lain, bahkan lebih teruk dari itu.

Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari seksaan api Neraka, dan peliharalah kemaluanmu

Memelihara hati ini adalah yang perlu kita pandang serius dalam menjalani segala ibadah, bukan hanya dibulan puasa sahaja. Kerana hati ini sangat lembut kata-katanya sehingga tiada suara di dengar, dan sangat halus maksiatnya, dan sangat halus syirik dan kufurnya sehingga tiada seorang pun yang dapat menegurnya kerana ianya sangat halus dan lembut. Jika syirik, syirik terlindung ( Kahfi ) jika kufur, kufur terlindung, jika bermaksiat kepada Allah juga maksiat terlindung, kerana ia tidak nampak dengan pandangan mata akan perbuatannya.

“ Dalam diri manusia ada seketul daging ( Jantung/ Hati ), jika baik maka baiklah keseluruhannya jika sebaliknya maka rosaklah keseluruhannya ”.

Oleh itu peliharalah baik-baik akan hati ini. Untuk memelihara hati ini sudah pasti ada amalannya untuk keperluan penjagaan hati, jangan semata-mata ingat hanya produk penjagaan kesihatan sahaja yang ada, produk penjagaan hati juga ada. Untuk penjagaan hati sudah tentu memelukan sedikit pengorbanan iaitu masa, keranamemerluka sedikit masa untuk merawat hati, iaitu amalan zikir “ kahfi “ , iaitu lebih kepada “ Thariqoh ” iaitu tarikat naqsyabandi atau Cistiyah dan Qodiriah yang diiktiraf dalam islam. Antara zikirnya ialah Allah..Allah..Allah..Allah.

Tetapi ia memerlukan seorang guru yang Mursyid iaitu yang  diiktiraf boleh mengijazahkan kepada orang lain, jika tidak syaitanlah gurunya. Jika betul amalan dan caranya ia akan terasa panas disekitar dada kita kerana hati kita menjadi hidup dengan  sentiasa berzikir dan bertahmid kepada Allah Azza Wa Jalla. Inilah yang dikatakan Allah telah menghidupkan hati yang telah mati kepada hidup sentiasa berzikir dan memuji kebesaran dan keagungan Allah S.W.T.

Manakala menahan dahaga pula ialah bersifat yang sentiasa senang dilakukan, kerana sekejap-sekejap kita perlu minum apabila terasa dahaga, begitu juga dengan pengertian dari menahan dahaga itu ialah menahan pandangan, menahan pendengaran dan menahan pemikiran, ini penting kerana pandangan itu amat senang sekali dilakukan, jika pandangan yang membawa kepada rosaknya ibadah puasa, maka eloklah pelihara pandangan mata kita daripada yang tidak berfaedah, tetapi jika memandang kepada kebesaran dan keagungan Allah, itu menambahkan lagi pahala amal ibadah puasa kita.

 Tetapi kalau boleh, kalau bolehlah buat segala amal kebajikan janganlah mengharapkan pahala dari Allah..buatlah dengan seikhlas hati..kerana yang ikhlas itu yang dipandang bukan dengan yang menunjuk-nunjuk. Pahala itu sudah ditetapkan oleh Allah kepada sesiapa sahaja yang menurut perintah Allah, tinggal bahagian kita sahaja yang berusaha semampu mungkin untuk memperbaiki segala amalan kita. Menahan pendengaran pula ialah pendengaran yang tidak membawa sebarang faedah, seperti mendengar perbicaraan yang memburukkan seseorang, mendengar orang mengumpat dan mencela orang lain, semua itu adalah pendegaran yang sia-sia.

Menahan pemikiran pula ialah memelihara akal kita supaya sihat daripada memikirkan hal-hal yang diluar tuntutan ibadah puasa, bukan sahaja dibulan puasa tetapi dibulan-bulan yang lain pun hendaknya sebegini juga. Akal ini lebih suka mendorong kepada pemberontakan hati dan nafsu, kerana akal sentiasa menunjukkan kebolehannya memikirkan hal-hal yang tidak terduga  oleh hati kita dan orang lain, kerana ia lebih suka membayangkan hal-hal yang tidak sepatutnya dibayangkan.

Solat Tarawikh

Sesetengah orang mempersoalkan tentang solat tarawikh, ada yang mengatakan kenapa dia buat lapan, kenapa tak duapuluh raka’at..? Bagi orang yang buat duapuluh raka’at, bagi yang buat lapan raka’at pula berkata buat apa sampai duapuluh, Nabi S.A.W buat lapan je..sebenarnya tidak ada hadis sohoh yang mengatakan Rasulullah buat lapan atau duapuluh, jadi jangan memandai-mandai kata Nabi S.A.W buat lapan atau duapuluh.

Didalam hadis soheh dari Aishah R.A sendiri bahawa sahabat baginda S.A.W yang solat tarawikh dibelakang baginda ada yang pengsan dan ada yang jatuh, ini kerana cara baginda solat tarawikh tidak seperti kita, Baginda S.A.W solat tarawikh dalam raka’at pertama baginda baca surah Al-Baqoroh hingga habis bersamaan dengan tiga juzud, dan raka’at kedua baginda S.A.W baca surah Ali-Imran sehingga habis dan diakhiri dengan salam yang pertama sampai waktu imsak. Jadi berapa raka’at baginda solat tarawikh saudara saudari pembaca yang budiman..?

Manakala baginda rukuk pula sepertimana baginda berdiri lama membaca surah al-Baqoroh, begitu juga I’tidalnya, dan yang paling sahabat suka ialah waktu sujud, kerana baginda sujud juga lama. Bolehkah diukur solat yang kita lakukan pada hari ini..? Bolehkah kita kata buat lapan pun dah memadai, buat duapuluh lagi bagus, sebenarnya disini ialah keikhlasan yang membawa kepada kusyuk atas kecintaan kita kepada Allah S.W.T sehingga membuatkan baginda berdiri lama pun tidak terasa, rukuk lama pun tak terasa dan sujud lama pun tak terasa.

Baginda telah tenggelam dalam asyik dan masyuknya ketika berhadapan dengan Robbnya. Ini yang perlu kita raihkan, bukan berkata dia nabi bolehlah, janganlah dibandingkan dengan kita..bukankah segala contoh dan tauladan baginda itu kita harus ikuti dalam untuk mencapai mukmin yang sejati..? Bukankah kita disuruh berusaha dan berlumba di dalam membuat kebaikan..? Bukan berlumba di dalam mengumpul harta kekayaan, solat baginda itu bukan hanya semata-mata zahiriah bahkan mengcakupi aspek Rohaniah, ini yang baginda cuba tonjolkan, bukan mencari kuantiti tetapi mencari kualiti, tetapi jika berkualiti dalam kuantiti yang banyak itu lagi bagus.

Jika kita terasa kekurangan pada amalan zahiriah kita maka jalanilah pula amalan kerohanian, amalan kerohanian itulah sebenarnya mendekatkan diri kita kepada Ilahi disertakan pula dengan amalan zahiriah. Jangan hanya semata-mata mengejar solat tarawikh sehingga tertinggal amalan kerohanian, sedangkan amalan kerohanian itu perbicaraan langsung antara kita dengan Allah dan tiada perantaraan.

Inilah serba sedikit tentang pengertian ibadah puasa dan solat tarawikh dari saya yang sentiasa dahagakan ilmu Allah Ta’ala diatas kekurangan yang ada pada diri ini, saya menyeru kepada diri saya dan saudara saudari semua marilah sama-sama kita sempurnakan ibadah kita dibulan yang mulia ini mengejar malam “ LailatulQodar ” iaitu malam penentuan apakah hidup kita seterusnya baikkah atau celakakah, jika baik maka baiklah, jika sebaliknya itulah pencapaian kita dengan hasil usaha kita sendiri, jangan disalahkan kepada yang Maha Menetukan, inilah yang dicari-cari oleh setiap umat manusia. Malam penentuan selepas melalui ujian pencapaian tahap ketahanan dan kesabaran seterusnya ditentukan oleh Allah S.W.T akan Qada’ dan Qadarnya.

Sungguh beruntung saudara kita diberi peluang renew rahmat nikmat dan rezeki untuk penghidupan yang seterusnya, umpama kereta dan motosikal, tiap-tiap tahun kena buat pembaharuan cukai jalan, lepas hidupkan insurans kena hidupkan cukai jalan pula, agar sentiasa dalam keadaan selamat. Begitu juga dengan kita tiap-tiap tahun kena buat pembaharuan juga apabila tiap kali kedatangan bulan yang dinantikan iaitu Ramadhan Al-Mubarak. Apabila tibanya malam Lailatulqadar, malam itulah malam penentu dan pengatur segala urusan hidup manusia yang baharu untuk kehidupan yang seterusnya. Gambar sekadar Kongsi:-

Pada malam tersebut turunlah para malaikat Jibril dan malaikat Rahmat dengan arahan dari Allah S.W.T untuk mengatur semula segala urusan kehidupan makhluk Allah S.W.T dimuka bumi ini.

“ Inna Angzalnahu fii lailtil qodr, wama adhro kamalailatul qodr, lailatul qodri khoirom min alfisahr, tanazzalu malaikati warruuhu fiha bizni Robbihim minkulliamr, salaamun hiya hatta mathla’il fajr , sesungguhnya kami menurunkannya ( Al-Qur’an ) pada malam qadar, dan tahukah kamu apakah malam kemulian itu..? Malam kemulian itu lebih baik dari seribu bulan, pada malam itu turunlah para malaikat dan Ruh ( Jibril ) dengan izin tuhannya, sejahteralah ( malam  )itu sampai fajar.”

Sama-samalah kita mencari kerdhaan Allah S.W.T sementara kita juga redha akan ketentuanNYA atas diri kita sebagai hambaNYA yang ianya boleh melakukan apa sahaja yang dikehendaki keatas diri kita. Untuk hidup sejahtera dibumi allah ini kena ikut perintah Allah, jika kita bekerja kita boleh ikut perintah bos, tapi takkan tak boleh ikut perintah dari yang Maha Memerintah, Allahul a’adzhim…

Email:-perjalananmukmin@gmail.com

Suara Hati Anda

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s